MB kesal insiden lampu stadium padam
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menganggap kejadian lampu Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah terpadam lebih 30 minit ketika perlawanan Liga Super 2012 antara Terengganu dan Kedah malam kelmarin adalah insiden yang amat memalukan.
Menurutnya, beliau juga kesal kerana sehingga kini permasalahan lampu limpah itu belum ada jalan penyelesaian malah pihak yang bertanggugjawab juga masih belum berjumpa dengan pihaknya sehingga kini.
“Ini yang membuatkan saya marah dan perkara ini sesuatu yangmemalukan, sepatutnya pihak yang bertanggungjawab sama ada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ataupun Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memaklumkan keadaan yang sebenar.
“Sampai sekarang pun, tidak ada pihak yang datang jumpa saya beri penjelasan dan menceritakan keperluan sebenar ataupun beri penjelasan kepada Exco berkaitan. Ini kerja mereka dan kita tidak perlu panggil untuk beri penjelasan kepada kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, di sini semalam.
Dalam pada itu, Ahmad berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak terbabit kerana Kerajaan Negeri memerlukan maklumat teknikal secara terperinci sebelum kerja-kerja membaik pulih dilakukan.
“Saya dah bagitahu dulu, kalau kita nak pasang lampu 800 lux kita perlu pasang lebih 900 lux kerana pencahayaan ini akan menurun atau sebaliknya.
“Tetapi kita tak dapat maklumat yang sebenar, dari segi teknikal mereka perlu bagitahu kita. Bila kita pasang 800 lux mereka kata cukup, tiba-tiba cakap tak cukup balik kerana perlu melebihi 1,200 bagi memenuhi standard antarabangsa,” katanya.
Bagaimanapun katanya, sekiranya lampu 1,200 lux dipasang maka tiang lama sudah tidak boleh digunakan lagi sedangkan Kerajaan Negeri sudah membelanjakan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk pemasangan lampu limpah 800 lux.
“Sekarang kita kena buat balik, pasang kabel dan tiang baru, maka apa yang dilakukan sebelum ini membazir. Ini yang saya kesal dan sebab itu saya merungut kerana kita tidak diberitahu perkara sebenar dan apa yang diperlukan.
“Kalau kita buat sekarang mesti orang marah pada kita, orang akan kata kita bodoh dan tak ada pengalaman. Buat kerja membazir, lepas buat pasang balik,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, apa yang berlaku pada malam kelmarin berkemungkinan disebabkan masalah teknikal memandangkan stadium itu sudah lama dan pihak bertanggungjawab seharusnya menanganinya segera dengan mengemukan laporan teknika berhubung perkara itu.
“Kita tengok lah macam mana, kalau susah sangat kita bermain pada waktu siang, susah lah kita kalau perkara ini berpanjangan dan saya tidak suka perkara sebegini berlaku,” katanya. -SH
Ulasan GB
Bayaran tunai diberikan kepada MB Terengganu yang sebelum ini dengan celuparnya menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat.
Stadium runtuh diikuti dengan stadium bergelap menyebabkan perbelanjaan berjuta ringgit seperti mencurah garam ke lautan hasil dari tiada keberkatan.
Hukum Kebenaran & Keadilan: Sesuatu yang tidak berkat itu tidak mampu bertahan lama. Ia pasti hancur binasa kesudahannya.
Tanda "gelap" adalah juga berkemungkinannya kerajaan UMNO BN bakal menghadapi zaman kegelapannya tidak berapa lagi. InsyaAllah.

10 ulasan:
MB PUN BANGANG MCM LEMBU KONDO NAK KOMPLEN PLAK ! PODAAH !
tanya sama lampu pasai apa padam,
nnti jwb lampu api tak nyala,
tanya sama api pasai apa tak nyala,
nnti jwb api, tnb ada problem,
oh tnb why you ada problem,
nnti jwb tnb, bil tak clear,
wahai bil pasai apa tak clear,
bil jwb macam mana nak clear, gomen liat nak bayar...
oi gomen why you so liat nak bayar..?
nnti gomen jawab, our chief asyik kerja maki orang tak habis-habis.... buat kerja tak pro langsung..... mentedaghah duit komisyen juta2... ada stadium baru yg cantik/canggih/hebat bukan main, tapi dah runtuh.... apalah punya our chief gomen ni, bangang ke apa..???
Stadium ni dah lama dah..
Patutnya dah buat muzium dah..
Tu ha, stadium baru... pakai tak sampai stahun dah roboh..
Kerajaan negeri buat bodoh je..
Tak de langsung tindakan dikenakan keatas pemaju yg bertanggungjawab menyiapkan stadium tu.
Duit rakyat terengganu berjuta2 hangus macam tu je..
Terengganu negeri kaya tapi rakyat kedua miskin di malaysia.
Hasil minyak banyak tp dirompak org2 tertentu.
Kalau pi terengganu, mana ada shoping kompleks besar... dah 50 tahun dah umno menketedarah duit rakyat terengganu.
Kalau naik flight, boleh tengok stadium tu seolah-olah dimusnahkan oleh ultraman sebab stadium tu betul2 dekat lapangan terbang.
Buat malu rakyat terengganu je.
Bangang punya peminpin.
malu konon...stadium baru pakai runtuh satu dunia tahu..xmalu pulak...negeri kaya minyak tp nk bina stadium elok2 xmampu..nk gak seleweng2..tukarlerr rakyat ganu pemerintah anda..buatla perubahan..
MB ni pun dah banyak kali memalukan rakyat trengganu.. Memang wajib di tukar dengan yg baru
tulah kata lagi pas parti ajaran sesat, kan dah kena, padan muka.
Matlamat utama utk dapat projek, kuasa dll klu semata2 kerana duit & harta tu le jadinya, klu letakkan Allah, Rasul saw & masyarakat/rakyat, insyaAllah tak de pembaziran melampau2. Sbb pemimpin utama kat Msia ni Islam.
Klu kat Amerika ke, England, S4 dll negara yg pemimpin2nya bukan Islam, depa tak letakkan Allah & Rasul sbg matlamat (sbb depa kapir), tapi depa letakkan rakyat/masy dulu, bukan poket masing2.
Tu yg depa pun telus, klu ade isu, depa letak jawatan.
stadium baru yg runtuh tak baiki2..pastu ada ura2 memang tak baiki dah
pastu stadium lama yg usang takde usaha nk upgrade
pastu janji lagi nk buat stadium mini kt hulu terengganu
kita ni kene kelentong ajela....
kesian mb sorang nih... baru tuduh pas sesat dah dapat malu sebab benda lain...
tah apa lagi malapetaka akan menimpa dia agaknya pas nih! molot celupar tuh tuduh pas sesat bermaksud semua ahli pas yg berjuta tuh sesat gak!! harus semua ahli pas yg berjuta tuh menyumpah dia, harus ada seorang dua yg doa Allah makbulkan
tanggung la ko sendiri azabnya
baghal ni nak menipu sapa? aku yang tak minat bola pun tahu untuk afc tu kena 1200lux. hari tu lagi duk bising... ke makhluk ni jenis tak membaca??
bingai sungguh...
hari tu pun dah menipu dah... sprm kena siasat menatang dari FAM yang mana yang lulus stadium tu tuk main malam.
tu yang bila perak komplen masa lawan ttim tuh lampu tak cukup terang.
jadinya malam ganu lawan tu... dibukak semampu buleh la, pasal gila nak main malam gak... sudahnya... tak tertahan menanggung beban la lampu tu... padan muka, asek nak sokong orang nyonglap duit je... gini la padah dia...
Catat Ulasan