Hasan Ali Guna Sidang DNS Untuk Bercakap Soal Peribadi
SHAH ALAM 21 MAC : Terkesan dengan perlucutan jawatannya sebagai Exco Agama, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang kini hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai Ahli Bebas, menggunakan ruang perbahasan hari ini sebagai medan melepas perasaan dan lunak membincangan soal peribadi.
Walaupun ditegur beberapa kali oleh ahli dewan bahawa ucapannya bercanggah dengan Perkara 361 Undang-undang Dewan, Hasan tegar meneruskan ucapanya yang bersifat peribadi itu selain melakukan serangan peribadi terhadap beberapa ahli dewan.
Sikap Hasan yang sering menjadikan isu murtad dan peranan pemimpin kerajaan negeri dari kalangan Islam khususnya PAS menegakkan martabat Islam, dipersoalkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.
Suee Lim mengesa Hasan menjelaskan peranan dan usahanya dalam memberi kefahaman penuh kepada masyarakat bukan Islam semasa mengalas Exco Agama.
“Sudah setengah jam, Gombak Setia membincangkan soal peribadi dan menyerang peribadi Ahli Dewan yang lain berhubung agama Islam dan peranan memartabatkannya.
“Saya ingin tahu apakah yang Gombak Setia lakukan sepanjang tiga tahun sebagai Exco Agama dalam memberi penerangan dan kefahaman terhadap orang bukan Islam seperti soal perlaksanaan hukum hudud,”soalnya.
Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan turut membidas sikap Hasan itu yang lantang membahaskan soal peribadinya, sedangkan sepanjang mengalas jawatan exco beliau sering gagal menjawab soalan didalam dewan dan menjalankan tugasnya dengan baik.
“Saya berasa kesian dengan Gombak Setia, semasa menjadi Exco sepanjang tiga tahun, beliau gagal menlaksanakan tugasnya, sebaliknya hari ini beliau menggunakan ruang ucapan dengan menjadi duri dalam daging,”jelas Manoharan.
Hasan digugurkan daripada jawatannya dalam kerajaan negeri Sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Januari lalu.
Hassan juga telah di lucutkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor setelah tidak membuat rayuan kepada jawatankuasa disiplin PAS Pusat berhubung tindakan pemecatan beliau.
Ulasan GB
Hassan Ali mendakwa "sebanyak sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari 2004 hingga 2011".
Ini bererti semenjak beliau menjadi exco Agama pada 2008 sehingga 2011, beliau GAGAL menyelesaikan kes murtad berkenaan. Sementara tahun-tahun sebelum 2008, exco agama adalah dari kalangan UMNO. Kenapa tak tanya mereka?
Malah apa yang disebutkannya iaitu "menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan satu unit kahs untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain", adalah di bidang kuasa beliau sebagai exco agama satu ketika. MB Selangor baru memegang portfolio agama sebulan yang lalu selepas Hassan Ali ditendang keluar dari PAS.
Mengenai isu "seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi pengurusan di tiga buah anak syarikat kerajaan negeri yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM130,000 dalam tahun yang sama", mengapa beliau tidak bangkitkan dan persoalkan gaji rakannya, Pengerusi SYABAS yang mencecah RM425,000 sebulan (GB ulangi, sebulan, bukan setahun)?
Ludah ke langit, kena muka sendiri!

Hasan Ali Bidas MB Selangor Kerana 'Lepas Tangan' Dalam Isu Murtad
SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pada Rabu berkata kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu keluarga seseorang mangsa murtad itu menyelesaikan sendiri masalah terbabit menunjukkan sikap "lepas tangan" Menteri Besar Selangor itu dalam menangani isu berkenaan.
Beliau berkata kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sepatutnya serius menangani gejala itu daripada terus berleluasa dengan menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Dengan pertambahan bilangan penguatkuasa, kerajaan negeri juga boleh cadangkan menubuhkan satu unit khas untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penjelasan Abdul Khalid, yang juga Exco Hal Ehwal Islam negeri ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) pada sidang DUN mengenai isu murtad.
Abdul Khalid (PKR-Ijok) dalam sesi itu berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada keluarga dan rakyat masing-masing di negeri ini untuk menangani gejala murtad.
Menteri Besar berkata sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari 2004 hingga 2011, dengan 16 kes daripadanya sudah diselesaikan.
Terdahulu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang DUN berkenaan, Hasan turut mempersoalkan sikap lepas tangan kerajaan negeri dalam perbelanjaan berlebihan melibatkan anak syarikatnya.
Beliau mendakwa perbelanjaan itu didapati berlaku melibatkan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi pengurusan di tiga buah anak syarikat kerajaan negeri yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM130,000 dalam tahun yang sama.
Hasan mendakwa individu tersebut pergi ke Shanghai, China, Chiangmai (Thailand) dan Perth (Australia) membabitkan kos kira-kira RM130,000 dalam tahun yang sama.
"Saya hairan kenapa individu ini sering ke luar negara dan seolah-olah tiada kerja dalam negeri ini. Sebab itu, saya cadangkan kerajaan negeri hadkan bilangan untuk seseorang itu menjawat jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri".
Persidangan dewan bersambung pada Khamis. - BERNAMA
Ulasan GB
Hassan Ali mendakwa "sebanyak sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari 2004 hingga 2011".
Ini bererti semenjak beliau menjadi exco Agama pada 2008 sehingga 2011, beliau GAGAL menyelesaikan kes murtad berkenaan. Sementara tahun-tahun sebelum 2008, exco agama adalah dari kalangan UMNO. Kenapa tak tanya mereka?
Malah apa yang disebutkannya iaitu "menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan satu unit kahs untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain", adalah di bidang kuasa beliau sebagai exco agama satu ketika. MB Selangor baru memegang portfolio agama sebulan yang lalu selepas Hassan Ali ditendang keluar dari PAS.
Mengenai isu "seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi pengurusan di tiga buah anak syarikat kerajaan negeri yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM130,000 dalam tahun yang sama", mengapa beliau tidak bangkitkan dan persoalkan gaji rakannya, Pengerusi SYABAS yang mencecah RM425,000 sebulan (GB ulangi, sebulan, bukan setahun)?
Ludah ke langit, kena muka sendiri!
5 ulasan:
Padan muka pepatah melayu dah ada kayu buruk makanan anai-anai , dahan reput yang patah kalau silap langkah akan timpa diri sendiri
Perangai sebiji macam geng UMNO/BN kat Pulau Pinang / Kedah. Depa dok korek kelemahan yang depa buat dan tinggalkan. Depa bukan saja tidak bermuhasabah diri malahan terus menerus menyalahkan pulak puak yang sedang memerintah. Adakah kkta masih puak yang sebegini untuk memerintah negara yang AKU cintai.
Semasa memerintah, depa tak buat tapi bila hilang kuasa, salahkan satu dunia KECUALI DIRI SENDIRI.
Sudahlah Asan Anak Ali. Lagi banyak hang dok bercakap, lagi jelas bilangan "bulu kemaluan" hang yang tercabut.
kesian abg hasan kita nih...
kan aku dah cakap, pakar motivasi nih kalo bercakap dan bagi alasan boleh basah lantai dewan dgn air liur dia hahahahahahaha...
anyway, abg hasan kita dh mcm mahathir jugak kot, melayu mudah lupa! kan mb tuh baru aje amik alih jawatan dia. selama 3 tahun dia jadi exco tuh dia busy sangat membodek sultan agaknya kot??? tuh pasal dia tak sempat nak hapus jejala murtad
kesian laaaa makin ramai orang dh dijangkiti sindrom pelupa dr mahathir
Kesian Hassan Ali tertelan kahak sendiri.
San,kau kan exco yang diamanahkan untuk menjaga agama,yang gagal kau lah..MB banyak keja lain nak buat..apa selama ini makan gaji buta ke?satu lagi.. yang kau ubahsuai pejabat sampai RM 800 ribu tak membazir ke?memukul air di tempayan terpercik ke muka sendiri,meludah kelangit jatuh ke muka sendiri,mengata dulang paku serpih...San,kau ni dah gila ape?Gila talak tu saya cukup pasti...
Catat Ulasan