Tiada logo 1Malaysia, tiada subsidi
Pengusaha tiga barangan kawalan - tepung, gula dan minyak masak - diwajib memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan.
Bagaimanapun, menurut beberapa akhbar-akhbar Cina, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe dipetik berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan berkenaan.
Dasar baru itu pertama kali diumumkan oleh Tan di Taiping pada 10 Februari lalu.
Sebelum ini, pengeluar tepung juga diminta oleh kerajaan untuk menggunakan logo 1Malaysia pada bungkusan mereka mulai Januari tahun ini, tetapi ia tidak diwajibkan.
Bagaimanapun, mulai bulan ini, arahan memaparkan logo 1Malaysia akan diwajibkan dan juga dilanjutkan kepada dua lagi barangan terkawal lain, iaitu gula dan minyak masak.
Jika pengilang gagal berbuat demikian, mereka tidak lagi dapat menikmati subsidi daripada kerajaan.
Menurut sumber industri yang dipetik akhbar China Press, kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi pembungkusan barangan berkenaan.
Ini termasuk logo, yang mesti bersaiz sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak dengan ketara. Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "harga minyak masak ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia".
Sesetengah pengusaha telah menyatakan rasa tidak puas hati kepada akhbar-akhbar Cina. Mereka mendakwa bahawa arahan itu "tergesa-gesa" dan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mematuhinya. -mk

PAS: Kerajaan ‘hilang akal’ wajibkan logo 1 Malaysia bagi produk kawalan
KUALA LUMPUR, 16 Feb — Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Firdaus Jaafar, menyifatkan kerajaan semakin hilang kewarasan apabila mewajibkan pengusaha tiga barangan kawalan iaitu tepung, gula dan minyak masak memaparkan logo 1Malaysia pada produk-produk mereka sekiranya ingin terus menikmati subsidi.
Mohd Firdaus berkata, syarikat yang terbabit terpaksa menanggung peningkatan kos dalam mematuhi arahan kerajaan yang dilihat tergesa-gesa walaupun kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan tersebut.
“Mahukah kerajaan menanggung segala kerugian mereka hanya kerana tiada logo 1Malaysia?” soalnya, sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Tan Lian Hoe.
Ahli Parlimen Jerai ini turut mempersoalkan apa jaminan kerajaan terhadap tempoh penangguhan sedangkan sudah pastinya pengilang sudah pun menyimpan stok untuk produk mereka bagi tempoh jangka masa panjang.
Perlaksaaan itu jelasnya boleh menyebabkan timbulnya masalah birokrasi memandangkan track record kerajaan yang sememangnya terkenal dengan masalah itu.
“Cukuplah logo Halal sebagai contoh. Apakah kerajaan boleh mendabik dada bagi memastikan perlaksanaan ini akan berjalan dengan adil?” soalnya lagi dipetik Harakah Online.
Tambahnya lagi, barang-barang yang diwartakan adalah barang kawalan yang rakyat sepatutnya dapat menikmatinya dengan harga yang murah, namun ianya menimbulkan tanda tanya mengapa mesti dilaksanakan secara bersyarat.
"Bagaimana kalau pucuk pimpinan bertukar seperti mana Islam Hadhari ditukar kepada 1 Malaysia, bukahkah ini akan menimbulkan masalah yang lain kerana umum maklum perangai pucuk pimpinan Umno BN yang kerap menukar ‘tagline’ mengikut citarasa tersendiri," katanya lagi.
Oleh yang demikian, pihaknya menasihati kerajaan, supaya tidak menjadi "Berhala Moden" yang perlu "disembah" untuk mendapatkan sesuatu akan tetapi menjadi sebuah kerajaan yang matang sekiranya 54 tahun pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) dijadikan ukuran.
"Rakyat sudah boleh menilai kerana mereka kini hidup di zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan," katanya lagi. -TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan