4 Feb 2012

Shahrizat Enggan Berundur, Petanda UMNO Sendiri Akan Berkubur

Shahrizat tidak tunduk desakan berundur daripada Kabinet, parti

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan daripada pelbagai pihak yang mendesaknya meletakkan jawatan di dalam Kabinet mahupun parti berikutan kontroversi melanda Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO berkata, soal jawatannya dalam Kabinet atau pencalonan pada pilihan raya akan datang adalah terletak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya tidak akan tunduk kepada tekanan. Saya ingin tegaskan, kedudukan saya dalam Kabinet saya bagi (serah) kepada Perdana Menteri untuk tentukan, terpulang kepada beliau untuk menentukannya.

“Pelbagai cabaran yang dilalui oleh saya ketika ini tidak melemahkan saya, sebaliknya hanya menguatkan lagi semangat saya.

“Sebagai ketua kalau takut hadapi cabaran, tak layak untuk jadi ketua,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari luar negara kerana bercuti dan mengerjakan umrah.

Shahrizat diminta mengulas desakan pelbagai pihak sama ada pembangkang atau dalam UMNO sendiri yang mahu beliau meletakkan jawatan berikutan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap PFN yang dikendalikan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) yang mana suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, adalah Pengerusi Eksekutif.

Beliau mengambil cuti berikutan siasatan SPRM terhadap kes berkenaan.

Akhbar juga melaporkan bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, turut meminta Shahrizat untuk meletakkan jawatan dan tidak menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukannya.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamelia Ibrahim berkata, Shahrizat perlu mengambil tindakan sewajarnya berhubung desakan berkenaan kerana ia membabitkan isu serius yang menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Shahrizat juga, katanya, perlu meletakkan kepentingan parti mengatasi diri sendiri dan bertanggungjawab membuat keputusan berhubung perkara itu dengan segera.


Sambil menafikan beliau mendesak atau memaksa Shahrizat meletak jawatan, Kamelia berkata, sebagai pemimpin yang hebat, Shahrizat harus memikirkan kepentingan parti serta negara bukan kepentingan diri dan keluarga.

“Dia (Shahrizat) kena buat keputusan, tidak ada orang yang boleh buat keputusan bagi dirinya, jangan fikir untuk diri sendiri, apa yang penting fikir untuk parti dan negara,” katanya kepada Berita Harian, di sini semalam. -BH

Ulasan GB

Hukum Kebenaran tajk boleh dilawan, apabila sudah banyak bukti didedahkan mengenai skandal NFC, mana mungkin dapat dipertahankan lagi penglibatan keluarganya dengan isu berkenaan?

Lebih teruk ialah nasib UMNO sendiri yang kini ternyata terpalit dasyat dengan najis-najis lembu berkenaan sehingga rakyat timbul fenomena "ingat lembu teringat UMNO, ingat UMNO teringat lembu".

Jika Najib dan UMNO tidak menghukum Shahrizat dan keluarganya selagi itu rakyat akan menunaikan tugasnya semasa pilihanraya untuk jatuhkan UMNO dengan lebih dasyat dan untuk pastikan "lembu-lembu" tersebut akhirnya dihambat ke kandang jeriji besi.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eloklah tu kak jat oii jangan berundur,biar rakyat yang menunaikan tugasnya semasa pilihanraya nanti...yang penting ABU

Tanpa Nama berkata...

Ingat lembu ingat UMNO
Ingat kepala babi ingat ARM-NO
(Lempar batu sembunyi tangan)

Tanpa Nama berkata...

Dato shahrizat org yg Baik mana mungkin dia songlap duit.teruskan perjuangan dato seri.semoga parti dato seri pun akan aman di kuburkan rakyat 1 msia dlm PRU ke13.

Guru Matematik 1 Malaysia berkata...

Haramjadah punya manusia. Duit dah depa songlap berjuta-juta. Buat skil gaji yang paling keparat. Ingat dah pandai, rupanya bodoh-bodoh belaka.
Contoh perbandingan kenaikan gaji SBPA dan SSM (Pendidikan).
DGA29: T1 (SSM) RM1405.71 kepada T1 (SBPA) RM 1560, perbezaan = RM155
DGA32: T1 (SSM) RM2416.06 kepada T1 (SBPA) RM 2710, perbezaan = RM294
DGA34: T1 (SSM) RM3005.94 kepada T1 (SBPA) RM 3060, perbezaan = RM55
DG41: T1 (SSM) RM1695.85 kepada T1 (SBPA) RM 1925, perbezaan = RM230
DG44: T1 (SSM) RM2982.99 kepada T1 (SBPA) RM 2985, perbezaan = RM2.01
DG48: T1 (SSM) RM4355 kepada T1 (SBPA) RM 4390, perbezaan = RM35
DG52: T1 (SSM) RM4900.47 kepada T1 (SBPA) RM 5260, perbezaan = RM360
DG54: T1 (SSM) RM5167.64 kepada T1 (SBPA) RM 7025, perbezaan = RM1868

Analisis:
(i) Lihatlah perbezaan kenaikan gaji dari RM2.01 (DG44) ke RM1868 (DG54). Awat yang DG44 dapat RM2.01 sahaja? Begitu juga DG48 (RM35) dan DG34 (RM55)? Adakah ini antara 8% hingga 13%? Nak cakap pandai, tidak. Nak kata bodoh pun tidak.
(ii) Memandangkan pegawai akan diberi kenaikan DG41 ke DG44, ... selepas 8 tahun, sudah tentu gaji T1 bagi DG44 haruslah melebihi gaji T8 / 9 pada DG41. Kenapa kita ada skill gaji yang rendah daripada T8/9 yang memang kita tak akan menggunakannya? Waktu SSM dulu pun, gaji DG41 melebihi gaji DG44, tak kan kali ini nak bingung lagi kot?
Aku berharap pihak CUEPEC ada membaca artikel dan tuan punya blog dapat menyiarkan komen saya. Ingat, angka dan nombor tidak boleh menipu tapi kita boleh menipu dengan angka dan nombor.

OndeOnde berkata...

Sombong nya manusia ni. Tak tahu malu nya dia. Tak ada hati perut. Hati Kaudu. Sudah gelap, sudah kotor. Tak mustahil ada lagi Sepuluh atau Seratus Shahrizat di dalam UMNO. Masing masing takut rahsia mereka di kantoikan dan kalau mereka pun terkantoi, berak tahi hijau pun mereka tak akan berundur & biar aset aset mereka di beku kan atau di rampas.

Tuhan mereka DUIT.

Tanpa Nama berkata...

TO ANON February 4, 2012 11:17 AM,
Betol betol!! Shahrizat org yg baik, Teruskan perjuangan Shahrizat! Jangan lepas kan jawatan dan kuasa! Duduk terus sampai PRU13 hehehehe....jadi lah liabiliti kepada parti, kitaorang saaangat suke menteri2 kabinet kerajaan termasuklah pencacai2 nya sekali jadi kalut gara gara ulah kamu sekarang! ha ha ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

betoi kata ANON february 4,2012.12:43.kita semua kena sokong kak jat supaya tidak berundur dan jangan letak jawatan dan kuasa! duduk terus sampai PRU 13..HAMPA semua fahamkan maksudnya!!sokong! sokong!sokong! ABU

Tanpa Nama berkata...

Bukan shahrizat sahaja taK betul dalam UMNO, sebab tu tak mahu letak jawatan