26 Feb 2012

Nurul Aien Dirogol, Dibunuh Dan Mayatnya Dibenam Di Dalam Kolah

Dibenam dalam kolah

TAIPING: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut, dipercayai dirogol sebelum kepalanya dibenam di dalam kolah di bilik air rumahnya di sini, petang kelmarin.

Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Dato’ Wan Ahmad Rasdi (SMKDWAR) itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.

Dalam kejadian jam 4.30 petang di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, mangsa dikenali sebagai Nurul Aien Mohd Saimon ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung jam 4.30 petang. -hm

Kena bunuh di rumah sendiri

NONRI menceritakan kejadian yang menimpa anaknya kepada media, semalam.

TAIPING: Seorang ibu tunggal tidak menyangka anak perempuannya berusia 16 tahun yang ditinggalkan berseorangan dibunuh kejam suspek yang dipercayai cuba merogol dan mencabulnya di rumah mereka di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, di sini, kira-kira 4.30 petang kelmarin.

Nonri Musa, 40, yang ketika kejadian menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Wan Ahmad Rasdi, hampir pengsan melihat mayat anak ketiganya, Nurul Aien Mohd Saimon, 16, yang separuh badan termasuk kepala terendam dalam kolah yang dipenuhi air, manakala kakinya terjuntai keluar.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Nurul Aien yang juga pelajar SMK Datuk Wan Ahmad Rasdi itu turut cedera di kepala akibat hentakan objek keras.

“Ketika bermesyuarat, saya dihubungi ahli keluarga memaklumkan anak saya mati dipercayai dibunuh.

“Saya bergegas pulang ke rumah dan melihat keadaan anak yang sudah kaku. Saya tidak menyangka ada insan tidak berperikemanusiaan sanggup berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada melihat kelibat dua lelaki di belakang rumahnya dan apabila cuba disapa, mereka melarikan diri.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk dan tidak melaporkannya kepada polis sehinggalah semalam (kelmarin) anak saya ditemui mati,” katanya.

Jiran mangsa, Abd Halim Abd Majid, 45, yang tinggal kira-kira 50 meter dari rumah mangsa berkata, anaknya Afnan, 16, rakan karib mangsa terdengar jeritan dari arah rumah mangsa, sekitar jam 3.30 petang tetapi tidak menghiraukannya kerana menyangka keluarga jirannya hanya bergaduh sesama ahli keluarga.

“Tidak lama kemudian, ada saksi memaklumkan melihat seorang lelaki keluar dari rumah mangsa dan meredah kawasan semak di belakang rumah sebelum menyeberang Sungai Limau berdekatan rumah mangsa.

“Bagaimanapun, kami tidak menghiraukan kejadian itu sehingga dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa dalam bilik air Nonri, jam 4.30 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata siasatan awal mendapati kes berkenaan tiada kaitan dengan rompakan berikutan tiada kesan pecah masuk selain tiada kehilangan barang berharga dan kesan bilik digeledah.

“Kami mengesyaki suspek cuba merogol dan mencabul sebelum membunuh mangsa dengan melemaskannya dalam kolah di bilik air rumah berkenaan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Susulan siasatan itu, seorang lelaki berusia 18 tahun iaitu penduduk tempatan turut ditahan di kediamannya yang tidak jauh dari lokasi kejadian awal pagi tadi (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, malam kelmarin untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 9, di sini, pagi semalam. -BH


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Skrg ni MEMANG ada puak2 JAHAT yg menanti2 peluang melakukan perbuatan tersebut, ekoran nafsu teransang tak boleh dibendung sbb tengok video lucah dsbnya. Apa lagi undang2 Islam berkenaan kes2 tsb diperlekehkan & tak dilaksanakan.

Antara target puak2 ni ialah org2 perempuan yg tinggal di tempat2 terpencil (misalnya di kg, yg kbnyakan rumah sebijik2 jauh satu dgn lain), yg berjalan sorang2 esp waktu malam & tempat sunyi, dll. Mereka pula yg kbnyakan tak tutup aurat sempurna. (yg sempurna ialah pakaian yg longgar, tak transparent, tak tabaruj lebih2).

Semuga Allah pelihara iman kita semua, dgn org2 perempuan menutup aurat sempurna wlu keluar rumah utk buang atau menyapu sampah, tak keluar rumah klu tak de yg betul2 perlu. Klu keluar rumah pun, menjaga adab2 ikut Islam & ada yg menemani. Dlm pada itu taat dlm mengerjakan solat fardhu & ditambah dgn sunat, mengaji quran & sentiasa bergantung pada Allah.

Dan semuga ramai sedar utk MENOLAK parti yg tak nak (wlu utk bercita2) laksanakan hukum Allah.

Kerana klu ramai yg INGIN (wlu lum dpt dibuat) kembali pada Islam, insyaAllah Rahmat Allah turun di bumi yg kita cintai ni.

Amin.

non baling berkata...

Moga Kak No diberikan kekuatan oleh Allah untuk menghadapi unian ini.
Kematiannya kerana mempertahankan kesucian diri... Allah Maha Pengasih !

Tanpa Nama berkata...

kami mahu Hukum HUDUD