17 Feb 2012

Noh Omar Jangan Cakap Banyak Lagi, Beri Keterangan Kepada TI Jika Ada Bukti

Noh Di Mminta Sedia Dedah Isu Pasir Kepada TI

SHAH ALAM 15 FEB : Transparency Internasional (TI) akan menemui Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar bagi mendapatkan bukti dakwaannya sebelum ini berhubung penyelewengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam pengurusan pasir.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya memohon kerjasama badan itu bagi menemubual Noh untuk mencari kesahihan dakwaannya itu.

"Jika benar Noh Omar mempunyai bukti seperti mana yang didakwanya itu, beliau sewajarnya memberi kerjasama kepada TI dan segala kebenaran akan dibentangkan kepada umum kelak.

"Kami (Kerajaan Negeri) mengharapkan kerjasama itu berlangsung dengan baik,"katanya.

Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini hari ini.

Sebelum ini, pada Sabtu lalu Noh mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh KSSB dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Noh mendakwa daripada maklumat yang diperolehnya, sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat-syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli.

Menjawab dakwaan ini, Khalid berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan TI diberi kebebasan penuh untuk memantau syarikat milik penuh Kerajaan Negeri itu.

Menurut beliau pegawai SPRM dibenarkan memasuk secara bebas ke pejabat KSSB sejak 2009 untuk menjalankan siasatan sekiranya perlu.

Selain itu, semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau TI dan dua pengarah bebas badan itu juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lalu.

Inisiatif ini dibuat kerajaan negeri bagi memastikan syarikat ini diurus secara telus dan bertanggungjawab.

"Saya sangat berharap Noh Omar bersiap sedia bertemu dengan wakil TI,"jelasnya.

Selain itu kerajaan negeri juga telah memperuntukan RM20 juta kepada orang ramai untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan rasuah di Selangor.



9 ulasan:

Amuraria berkata...

BILA GENG GEROMOLAN PENYAMUN KATA ADA BUKTI TAPI TAKUT NAK LAPOR ! PEERAH MUKA TOSEY PENYAMUN !

Tanpa Nama berkata...

Noh omar sembang je lebih....pasai gile nk jd mb selangor....

Tanpa Nama berkata...

Aku suka hassan ali lagi jadik mb dari si noh nii.. Kuh kuh kuhh.. Kuihh..!!

Tanpa Nama berkata...

Betullll berangan nak jdi MB Sel.lagi kenyang laaa diaa

Hansley Arnaz Hawana berkata...

Apalagi Noh? Tampillah SEGERA! Jangan pandai cakap kot punggung aje. Kami rakyat Selangor ternanti-nanti langkah selanjutnya dari budak Noh ini. Takde dolak-dalik lagi ... bawa bukti dan saksi. Kalau betul terbukti boleh claim reward dari kerajaan Selangor. Dah dekat p/raya ni. Dapat reward boleh buat modal kempen. Nanti jadi MB lingkup pula negeri, alamat kosonglah kantung perbendaharaan negeri disapu!

opisboi berkata...

Dua2 pon tak layak jadi mb..yg layak hanya anak si toyoL

Rangga berkata...

Datuk;
jangan buat muka poyo laaa....
tunjukan muka yg Datuk jantan sejati!
berani kerana benar!
Apa nak risau... rakyat semakin cerdik!!!

Hassan Ali dah jadi mcm Ibrahim Ali..
jgn pulak org samakan..
Datuk Noh Omar mcm Datuk Sri Abu Hassan Omar...

Tanpa Nama berkata...

Ini sorang lagi menteri yang rendah mentality

1 Malaysia berkata...

Tahniah kepada MB Selangor yang begitu komitmen dalam membenteras penyelewengan. Mana ada MB BN di Malaysia yang ajak pembangkang memberi bukti tentang penyelewengan dalam syarikat milik kerajaan negeri?
Nampaknya Malaysia sedang menuju ERA yang Gemilang sekiranya diperintah PR, insyaallah. Hidup Malaysia dan Hidup 1 Malaysia.