Semakan audit dapati lebih 200 ribu pengundi diragui
Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar pengundi yang meragukan.
Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan.
Menurut ahli PSC Anthony Loke, taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah semasa mesyuarat dua jam, semalam.
Turut hadir semasa mesyuarat dan taklimat berkenaan adalah pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.
Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.
"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.
"Tempat-tempat ini termasuk kem tentera," katanya kepada Malaysiakini.
Turut dipertikaikan adalah alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah. Sebagai contoh, katanya: "Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh".
Menurut Loke, PSC telah memberikan Mimos tempoh dua minggu untuk menjalankan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengemaskini nama-nama dan alamat mencurigakan itu.
"PSC itu tidak bincang lanjut bagaimana untuk membetulkan perkara itu dan Mimos akan kembali dalam masa dua minggu," katanya.
Belum boleh bubar parlimen
Memandangkan jumlah pengundi yang meragukan sebegitu ramai, Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memastikan daaftar pemilih dibersihkan sebelum beliau membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum dapat diadakan.
Pemimpin DAP itu berkata Mimos turut mengenal pasti 785 polis dan anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos dan pada masa yang sama, juga sebagai pengundi biasa.
Semasa laporan awal PSC dibentangkan pada Disember, selepas jawatankuasa itu mengadakan beberapa pendengaran awam, mereka telah membuat beberapa cadangan, termasuk semakan audit pengundi.
Mimos kemudian ditugaskan untuk memeriksa daftar pemilih bagi mengesan nama atau kad pengenalan yang sama ataupun bertindih, pengundi berusia lebih 100 tahun dan mengesahkan butiran pengundi dengan pangkalan data dari agensi-agensi kerajaan yang lain.
Loke juga mendedahkan bahawa Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun. -mk
Ulasan GB
GB sudah nyatakankan sebelum ini bahawa bukan sahaja daftar pemilih perlu dibersihkan malah SPR dan JPN perlu dibawa ke muka pengadilan akibat dari berlakunya penyelewengan dan salahlaku yang ketara di dalam daftar pemilih. Petikan:
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Perkara pokok yang perlu dilaksanakan sekarang ialah daftar pemilih yang meragukan itu perlu dibersihkan.
Dan di dalam waktu yang sama sebuah Suruhanjaya Siasatan perlu dilakukan untuk menyiasat SPR dan JPN yang sudah tercemar dengan pelbagai konspirasi dan salah-laku.
Yang bersalah perlu didakwa dan dihukum seadil-adilnya sebelum rakyat bangkit secara menyeluruh menuntut kebenaran dan keadilan dilaksanakan.
klik untuk baca
15 ulasan:
Ajib.. itu semua pekara kecik je... sampai masa pilihanraya nanti apabila selesai undi, dia orang tukar le peti undi baru... peti undi yang sedia ada dihumban tempat lain... benda-benda ni bukan tak pernah berlaku.....
Teruknya daftar pengundi ni..mcm mana kita dapatkan keputusan yg jitu semasa PRU utk menghalakan Malaysia jd stabil dan demokrasi yg betul yg mengujakan rakyat utk memajukan negara dan kehidupan Rakyat..
Teruknya umno/bn yg jd pemerintah ni.. kami xpercaya langsung kpd kerajaan skrg..
Saya tunggu Bersih 3
-fread-
Depa akan buat saja bagi pastikan kekal memerintahh. Betapa peritnya beberapa negeri diperintah oleh PR, mane bole jadi klu bnyak lagi diperintah oleh PR, apa lagi Pusat.
Tu le, klu masa pegang kuasa tak beramanah, kan takut klu dah tak de kuasa.
Parti UMNO bergelumang dengan RASUAH dan tipu bangsa MELAYU sendiri,SPR adalah barua UPAHAN POLITIK UMNO.
SPRM patut membuat pemantauan terhadap PEGAWAI PEGAWAI SPR yang kaya raya itu. SPRM perlu disiasat sumber pendapatan pegawai SPR yang terkaya dan memcurigakan itu.
Rakyat sentiasa memerhatikan tindak tanduk SPRM.
Jika Isu kakitangan pihak berkuasa spt contoh Polis ada 2 IC...satu IC biasa utk undi seperti rakyat biasa...manakala 1 lagi undi pos tak diatasi...hancur PR???
kalau PR dapat tawan 2 negeri lagi selepas PRU13 nanti UMNO/BN akan bagi setiap bulan RM500 kepada isi rumah sepertimana dia bagi wang one off sekarang ini,negara memerlukan pembangkang yg kuat untok mengimbangi pemerintah supaya keadilan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kalau PR tak dpt ke Putrajaya aku jadi gerila!
Ini dah bahaya beb. Isu JPN ngn SPR nie patut dipanjangkan lagi n diambil alih pulak oleh pr, sampailah pegawai yg buat kerja x elok nie dibuang kerja.sruhanjaya pemantau pilihanraya nie truskan kes untuk bersihkan senarai pemilih.ini hanya cadangan aje.
amno dah lama buat kerja menipu dlm r/raya, zaman 70an dulu pun dah pernah tukar2 peti undi atau buang peti undi terus di kawasan yg tak memihak kpd mereka. dulu perikatan sekarang barisan nasional.
tu lah org selalu cakap dah, tak guna hempas pulas kempen, labur tenaga dan jiwa raga, tapi senang2 saja ditipu amno pada hari pengundian. yg nampak agresif bab2 penipuan p/raya ni PKR, tabik pkr dlm hal ni, tapi pas, manjang kena tipu (aku org pas tapi kecewa teramat dgn sikap mandom pemimpin pas, puas hati dah dgn cara perlaksaaan p/raya, walaupun join bersih tapi tak agresif menuntut dan membuka tembelang lawan, kenapa tak macam PKR, semak sana semak sini, berapi2 tuntut kebersihan p/raya, takkan pemimpin pas rasa cukup saja dgn doa tanpa berusaha?)
Ini menggambarkan negara Malaysia masih belum bertamadun. Cukup memalukan apabila pelbagai agensi kerajaan menipu tanpa rasa takut. Lebih malang lagi penipunya adalah 90% Melayu yang kononnya beragama Islam.
Jika penipuan oleh kerajaan Malaysia ini tidak berlaku, pasti kerajaan sudah lama bertukar tangan. Jika daftar pemilih ini berjaya dibersihkan (tapi amat yakin kerajaan rejim tidak akan melakukannya) banyak kerusi BN yang menang majoriti di bawah 2000 bertukar tangan kpd PR.
MIMOS ni bukan agensi Pakatan Rakyat,begitu juga Pejabat Odit Negara. Kalau ajensi-ajensi pemerintah sendiri yang sudah mengaku ada yang tak kena dan ada penyelewengan - Najib nak kata apa lagi.Takkan nak tutup MIMOS dan Gantikan Ketua Odit Negara.You can bluff some people sometimes,but you cannoit bluff all the people all the times.
mmg aku da lam x cye gan govet mesia
Mari kita tukar pemerintah yg KEJAM dan JIJIK ini...dalam masa terdekat ini kita campak kan UMNOGOK dalam lonkang TAIK....
dah tau pun.
apa tunggu lagi.
bersih 3.0 lah.
Catat Ulasan