Ioh - “Kenapa abang jalan-jalan tak balik lagi?” Itulah pertanyaan yang lahir dari Yusaidatul Adawiyah Jidun, 4, adik bongsu kepada Yushahiriezal Jidun, 9, yang dikhuatiri lemas dipercayai dibawa arus deras selepas tergelincir ketika bermain berhampiran longkang di Kem Syed Putra, Jalan Tambun di sini Rabu lalu.
Kedua-dua adik beradik itu dikatakan mempunyai hubungan yang sangat akrab dan sering bermain bersama-sama sejak kecil.
Ibu mangsa, Mazlinah Rintan, 30, berkata, ramai orang memberitahu cerita yang berbeza-beza mengenai kehilangan anak tunggal lelakinya itu.
Menurutnya, ada orang yang mendakwa melihat Yushahiriezal di Taman Cempaka, malah ada juga yang terlihat kelibat anaknya itu pulang dari sekolah bersama seorang lelaki India, kelmarin.
“Malah ada dalam kalangan rakan-rakan yang ternampak anak saya bermain berhampiran longkang besar dekat rumah,” katanya ketika ditemui di kuarters Kem Syed Putra, semalam.
Menurut cerita ibu kepada tiga cahaya mata itu, anaknya keluar dari rumah kira-kira jam 3 petang selepas pulang dari sekolah.
“Selepas pulang, dia (Yushahiriezal) terus menukar baju berwarna kelabu dan memakai seluar sekolahnya serta meminta izin dari saya keluar rumah untuk bermain dengan rakan-rakan.
“Pada waktu itu cuaca masih cerah namun sejam kemudian hujan lebat melanda tetapi anak saya masih belum pulang,” katanya yang berasal dari Tuaran Sabah dan sudah menetap hampir 10 tahun di kuarters tersebut.
Mazlinah berkata, sehingga jam 7 petang anaknya masih tidak pulang dan hatinya mula berasa bimbang.
Beliau menyuruh anak sulungnya, Yusmieyirah Jidun, 14, mencari Yushahiriezal di sekitar kem dan rumah rakan-rakannya.
“Namun, Yushairiezal tidak ditemui,” katanya yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Ampang (kemudian kes dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh) pagi kelmarin.
Kemudian, usaha mencari anaknya mula dijalankan oleh anggota tentera dengan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bermula jam dua petang hari yang sama.
“Mereka hanya menemui seluar sekolah yang dipakai anak saya tersangkut di ranting di dalam longkang berhampiran Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) semalam (kelmarin).
“Kami sekeluarga berdoa semoga anggota penyelamat dapat membantu menemui Yushairiezal dengan segera,” katanya yang bekerja di sebuah pasar raya besar di sini.
Semalam, Sinar Harian melaporkan kehilangan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas dibawa arus deras selepas tergelincir dalam longkang sedalam antara dua hingga tiga meter di Kem Syed Putra, Jalan Tambun.
Menurut maklumat awal, Yushairiezal bermain bola sepak bersama rakannya berhampiran longkang itu dan tidak pulang ke rumah.
Operasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh bermula dari longkang berkenaan sehingga ke Sungai Pinji bagaimanapun gagal menemui mangsa dan operasi kemudian ditangguhkan pada jam 7.30 malam kelamrin.
Bagaimanapun, sehelai seluar biru dipercayai milik mangsa dijumpai tersangkut di ranting di Sungai Pinji.
Mangsa masih dicari
Usaha mencari dan menyelamat Yushahiriezal yang juga murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya di sini giat dijalankan anggota tentera Kem Syed Putra, Jalan Tambun dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, semalam.
Pegawai Memerintah Dua Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Abu Hasan Asshari Shaffie berkata, beliau bersama 12 anggota menjalankan operasi menggunakan dua bot sejak jam 7 pagi.
Mereka turut mendapat bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Ipoh dan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah untuk mengkoordinasi kawasan pencarian mangsa.
“Pencarian kami diteruskan dengan bantuan pihak bomba sepanjang operasi dijalankan,” katanya ketika ditemui semalam.
Dalam perkembangan sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Halid Md Zain berkata, seramai lima anggotanya ditugaskan untuk menjalankan pemantauan di sepanjang jambatan Sungai Kinta hingga ke Chenderong sejak jam 8 pagi semalam.
“Kami memantau kawasan mengikut aliran sungai yang dikenal pasti namun setakat ini mangsa masih belum ditemui, “ katanya.
Mangsa masih tidak ditemui setakat jam 6 petang semalam. -SH

1 ulasan:
comelnya budak tu
Catat Ulasan