4 Feb 2012

Kepala Babi: PAS Anjur Solat Hajat, Sokongan Terhadap Pakatan Semakin Meningkat

Kes Kepala Babi : Pas Anjur Solat Hajat Aman

SHAH ALAM 3 FEB : Susulan insiden penemuan kepala babi di beberapa buah masjid semakin menjadi-jadi, PAS Selangor akan menganjurkan solat hajat memohon agar insiden ini tidak merebak dan menimbulkan huru hara.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata solat hajat akan dilakukan di peringkat negeri, dan di setiap daerah dan cawangan.

Solat hajat ini dibuat dengan tujuan merapatkan muafakat penganut agama Islam supaya tenang dan matang menghadapi pihak yang cuba mencetuskan ketegangan antara agama di Selangor.

"Kita tahu ada orang yang cuba melakukan provokasi perkauman di Selangor dan ahli-ahli kita tidak mudah termakan provokasi ini.

"Kita mahu ahli-ahli PAS menyelidik dan menjejaki dalang di sebalik insiden ini,"
katanya.

Selangor dan Lembah Klang paling kerap dihadap dengan provokasi kaum dan agama semenjak kerajaan negeri bertukar tangan dalam PRU-2008.

Sebelum ini, pada tahun 2010 Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya diletakkan kepala babi.

Isu kepada babi timbul dan diperkatakan semula dengan kejadian terbaru berlaku di Masjid Nurul Iman, Rawang pada 31 Januari lalu dan Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur semalam.

"Kita arahkan ahli-ahli PAS membantu menjaga kesucian masjid dan surau. PAS selangor sedia bekerjasama dengan semua agensi termasuk polis serta akan menahan sesiapa saja yang cuba mengulangi insiden kepala babi ini," katanya dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menawarkan RM10,000 kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung serangan terbaru ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 1800-888-2824. -TVSNEWS

Kepala babi: Abim khuatir cetus ketegangan agama

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius insiden terbaru penemuan kepala babi di Masjid Sentul seperti mana yang dilaporkan di media massa hari ini.

“Dalam hal ini, Abim mengecam keras perbuatan yang sama sekali tidak menghiraukan sensitiviti agama Islam sehingga sanggup mencemarkan masjid sebagai tempat ibadat umat Islam,” kata setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim.

Katanya, provokasi yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu amat dikesali serta sama sekali tidak boleh dimaafkan.

Sekiranya perbuatan itu tidak dihentikan serta merta, ujarnya Abim khuatir keharmonian interaksi di kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini yang akan terjejas, sekaligus mencetuskan ketegangan agama yang tidak diingini.

“Dalam hal ini, Abim memberi amaran keras kepada individu atau kumpulan di sebalik insiden memalukan ini agar menghentikan segera tindakan bersifat provokatif tampak semakin berani,” ujarnya.

Tegasnya, perbuatan itu sama sekali tidak boleh diterima serta dijustifikasikan dalam keadaan atau atas apa nama sekalipun.

Apa yang pasti, katanya umat Islam seluruh negara berasa amat terguris terhadap insiden yang berlaku ke atas rumah Allah.

Tambahnya, Abim ingin menjelaskan bahawa masjid dan surau merupakan tempat yang amat suci dan mulia di sisi umat Islam dan tidak sama sekali akan berdiam diri sekiranya rumah ibadat mereka terus diperlakukan sedemikian.

Justeru, ujarnya lagi tindakan tegas daripada agensi-agensi pihak berkuasa terutama sekali Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah digesa untuk mengelakkan tindakan berniat jahat sebegini daripada berulang sekali lagi, serta merebak menjadi epidemik politik, agama dan perkauman yang tidak dapat dikawal lagi.

“Berdasarkan kepada kenyataan ini, Abim menggesa agar pihak PDRM serta pihak yang berkenaan agar melaksanakan siasatan segera serta mendakwa pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, Abim pada masa yang sama memohon agar seluruh umat Islam di negara ini agar bertenang serta memberi kerjasama yang sewajarnya untuk menangani polemik itu serta mengelakkan diri dari mengamalkan pendekatan witch hunt.

“Dalam hal ini, Abim mengharapkan agar umat Islam tidak bertindak melangkaui batasan yang ditetapkan dalam ajaran Islam serta menzahirkan bantahan mereka berdasarkan kepada peruntukan yang telah ditetapkan dalam kerangka perundangan negara,” ujarnya.

Katanya, Abim juga menyeru agar jawatankuasa masjid di seluruh negara dapat mengambil inisiatif untuk mengadakan solat hajat pada hari ini dan selepas solat Jumaat esok memohon agar kesucian masjid dan surau di seluruh negara terpelihara serta pihak yang bertanggungjawab segera dibawa ke muka pengadilan.
-HD


Ulasan GB

Semalam GB sudah ulas. Petikan:

Sekalipun solat hajat dilakukan supaya pelaku yang melakukan tindakan tersebut diberikan hidayah, namun turunnya hidayah Allah adalah menikut bentuk dan kehendak Dia.

Dia boleh saja menurunkan hidayah dengan pelbagai cara sekalipun dengan azab atau bala dan bencana.

Seringkali manusia mendapat hikmah dan hidayah selepas berlaku sesuatu azab dan sengsara menimpanya.

Justeru itu beringatlah wahai pelaku tersebut.


GB melihat tindakan provokatif melampau golongan desperado ini tidak lain hanyalah untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara sebelum pilihanraya untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak mengundi Pakatan Rakyat.

Kita lihat kes-kes seumpama ini jelas dilakukan di kawasan-kawasan di mana Pakatan Rakyat berkuasa.

Kejadian letupan bom di mahkamah tempohari belum lagi diketemukan jawapannya. begitu juga insiden simbahan cat merah, bakar kenderaan, molotav cocktail dan lemparan kepala babi. Sehingga kini, untuk setiap kes itu, pihak polis belum menemukan sebarang jawapan yang pasti.

TETAPI, dengan berlakunya insiden-insiden sedemikian rakyat semakin buka mata. Alangkah dasyatnya mereka yang melakukan tindakan provokatif melampau itu. Undi kepada Pakatan Rakyat bukan semakin menurun tetapi akan semakin meningkat lantarannya.

Lagi banyak kepala babi diletakkan di masjid, maka akan lebih banyak undi yang Pakatan akan perolehi.

Masjid adalah rumah Allah. Meletakkan kepala babi di situ bukan hanya mengundang kemurkaan umat islam tetapi kemurkaan Allah sendiri kerana masjid adalah rumahNya dan GB yakin Dia sendiri akan mendedahkan siapa pelaku itu.

Rakyat turut bencikan huru-hara. Rakyat bencikan kekacauan. Justeru itu, tindakan untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat itu akan gagal akhirnya rakyat akan memilih Pakatan Rakyat setelah mereka bosan dengan taktik provokatif melampau golongan desperado berkenaan!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buat apa kerajaan melatih perisik dari ATM DAN PDRM yang memakan kos jutaan ringgit kalau isu mcm kepala babi pun tak boleh nak selesaikan. orang akan mempertikai kebolehan perisik kita kalau x dapat selesai kes ini. ini kes paling mudah untuk diselesaikan. guna keaedah yang dipelajari

Tanpa Nama berkata...

Perisik ATM/Polis tak diajar bagaimana nak merisik 'kepala babi' ni...

dia org di ajar oleh kerajaan untuk merisik benda lain...

Yong berkata...

Sokonglah yang benar. Lupakan Hassan Ali.

Tanpa Nama berkata...

Ermm begitu rupanya gambaran yg diberi. Cubaan men isu kaum nmpaknya tampak jalan buntu. Entah2 geng melayu gak punyer kerja. Da terdesak sangat ni.

Tanpa Nama berkata...

Orang umno tak mahu buat solat hajat ka..? Hasan akidah kan ada, dia pun boleh jadi imam.

Tanpa Nama berkata...

ha betul tu mana hasan ali...kata nak mempertabatkan islam...buat solat hajat ka ...qunut Nazilah ka

Tanpa Nama berkata...

Setiap Provokasi yang berlaku semuanya ada agenda politik dari musuh politiknya.
Dalam hal ini, apa yang berlaku adalah untuk menimbulkan huru-hara kaum, dan bagi menjejaskan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Siapa musuh poltik Pakatan Rakyat? Tentulah UMNO-BN.
Perlu diingat kembali apa kata Najib, iaitu untuk melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kuasanya.
Jangan terpedaya dengan siasatan pihak berkuasa, kerana tidak mungkin akan diselesaikan sekiranya ia masih lagi menerima arahan daripada UMNO-BN.
Tidak semua orang memikirkan apakah segala kejadian ini ada peranan Majlis Keselamantan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri?
Itu sebab segala kejadian ini sepatutnya tidak ada masalah untuk diselesaikan oleh pihak berkuasa. Kalau nak disiasat mulakan dari pasar-pasar dan tempat penyelembihan babi yang berdekatan, sudah tentu kelunya akan dapat memulakan siasatan.

1 Malaysia berkata...

Ada ura-ura mengwujud MAGERAN macam zaman bapa Tok Jib dulu kot? Itu yang Tunku kena letak jawatan dan beri kuasa kepada Tok Dak ayah Tok Jib.

abu berkata...

orang UMNO tak buat solat hajat ke? Dalam hal ni ketepikan dulu soal fahaman politik,
tuhan kita sama,
kiblat kita sama,
rasul kita sama,
quran kita sama,
ummah kita sama,
masjid kita pun sama.
...maka marilah kita solat hajat bersama-sama,,

abu berkata...

aku pun tertanya-tanya jugak,kenapa orang UMNO tak buat solat hajat....
bukankah...
tuhan kita sama.
quran kita sama.
nabi kita sama.
ummah kita sama.
kiblat kita sama.

ketepikan soal fahaman politik,sama-sama kita solat hajat....