8 Mac 2012

[Video] Noh Omar Diselar Sebagai Menteri Kangaroo

Shah Alam, 7 Mac : Timbalan Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar disifatkan sebagai “Menteri Kanggaru” kerana enggan hadir dalam sesi Selcat baru baru ini walaupun beliau dengan yakin, pernah mendakwa mempunyai bukti penyelewengan Kerajaan Selangor.

Dalam menyelar sikap Noh, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kecewa terhadap Noh, yang sebelum ini lantang mendakwa yang dia mempunyai fakta penyelewengan Kerajaan Selangor.

“Dia kata mahu selesaikan masalah dan mempunyai fakta, jika menyimpan fakta keluarkan saja fakta itu, kenapa susah-susah hendak jadi kanggaru.

“Dia Menteri Pertanian bukan Menteri Pertanian di Australia yang perlu tahu tentang kanggaru,” katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco.

Noh tidak hadir pada mana-mana sesi pendengaran awam SELCAT atau Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan yang berlangsung pada 5 ke 7 Mac.

Peranan sesi pendengaran awam tersebut adalah untuk mengenalpasti kelemahan dalam pengurusan Kerajaan Selangor di samping memperbaiki unsur-unsur yang boleh menyebabkan ketirisan dan salah urus tadbir.

Noh pernah mendakwa ada banyak unsur penyelewengan dalam pentadbiran syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Selangor seperti Yayasan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor di bawah pemerintahan Pakatan.

Beliau juga telah dicabar oleh Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim dan setiausaha politik Menteri Besar Faekah Hussin supaya datang ke sesi Selcat dan kemukan bukti.

Abdul Khalid pada hari ini sekali lagi mengulang pendirian Pakatan Selangor bahawa Selcat merupakan wadah yang terbaik untuk mengemukan bukti tentang penyelewengan dan salah tadbir.

“Kalau dia ada fakta tentang isu haram, jenayah atau sebagainya, keluarkan saja. Dia sebagai mempunyai tugas, bukan sahaja sebagai ahli DUN atau ahli Parlimen tetapi juga sebagai rakyat tempatan.

“Dia kata mahu selesaikan masalah dan menyimpan fakta, tetapi tidak hadir. Jika dia tak reti pasal tugas dia bermakna dia gagal dan saya berasa kasihan kepada rakyat Selangor kerana mempunyai menteri sepertinya.” -selangorku




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dekat TV3 dan utusan bukan main cabar mintak MB khalid bagi penjelasan kes kononnya ada penyelewengan syarikat GLC selangor,tapi bila khalid mintak ruang kat media nak dedah,kecut!tamau kasi,,pahtu serang lagi,,bila minta noh dedah bukti kat DUN selangor melalui selcat kecut lagi,,tamau datang laa..cheh,,ni nak menipu org kampung gamaknya..makcik pakcik kat kampung tertipu,,apalagi sekarang ni rakyat mahu tengok sendiri dokumen yang noh kata ada penyelewengan tahun 2006-2010 yang disorokkan dalam OSA ciptaan umno-bn sendiri..ambe sokong khalid dedah dokumen rasmi tender dan urusan GLC bawah kendalian umno-bn tahun 2006-2008 dan 2008-2010.beza BN-PR memerintah..biar cakap berfakta sikit dok hentam sana sini pakai air liur pun tarak guna!

ni bakal jadi bekas bakal mb selangor mcm si awang negeri tu!!hahah

Tanpa Nama berkata...

Noh ni cakap merapu. Dia salah seorang menteri yang tak ada kelas untuk jadi menteri. Cakap berdegar-degar tapi penakut bila dicabar.

hairan berkata...

biasa ler bang, menteri umno nih kan mcm juara kampung! berani cakap celupar aje... bila suruh tunjuk bukti semua 'telo' kecut hahahaha...

takat boleh tipu orang kampung umo 70an keatas atau orang yang duduk hutan aje

mana telo tak kecut... buktinya cuma cerita dongeng yang dibawa dari molot ke molot ke molot then2 last masuk bont**... hahaha