27 Mac 2012

2 Exco Tolak Fitnah Hassan Ali

Kos pejabat: 2 Exco nafi dakwaan Hasan

SHAH ALAM - Dua Exco Kerajaan Negeri petang ini menafikan dakwaan bahawa jumlah kos ubahsuai pejabat mereka lebih tinggi berbanding kos pengubahsuaian pejabat bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang didakwa bernilai RM300,000.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sejak Mac 2008 beliau tidak pernah melakukan sebarang ubahsuai terhadap pejabatnya.

“Saya sejak Mac 2008 masih lagi duduk di pejabat bersebelahan pejabat pegawai kewangan, dari dahulu sehingga sekarang saya tidak pernah membuat sebarang ubahsuai,” kata beliau ketika ditemui media, di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.

Dalam pada itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tuduhan jahat untuk memburukkan imej beliau.

Menurutnya, tindakan Hasan itu dilihat sebagai usaha melepaskan diri setelah terlibat dalam dakwaan yang ditimbulkan oleh Adun Bukti Antarabangsa, Azmin Ali, Jumaat lalu.

“Saya sudi membawa wartawan untuk melihat sendiri pejabat saya, kerana setakat ini saya hanya menukar karpet serta membuat dua pejabat kecil.

“Jumlah ubahsuai tersebut juga tidak melebihi RM100,000, kita sememangnya teliti jumlah ubahsuai yang dilakukan,” katanya. -SH

‘Kos pejabat Xavier, Halimah lebih besar’

PETALING JAYA – Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa keseluruhan kerja-kerja pengubahsuaian pejabatnya adalah lebih rendah kosnya jika dibandingkan dengan kos pengubahsuaian pejabat Exco lain seperti Dr. Xavier Jayakumar dan Dr. Halimah Ali.

Hasan menjelaskan perkara itu yang merupakan salah satu daripada tiga dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mendedahkan Hasan terlibat menyalahgunakan dana dan kedudukan ketika membahaskan titah Sultan Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor Jumaat lalu.

Hasan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan itu amat sederhana daripada segi kualiti bahan dan mutu kerja dilaksanakan.

Beliau menegaskan kerja-kerja pengubahsuaian itu bukan hanya melibatkan ruang pejabatnya tetapi juga termasuk bagi 19 orang termasuk semua pegawai dan kakitangan Skim Mikro Kredit Selangor (Skimsel).

“Saya ingin jemput Yang Berhormat Bukit Antarabangsa membuat sedikit penyiasatan untuk membuat perbandingan antara pengubahsuaian pejabat saya dengan kerja-kerja pengubahsuaian mana-mana Jabatan Kerajaan Negeri termasuk anak syarikat dan badan berkanun dalam tempoh yang sama.

“Mengikut maklumat saya perolehi, kerja-kerja pengubahsuaian pejabat saya adalah lebih rendah kosnya jika dibandingkan dengan kos pengubahsuaian pejabat Exco lain seperti Xaxier dan Halimah,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini.

Menurutnya, beliau boleh memaafkan kealpaan Azmin kerana menimbulkan semula isu tersebut tetapi sukar baginya untuk memaafkan Azmin kerana didakwa mempunyai niat buruk tersembunyi menimbulkannya semula.

Katanya, tindakan Azmin mempersoalkan kredibilitinya di sidang Dun itu dilihat sebagai secara langsung mempertikaikan kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
-petikan SH


Hasan says other excos spent more

KUALA LUMPUR: Former Selangor executive council member Hasan Ali claimed today that other executive councillors spent more than he did in response to accusation that his office’s renovation cost was exorbitant.

The sacked PAS leader said the RM850,000 spent on his office was still lower than the refurbishment costs of Dr Xavier Jeyakumar and Dr Halimah Ali’s respective offices and questioned the motive behind the scrutiny on him.

Last Friday, PKR deputy president Azmin Ali accused Hasan of spending RM300,000 to renovate his office, and RM550,000 for a Selangor Malay Customs and Heritage Corp (Padat) conference when the latter was chairman of the state body.

Azmin, the Bukit Antarabangsa assemblyman, also claimed Hasan did not conduct open tenders for road maintenance contracts when he was the Infrastructure and Public Amenities executive council chairman.

Hasan said Azmin, who also had been accused of financial misappropriation in the past, had no right to question his credibility.

“The cost to renovate my office, which was to fit 19 staff, was still low compared to Xavier and Halimah,” the former Selangor PAS chief told a press conference at his house here.

“Azmin has no locus standi to question my credibility as he has yet to explain all the accusation of financial irregularities thrown against him.”

Hasan was sacked from the party on Jan 8 and subsequently removed from his executive council post for his belligerence and continuous attacks on the Pakatan Rakyat state administration.

He claimed the state policies were betraying Islam, the Malays and the royalty and put the blame on Pakatan chief and Selangor economic adviser, Anwar Ibrahim, saying his liberal policies were influencing the Selangor government’s directions.

PAS had him removed after he went against party instructions and called for supporters to avoid a rally held on the day Anwar’s sodomy trial verdict was handed down.

Plot to oust Khalid

Hasan has since gone on a nationwide campaign “in the name of Islam and Malay unity” through his NGO, Jati, which has become his platform to criticise the Selangor government’s supposed “anti-Islam” policies.

Azmin’s attack on him was believed to be in response to Hasan’s campaign but the latter said the criticism was only hurting Khalid Ibrahim’s credibility as the Menteri Besar.

“What he is doing is only attacking the credibility of the Pakatan government,” Hasan said, pointing out that renovation cost of his office was approved by the state government.

He accused Azmin of attempting to “kill two birds with one stone” when questioning the cost, saying the criticism was not only meant for him but was an attack on Khalid as well.

“It is understood that he [Azmin] had long tried to oust Khalid,” he said. Azmin had denied the allegation although it is widely known that he and Khalid have had conflicts in the past.

Hasan urged Khalid to probe into the expenses of all executive councillors and other state companies, naming state financial officer Arif Abdul Rahman as an example of the lack of transparency in Khalid’s governance.

Arif was said to have been given RM250,000 annually by state-owned firms like Kumpulan Darul Ehsan, Worldwide Holdings and PKNS since 2008 for overseas holidays and receives a monthly salary of up to RM100,000 for “being a silent director” on these companies.

Bad faith

In an immediate reaction, Jeyakumar said Hasan’s allegation was done in bad faith.

“I can take all of you (reporters) to my room. The only renovation I did was to change the carpet and build two smaller meeting rooms. I will reveal the figure tomorrow. Hasan’s allegation is a lie.”

“I think the actual cost (of renovation to his office) was less than RM100,000. I remember because we are very particular about costs…we also want to keep the costs low,”
he told reporters at the Selangor state assembly.

He said the renovation works were done soon after Pakatan Rakyat took over the administration of the state following the 2008 general election.

Meanwhile Halimah also refuted Hasan’s allegation, saying that she had never shifted office since 2008.

“My office is just by the side of the state finance officer’s office. From then to now, I have not done any renovation to my office,”
she added. -FMT


Ulasan GB

Apa jenis punya manusia ni sehingga terpaksa memfitnah orang.

Benar pemerhatian yang GB katakan dulu, dia akan semakin hanyut dan semakin sesat ...

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




11 ulasan:

ikanMas berkata...

Selama bertahun Hasan Ali menjadi biawak hidup kepada PAS, siapa lagi yang serupa sejenis sama dengan hasan Ali dalam PAS?.

Tanpa Nama berkata...

Saman saja Hassan Ali ni. Kalau tidak dia akan tuduh yang bukan-bukan terhadap orang lain.

Tanpa Nama berkata...

punca kebododhan ialah dari azmin ali,lawanla hujjah hasan tu hujjah bukan dengan bawakan cerita yg dibuat semasa dalam pakatan,kalau begitu caranya pr dan bn ni 2x5 je..

[O] X berkata...

Mengundi ertinya memilih.
mengundi ertinya menyokong.
menyokong ertinya menentukan.
Mengundi maknanya melantik.
mengundi bermakna mengangkat atau menurunkan.
mengundi maknanya menjatuh atau menaikkan.
sebagai pemilih berdaftar, sebagai rakyat,sebagai warganegara kitalah penentu siapa yang patut mentadbir negara kita.
Bila? dah tak lama lagi dah....

Tanpa Nama berkata...

Hasan ALi memeng selalu gunapakai maklumat salah...kejap ada video kristian,kejap ada radio solar kristian dan macam lagi...mungkin tertipu dnegan SB specsial UMNO...

JANGAN CEPAT PERCAYA SB!!!

Tanpa Nama berkata...

Ke mana pergi NASARUDDIN MAT ESA lama tak dengor berita last sekali nampak dalam TV3 suku bersama sahabat karib nya Al HIPOKRIT Hasan Ali...

Kesian Si Nasa kempunan duk kerusi MENTERI dalam Negara Perpaduan.Wala jangan tak Wala..!

hairan berkata...

kan aku dah komen sebelum nih... makin basah la lantai dengan air liur abg hasan kita bila dia mula bercerita dan berlipur lara... syok tengok !

hahahaha

cucukerinci berkata...

hasan ali ada phd khusus hal ehwal temberang dan fitnah....

Tanpa Nama berkata...

Dr Hasan Ali Ph D (Perangai hasad Dengki)

Tanpa Nama berkata...

kalau aku jadi exco tu, aku dah saman hassan ali 500 juta rm. biar dia merempat dan papa kedana sampai anak cucu.baru dia tau fitnah tu memang memudaratkan dan dilarang Allah.

kalau aku la....

Tanpa Nama berkata...

Kalau betullah hasan ali kata begitu dan bukan diubahsuai oleh wartawan, maka::::

kalau menurut hadis, hassan ali ibarat makan daging sedaranya sendiri.