Pengarah NFC mohon dibicarakan bagi 4 tuduhan
Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.
Dua daripada pertuduhan itu adalah pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala dua lagi adalah mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat.
Dua pertuduhan pertama itu adalah atas kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.
Kesalahan berikutnya pula membabitkan pemindahan RM40 juta dana NFC kepada National Meat and Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.
Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.
Ini menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.
Isteri beliau, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berada di kompleks mahkamah bagi memberikan sokongan.
Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan.
Ikat jamin ditetapkan pada RM500,000 bagi kedua-dua kes. Anak pasangan itu Wan Shahinur Izmir membayar wang ikat jamin.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 April ini. -mk
Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.
Dua daripada pertuduhan itu adalah pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala dua lagi adalah mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat.
Dua pertuduhan pertama itu adalah atas kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.
Kesalahan berikutnya pula membabitkan pemindahan RM40 juta dana NFC kepada National Meat and Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.
Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.
Ini menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.
Isteri beliau, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berada di kompleks mahkamah bagi memberikan sokongan.
Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan.
Ikat jamin ditetapkan pada RM500,000 bagi kedua-dua kes. Anak pasangan itu Wan Shahinur Izmir membayar wang ikat jamin.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 April ini. -mk
Pengerusi NFCorp didakwa
KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebentar tadi didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini atas empat kes pecah amanah membabitkan wang berjumlah melebihi RM49 juta di sini, sebentar tadi.
Turut hadir ialah isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kelihatan berbaju kurung dan bertudung serba putih yang mengikuti proses pendakwaan di dalam mahkamah.
Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator), namun mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO.
Isu NFC yang mengaitkan Shahrizat berikutan syarikat berkenaan dimiliki keluarganya, timbul dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai prestasi projek ternakan lembu yang diusahakan syarikat itu di Gemas, Negeri Sembilan. -BH
Pengerusi Eksekutif NFCorp Mengaku Tidak Bersalah Terhadap Empat Pertuduhan
KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin terhadap dua pertuduhan pecah amanah dan dua pertuduhan melanggar Akta Syarikat.
Tuduhan ke atas beliau itu melibatkan kes pecah amanah melibatkan dana awam berjumlah RM49 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tujuan pengurusan Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 April depan sebagai tarikh perbicaraan.
Ketika kesemua dakwaan dibacakan, isteri beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut hadir bersama salah seorang anak lelaki mereka, Izmir.
Dua lagi anak mereka iaitu Izran dan Izzana yang juga merupakan anggota lembaga pengarah syarikat yang penuh kontroversi itu tidak kelihatan sepanjang prosiding itu berlangsung.
Shahrizat semalam (Ahad) telah pun mengumumkan keputusannya untuk berundur dari jawatannya sebagai menteri menjelang 8 April nanti. -mstar
NFC: Suami Shahrizat hadapi tuduhan CBT
KUALA LUMPUR - Suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail hari ini dikenakan dua tuduhan pecah amanah berhubung isu NFCorporation, melibatkan wang sebanyak RM49 juta.
Beliau juga berhadapan dengan dua tuduhan berkaitan dengan kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965.
Tuduhan ke atas beliau dibacakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, petang ini.
Mohamad Salleh yang menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 132 Akta Syarikat 1965 minta dibicarakan.
Mahkamah menetapkan 13 April bagi sebutan semula kes itu.
Mohamad Salleh didakwa kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana NFCorp untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Bangsar pada 2 dan 4 Disember 2009.
Selain itu, beliau juga didakwa memindahkan RM40 juta dana NFCorp kepada National Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga November 16 2009.
Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana itu tanpa kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan NFCorp.
Tindakan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat.
Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah NFCorp. -SH
NFC scandal: Shahrizat’s husband
KUALA LUMPUR: National Feedlot Corporation (NFCorp) chairman Mohamad Salleh Ismail was today charged at the Jalan Duta Sessions Court in connection with the National Feedlot Centre (NFC) controversy.
Mohamad Salleh, 64, was slapped with four separate charges – two counts under Section 409 of the Penal Code for criminal breach of trust and another two counts under the Companies Act – involving the alleged misuse of about RM49 million.
Looking calm in a suit, Mohamad Salleh, the husband of Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil, smiled and shook hands in the packed courtroom. He later pleaded not guilty to all four charges when it was read out to him.
The first charge was that Mohamad Salleh, as a director of NFCorp entrusted with the assets of the company in a CIMB Islamic Bank Bhd account in Taman Tun Dr Ismail, had committed criminal breach of trust when he dishonestly misappropriated RM9,758,140 (about 9.7million) as a partial payment for two units of the One Menerung luxury condominum for the National Meat & Livestock Corporatin Sdn Bhd.
He had allegedly committed the offence via four cheques between December 1 and 4 in 2009. This charge falls under Section 409 of the Penal Code.
The second charge was that he had made the same purchase of the two units in One Menerung without the permission of the company’s general meeting and had gotten direct profits. This charge comes under Section 132(2)(a) of the Companies Act.
Mohamad Salleh’s third charge read that he had committed CBT when he dishonestly mis-appropriated a sum of RM40million when he transferred the amount into the account belonging to National Meat & Lifestock Corporation Sdn Bhd between May 6 and May 8, 2008.
The fourth charge was that he had obtained a direct profit from the said RM40 million and therefore violated Section 132(2)(a) of the Companies Act.
Under Section 409, Mohamad Salleh faces a jail term between two and 20 years, canning and can also be fined if convicted. He also can be jailed five years and fined up to RM30,000 for each charge under the Companies Act.
Sessions judge S M Komathy Suppiah fixed bail at RM500,000 with one surety for all charges. Case mention will be on April 13.
Shahrizat was seen in the court but ignored reporters when asked to comment. -FMT
2 ulasan:
jel kan saja anak beranak famili lembu sial ni..kat sg buluh...kak ijat ngan ank perempuan dia kat penjara wanita kajang..baru dia orang tahu langit tinggi rendah..
dah tau dah keputusan mahkamah nnt....confirm lepasssssss
Catat Ulasan