26 Feb 2012

[PANAS] Ust Badrul Amin Hantar SMS Nafi Khalwat [Updated]

Pemimpin PKR ditangkap khalwat

KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, yang dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.

Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi.

Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal.

Ulasan GB

Daripada beberapa maklumat yang diperolehi, pemimpin PKR berkenaan ialah Ustaz Badrul Amin Baharom dan perempuan yang dimaksudkan ialah seorang kakitangan Kolej Komuniti yang ada masalah rumahtangga dengan suaminya.

Yang pasti berita khalwat ini akan terus menjadi modal politik UMNO/BN dan media massa arus perdana selama beberapa hari untuk memburukkan PKR.

Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi:

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"

BERITA DARI MEDIA PERDANA

Seperti yang GB tulsikan di atas "berita khalwat ini akan terus menjadi modal politik UMNO/BN dan media massa arus perdana selama beberapa hari untuk memburukkan PKR."


Pemimpin PKR ditangkap khalwat dengan isteri orang

INILAH lokasi hotel tempat Dr. Badrulamin ditangkap di Balok, Kuantan.

KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang berusia 28 tahun di sebuah hotel di Balok di sini awal pagi semalam.

Pemimpin PKR itu, Dr. Badrulamin Bahron, 51, yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR ditangkap bersama wanita itu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Ujarnya, ahli politik itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas kira-kira sembilan jam ditahan dan akan dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Penangkapan Dr. Badrulamin dalam kes khalwat telah disiarkan oleh beberapa blog antaranya Papagomo dan Pisau.net sejak petang semalam.

Menurut blog itu, wanita yang ditangkap khalwat bersama pemimpin PKR dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu merupakan seorang kakitangan sebuah kolej komuniti di negeri ini. -kosmo



Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.


Dr Badrulamin Bahron



12 ulasan:

Awanama berkata...

Kenapa buat kerja sorang-sorang kalau betul nak tolong perempuan tu. Kisah mat sabu berulang lagi. Ust pun boleh mengambil kesempatan apabila ada isteri orang mengadu masaalah.

Awanama berkata...

Saman MIM jg kerana mendakwa Ustz hanya memakai tuala ketika ditangkap.Rujuk blog MIM

Awanama berkata...

Allah tempat bergantung, bukan manusia. Klu ikhlas niat utk tolong kerana Allah, tak sangka pula akhirnya masuk perangkap fitnah, lawan le kat mahkamah .. sbb utk maslahatan umum kerana media2 telah mainkan isu2 ni utk tujuan memburuk2kan, menjatuhkan.

Ni le namanya ujian, selama ni selalu ceramah pasal ujian, ujian, ujian.. dll yg berkaitan, spr kisah Aishah ranha difitnah, maka Allah test kita pula dgn ujian.

Tak pe, selagi kita di pihak benar. Utk dapat kemenangan di sisiNya bukan senang maaaa.

Awanama berkata...

Setahu aku DBA ni pun bukannya bagus sangat. Kaki tina jgk. Skrg bini dah 3. Pantang tengok dahi licin. Sapu terus. Tak caya tanya org S/Bernam..semua tau sapa DBA.
Wallahhuaklam....
Ada hikmaknya musibah yg menimpa seseorg.
Mungkin Allah swt mahu tunjukkan kebenaran

Awanama berkata...

Klu kes liwat, sex perempuan cina tu mainan UMNO ZIONIS, inikan pulak teori dengan isteri orang. UMNO ZIONIS da jadi kayu pembakar di NERAKA seperti semua yang sesat di jalan ALLAH.

bang non berkata...

kenapa anta buat cam tu ana pun sudah pininng kipala la, kalau anta ada kesian sama itu perempuan laa, anta bolih suruh itu perempuan duduk satu orang saja laa,anta duduk luar laa, sekrg pa sudah jd laa ,anta tau ka itu PAPAGOMO sudah hantam kita punya pati laaa ya habibi ya shikh ya maulana mari kita gk sapa yang ada kena.....

Awanama berkata...

Kita tunggu statement rasmi dr JAIP dulu. Lepas tu baru kita buat tindakan selanjutnya. Buat masa ini kita x boleh nak kata apa2 mengenainya

1 Malaysia berkata...

Alahai bang non,
tak fahamkah DBA dah kata dia sediakan bilik lain?
Fitnah ni perkara biasa bagi puak BN. Bukan sahaja Pejabat Agama diperkudakan malahan MUFTI pun diperlembukan juga. Entah, ini pejabat agama Melayukah? Mufti Melayukah? atau Pejabat agama Islamkah? atau Mufti Islamkah?

Awanama berkata...

Skrg zaman fitnah memfitnah. Jgn cempakkan diri kepada kebinasaan.
Apa lagi le nak PR ni, & kamu pula ostad2 atau org2 penting.

Klu kita ada berurusan dgn org2 yg ada masaalah laki bini, jangan sibuk2 nak campur melainkan yg pompuan ngadu kat pompuan & sebaliknya.

Juga jgn berani2 tumpangkan kereta pada bini atau laki org, pergi balik keja ke. Setan sgat suka.
Even pegawai wanita (isteri org) selalu pi site dgn driver berdua2an (bujang atau suami org), pun lama2 bole jatuh cinta. Macam2

Awanama berkata...

Sokong kenapa buat kerja sorang2
Sepatutnya ada pihak ketiga

Awanama berkata...

pihak ketiga?? wujud anak si perempuan itu sbagai pihak ketiga..... jikalau benar kata DBA, maka benarlah beliau. Kita yg tiada di tmpat kejadian jgn tuduh melulu....

Awanama berkata...

1 Malaysia said...
Alahai bang non,
tak fahamkah DBA dah kata dia sediakan bilik lain?
Fitnah ni perkara biasa bagi puak BN. Bukan sahaja Pejabat Agama diperkudakan malahan MUFTI pun diperlembukan juga. Entah, ini pejabat agama Melayukah? Mufti Melayukah? atau Pejabat agama Islamkah? atau Mufti Islamkah?

<<< alo abang brader mcmana tuan tahu Pejabat Agama diperkudakan malahan MUFTI pun diperlembukan. Apa buktinye... jgn cakap kalau tak ada bukti. walaupun niat betul tapi menuduh tetap salah. apa beza tuan dengan yang lain tuduh sedap mulut.