15 Feb 2012

Ujian Air Kencing Saiful Apek Positif Dadah - Saksi

Petaling Jaya: Seorang anggota polis pada Selasa memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa ujian saringan awal air kencing pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek dan tiga rakannya yang lain didapati positif dadah.

Gambar: PELAWAK dan pelakon, Mohd Saifulazam Mohamad Yusoff atau dikenali Saiful Apek bersama peguamnya, Mohd Fadly Hashim hadir pada hari pertama perbicaraan kesnya yang didakwa mengambil ganja bersama tiga rakan lain, termasuk seorang wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. - Foto Rosela Ismail

Sarjan M.Sanggar, 48, berkata beliau menjalankan ujian air kencing terhadap Saiful Apek, 42, dan tiga rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, Noremy Mohamad, 28, selepas selesai melakukan satu operasi serbuan di sebuah rumah di Bandar Sunway dekat sini.

"Hasil keputusan ujian air kencing itu didapati kesemua tertuduh positif dadah," kata saksi kedua pendakwaan ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad semasa pemeriksaan utama.

Sanggar yang bertugas di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berkata beliau kemudiannya menyerahkan sampel air kencing kesemua tertuduh kepada Pegawai Penyiasat Insp Rozlia Razali untuk tindakan seterusnya.

Pada 1 November tahun lepas, Saiful Apek dan tiga rakannya termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000.

Terdahulu Pegawai Risikan Cif Insp Mohd Shaifuddin Zulkifli, 31, yang bertindak sebagai ketua dalam operasi serbuan pada jam 10 malam bertarikh 12 Jun 2010 itu turut memaklumkan bahawa hasil serbuan di dalam rumah itu pasukannya telah menemui ganja.

Mohd Shaifuddin berkata beliau telah mengarahkan Sanggar dan Rozlia untuk menjalankan ujian air kencing terhadap kesemua tertuduh.

"Saya menerima sampel ujian air kencing mereka daripada Rozlia pada jam lebih kurang 11.15 malam dan pada jam 12.05 minit pagi hari berikutnya (13 Jun 2010) saya menyerahkan botol spesimen air kencing mereka kepada pegawai penyiasat kes narkotik iaitu Insp Syed Mohd Rohayat Syed Ramlee.

Keempat-empat tertuduh diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim.

Perbicaraan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid bersambung 27 Mac depan. BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penjara je biar dia buat lawak kat dalam penjara, terhibur juge banduan2 lain tuuu.

rosmanhata berkata...

benteras pengedar kurangkan penagih.

Tanpa Nama berkata...

hantar je dia ke pusat pemulihan biar dia buat lawak di pusat tersebut. jangan berlembut sangat dengan artis yg mengambil dadah.

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh bang, nanti mak cik FELDA tentu tak hadir masa ceramah kerana pelawok ni tak ada...boleh kalah UMno nieee.. jangan jangan bang... penjarakan yang jahat-jahat tu ( kata UMno tu la )e.g. Anwar ka, Mat Sabu ka, kalau tak pun cina cauvanis tu, Lim Guan Eng.. baru betul.. kan kan kan... psst ada berani ka...

kembara putih berkata...

Kalau dah Melayu, mesti jadi penagih dadah, kalau tak dadah, dia merempit atau berzina.