Pasir Gudang: Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.
"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.
Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.
Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.
Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.
Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.
Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.
Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.
Ibu Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang, Roselyn Alan, 25, bekas suaminya yang menetap di Klang, Selangor, masih direman sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan polis.
Walau bagaimanapun menurut Roselyn, dia dan bekas suaminya yang berusia 30-an itu berpisah pada 2008 secara baik tanpa sebarang persengketaan.
“Sejak berpisah, kami sentiasa berhubung dan tidak wujud langsung pertikaian berkaitan penjagaan anak.
“Malah, dia sering bertanya khabar melalui telefon dan menemui anak jika mempunyai masa lapang,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan suami baru pada 2010 sebelum melahirkan Ainul Suhada yang kini berusia dua bulan.
Menurut Roselyn, sejak kehilangan Dirang, bekas suaminya datang ke Johor bagi membantu mengesan anak kedua mereka.
“Dia juga memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan, saya yakin bekas suami tidak terbabit,” katanya yang ditemui selepas menerima kunjungan isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofia di kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, semalam.
Mengulas kehadiran Raja Zarith Sofia, Roselyn mengakui terkejut dan dalam masa sama gembira.
“Saya berasa amat terharu dan berterima kasih di atas keprihatinan Raja Zarith Sofia yang memberi semangat kepada kami sekeluarga untuk terus tabah,” katanya.
Ulasan GB
Al-fatihah untuk arwah adik Nurul Nadhirah dan takziah buat keluarganya terutama kepada ibunya, Roselyn, semuga dikurniakan Allah kekuatan dan ketabahan menumpuh ujian....
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

4 ulasan:
tajuk sepatutnya " Innalillahiwainnailairooji'un, Polis sahkan...". Dalam sebuah hadith Rasulullah saw mengajarkan ucapan kalimah "masyaAllah" dilafazkan apb mndengr berita2 gembira. manakala kalimah "Innalillah.." dilafazkan bila mndengr berita2 sedih.
Inilah akibat bila pemimpin menghina dan memperlecehkan Hukum Allah...
Kerosakkan yang muncul...
Kezaliman bermaharajalela...
Apakah masih menafikan peringatan2 dpd Allah yg jelas dinyatakan di dlam Al-quran dan Hadith???
Sayang. ibunya gagal dalam ujian. ibunya tak redha anaknya kembali kepada Allah.
Anak yg mati kecil akan membantu kedua ibu bapa di padang mahsyar nanti. Dengan syarat ....
Amboih Abu 0813, sedap hang kata kat orang. Nanti Allah bagi ujian macam tu kat hang baru hang tau redha ka redot ka ! ( bagi masa mak dia bertenang dulu ).
Catat Ulasan