15 Feb 2012

Perbezaan Sekatan Jalanraya Di Malaysia Dengan Luarnegara

Ini Sesuatu Yang Polis Perlu Ambil Tahu

Setiap kali polis di Kuala Lumpur buat sekatan jalan, tidak kira siang atau malam, jalan kita akan jadi sesak.

Bukan polis tidak boleh buat sekatan, itu hak mereka, buatlah seberapa kali yang perlu, namun rasanya kena ada pendekatan baru sikit.

Sekatan jenis ‘aku polis, aku boleh buat camna yang aku suka’ kena ubah la sikit.

Kalau tengok gambar di bawah, memang jelas itulah kaedah polis Malaysia buat sekatan jalan.


Daripada tiga atau empat lorong, yang akan dibuka atau dibenar lalu hanya satu lorong.

Mengapa perlu buat camtu?

Kalau tengok gambar satu lagi, bagaimana polis negara luar buat kerja, nampak profesional kan?

Bukan kita hendak mengagungkan negara lain atau barat, tapi apa yang baik dan bijak itu jadikanlah ikutan.

Kalau buat cam negara barat, kan senang. Semua lorong dibuka, hanya satu digunakan untuk menahan kereta yang perlu diperiksa lebih lanjut.

Seperti yang ditulis awal tadi, polis Malaysia tak boleh la nak ada sikap ‘aku polis, aku boleh buat camna yang aku suka’. Sebagaimana polis ada hak untuk melakukan sekatan dan pemeriksaan, mereka perlu lakukan dengan sebaik mungkin dan mengurangkan kesusahan kepada anggota masyarakat dan pengguna jalan raya.

Pemandu di atas jalan tu pun ada kerja nak buat, ada tempat yang hendak dituju.

Bayangkan pemandu yang berhemah, tak buat salah pun terpaksa tunggu terlalu lama semata-mata kerana kaedah pemeriksaan yang diamalkan ialah ‘aku polis, aku boleh buat camna yang aku suka’…ada tiga lorong, aku tutup dua, cuma bukak satu sahaja sebab aku hebat, aku leh buat camtu!.

Jangan bagi alasan kurang anggota, kerajaan duk tambah bilangan anggota keselamatan hampir setiap tahun.

Jangan cakap kalau tiga lorong kang ada yang tak berhenti, terus pecut. Itu alasan paling tak masuk akal…pasal satu lorong boleh tak berhenti jugak kalau dia penjenayah yang nak melarikan diri.

Ambilah yang baik dan positif sebagai ikutan.

Peace!!!

Sumber: AK-47

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak buat camner..yg jd polis tu sekolah pun x habis..mana depa bole pikir cenggini..sori laa..tak caya tgk sijil apa pak2 pacak tu ada... aku bukan nak rendahkan depa, tp jenis mentality tak kembang gini, depa tak bole pikir sendiri...patuh melulu..kena tarik hidung!

Tanpa Nama berkata...

polis ni sibuk nk saman org jer tau,ekzos besarlah,plate keciklah,itulah,inilah..padahal kereta diorg pun sama jgk..apa punya manusia daaaa..

Tanpa Nama berkata...

betul tu GB, kadang2 polis ni tak fikir apa kerja yg mereka buat tu boleh menyebabkan kesulitan kepada pengguna jalan raya. asalkan objektif mereka pada hari itu tercapai. kata orang, ikut aku la kerja aku. susah senang orang lain aku peduli apa? janji kerja aku beres. bos aku pun tak marah.
ish ish ish...

Tanpa Nama berkata...

Polis Raja Di Malaysia (PRDM)

Tanpa Nama berkata...

POlis ni bila dah pakai uniform mulalah berlagak sombong.

Tanpa Nama berkata...

Ape2 keja klu diniatkan ibadah mmg hasilnya menyenangkan diri sendiri & org ramai/masy. InsyaAllah

Tu yg kdg2 sesetengah org tak nampak. Klu mengaku umat Nabi saw, perkara2 baik utk masy kena le sentiasa cari jalan utk upgrade wlu terpaksa tiru dari org/negara bukan Islam, selagi x bertentangan dgn Islam.

Kan ade kisah ttg Nabi saw suruh teruskan/ikut amalan ttg pendebungan kurma (klu x salah) yg selama ni dipraktikkan oleh mereka (sebelum islam) yg boleh memberi hasil yg banyak.

Ni yg kita ikut budaya fesen dedah sana sini le, menyanyi terloncat2 kat pentas le, botok sana sini le dll yg laro2.

Harap2 lepas ni ade peningkatan.

Tanpa Nama berkata...

Wak,

sejak bila polis bersikap profesional??? hehehe

Tanpa Nama berkata...

Bismillahirahmanirahim;

Pandangan peribadi:
1>Bercakap mengenai road-block bukan sekadar PDRM,JPJ pun mungkin terlibat.

2>Kebanyakkannya manusia akan menyumpah apabila perjalanan mereka tersekat apatah lagi kalau melihat ada anggota yg duduk2 berbual,bermain hand-phone dll.

3>Mengenai "road-jammed",bukan sekadar PDRM atau JPJ,setiap yg menggunakan jalanraya itu perlu ada etika.
Kadang2 jammed sebab road-block,sebab lori contractor parking tepi jalan(alasan nak buat kerja),nak beli pisang goreng tepi jalan dll.
Janganlah biarkan diri kita di"sumpah" atas etika/akhlak kita takut kata2 sumpah itu terjadi betul......

Tanpa Nama berkata...

tak baiklah cakap polis nih semua sekolah tak habis..kalau sekolah tak habis pun tak semestinya bodoh..ramai je orang berjaya walaupun tak habis sekolah..

Tanpa Nama berkata...

prasyarat paling asas utk jadi seorang anggota polis mesti 'BODOH' kahkahkah....

Tanpa Nama berkata...

yg org marah sgt dekat polis ni pasal hal ehwal keselamatan dan kesejahteraan rakyat marhaen tak dipedulikan sgt, tapi kalau bab halang ceramah, halang demonstrasi, halang mahasiswa tunjuk perasaan, wah cekappp, cepat benor nak tutup jln, nak sembor, sampaikan org pakai baju kuning pun polis phobia (punya pasallah nak pakai kaler apa pun!!!)

tu pasal org meluat, walaupun tak semua polis macam tu, tapi dah kerap kejadian macam ni, org dah nampak rupa polis jahat aja.

memanglah polis terima arahan org atas, point of the story, jgn bagi zuriat keturunan kita jadi polis sebab polis jahat!

kembara putih berkata...

Dah nama polis Malaysia pastilah sinonim dengan ketidak profesionalannya, ketidakcerdiknya, dan kebengapannya.

Tanpa Nama berkata...

polis kite ni kurengggg pakai otak..sebab tu jadi cenggitu bila buat roadblock... polis dunia ketigalah katekan....cakap negara maju, tapi gerak kerja kalah negara PNG !!