Meletup sebaik berhenti
MELAKA: “Sebaik kereta diberhentikan dan kami keluar, saya terhidu bau hangit sebelum melihat enjin berasap disusuli letupan kecil,” kata Jelita Rupuri, 43, yang nyaris rentung bersama rakannya, Regina Abdullah, 35, apabila kereta dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Jalan Melaka Sentral, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, kereta Mazda Capella milik Regina yang dipandu Jelita terbakar sejurus selepas diberhentikan di tepi jalan.
Kebakaran itu menyebabkan kereta berkenaan hangus dan beberapa barangan berharga termasuk dokumen penting milik Regina gagal diselamatkan.
“Walaupun terkejut dengan letupan itu, kami memberanikan diri menyelamatkan barangan berharga sambil dibantu pemandu teksi dan pekerja pasar raya berhampiran,” kata Jelita yang ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, ketika insiden mereka dalam perjalanan dari Duyong ke Bachang dan singgah di sebuah kedai berhampiran sebuah pasar raya berhampiran lokasi kejadian bagi mengambil kasut miliknya yang dibaiki.
Katanya, sejurus keluar daripada kereta dia terkejut melihat bahagian enjin berasap dan berlaku letupan kecil. -hm

4 ulasan:
Pemilik kenderaan terutamanya wanita perlu berhati-hati bila menghantar kereta untuk servis. Pastikan bahan-bahan yang digunakan terutama minyak pelincir adalah tulen dan botolnya masih ada 'seal'.
Pengalaman saya menghantar kereta exora baru ke pusat servis edar di kepaong patut dijadikan teladan. Pusat servis tersebut tanpa pengetahuan saya telah menambah X1R walaupun tidak saya minta semasa servis pertama dan kedua. Tahu-tahu hanya caj dalam bil.
Saya hanya menyedari bila bil ketiga melambung tinggi mencecah hampir empat ratus ringgit. Rupa-rupanya banyak yang tak perlu telah ditambah.
Kemungkinan tambahan inilah yang menyebabkan enjin menjadi lebih panas dari biasa dan mengakibatkan kebakaran. Apabila saya minta untuk mereka menukarkan balik minyak pelincir, mekanik yang bertugas telah masukkan minyak pelincir dari kenderaan saya ke dalam botol kosong.....hmmm kereta siapa pulak yang akan diisi dengan minyak tersebut.
Jangan terlalu percaya kepada pusat servis. Pastikan anda melihat apa yang dilakukan ke atas kenderaan anda!
Kena ran hantar servisj
BN masih mempertahankan RON95, masih nak sokong BN lagi? nak tunggu berapa ramai lagi terkorban?
Kadang-kadang kereta berenjin petrol ni banyak wiring dan pomen ni biasanya penat dan tersilap masuk wayar dah terbakar. Setakat ni saya jarang kereta berenjin diesel terbakar. Enjin diesel tak banyak wiring dan lebih lasak berbanding petrol.
Enjin petrol ni tak popular di Eropah dan majoriti kereta dijual di Eropah berenjin diesel dan gear manual. Kegagalan Proton di UK kerana tiada enjin diesel.
Penggunaan enjin diesel lebih menjimatkan berbanding petrol serta lebih selamat daripada kerosakan enjin. Diesel susah nak rosak. Malah kes kereta terbakar akan kurang.
Saya yakin dengan enjin diesel, satu tangki penuh boleh jalan lebih 1000 km malah Toyota Hilux dan Isuzu D-Max telah membuat cabaran bahawa boleh pergi dengan satu tangki sahaja dari Bangkok ke KL. BMW juga buat cabaran sedemikian membandingkan BMW petrol dengan BMW diesel. BMW diesel berjaya melengkapkan perjalanan dengan satu tangki manakala BMW petrol perlu isi 4 kali. Kalau Perodua ada enjin diesel, Perodua Kancil pasti boleh jalan lebih 2000 km dengan satu tangki.
Saya tahu ramai tak sukakan diesel kerana ia berkaitan dengan imej kenderaan komersial seperti lori, bas dan trak pikap. Realiti di Eropah, diesel ialah pilihan. Kalau boleh, minyak diesel perlu dibahagi 2 sama seperti RON petrol. ULSD (ultra low sulphur diesel tanpa subsidi cadangan harga RM 2.30/L) untuk kenderaan persendirian dan diesel biasa (bersubsidi kalau boleh turun lagi kepada RM 1.60/L) untuk kenderaan komersial. Thailand ada Shell V-Power diesel dan diesel biasa.
Catat Ulasan