30 Mac 2012

Siasat Anak Najib Yang Didakwa Memanipulasi Harga Saham

Siasat anak PM berhubung manipulasi harga saham'

Suruhanjaya Sekuriti (SC) digesa menyiasat anak kedua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Nazifuddin - berhubung dakwaan manipulasi harga saham. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata penglibatan Nazifuddin baru-baru ini dalam dua syarikat yang harga saham banyak turun naik, adalah sangat mencurigakan.

Dalam kes pertama, harga saham Harvest Court Industries Bhd melonjak 2.575 peratus selepas Nazifuddin menyertai lembaga pengarahnya akhir tahun lalu, dan harganya merudum selepas dia berhenti sebulan kemudian.

Kes terbaru melibatkan Supercomnet Technologies Bhd, yang menyaksikan harga sahamnya melonjak 362 peratus selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah ditawarkan pilihan untuk memperolehi 18.66 peratus saham.

Harga saham Supercomnet merudum dua hari kemudian selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah menolak tawaran saham tersebut.


3 ulasan:

Amuraria berkata...

ADA BERANI KA DEPA SIASAT ?

kampong lad berkata...

siasat jgn tak siasat, mungkin dia terlibat & mungkin juga dia tak terlibat. pasaran saham ni sama dgn kasino = judi halal (berdasarkan spekulasi, berita2 & khabar2 angin bukan atas fundamental satu2 syarikat). bila george soros beli satu2 saham syarikat, sapa2 yg tau maklumat ini turut beli mengharapkan keuntungan berganda2 melalui 'capital gain', ada yg untung besar & ada yg lingkup & ada yg terjun laut. samalah bila nama anak pm dikaitkan dlm satu2 syarikat atau tawaran.

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN membawqa bencana kepada bangsa dan negara. Masih ramai rakyat terutama PECACAI umngok yang masih lena dan rabun.