10 Feb 2012

Najib Lakukan Kerja Syirik, Kenapa Jamil Khir & Hassan Ali Tidak Bersuara?

Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan kufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan. -TMI

Ulasan GB

Itu teguran dari Mufti Perak, Harussani.

Dimana gerangannya Menteri Agama, Jamil Khir Baharum yang selama ini menjadi peneman Najib? Malah beliau menjadi menteri pengiring kepada PM semasa menunaikan haji dan lantang membela Najib semasa ditegur oleh Mufti perlis tentang kenyatan salah Najib di twitternya yang menyatakan beliau telah selesai tugas haji di saat orang lain masih bersaei.

Mengapa Jamil Khir tidak menasihati Najib di dalam hal-hal yang membatalkan syahadah seperti perbuatan syirik yang ditegur oleh Mufti Perak berkenaan?

Mana Hassan Ali yang ingin menjadi hero memperjuangkan aqidah? Kenapa tidak mahu ditegur perbuatan Najib yang "terang-terangan" melakukan kerja syirik dan murtad tersebut?

Apakah Jamil Khir & hassan Ali serta ahli-ahli UMO yang lain redha dengan perbuatan Najib dan sedia berkongsi saham hasil perbuatan Najib tersebut?

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah contoh pemerintah bertuhan kan kedudukan dan kekayaan dunia semata....

Tanpa Nama berkata...

awat la pakai bunga malai kurang kurang bawak susu baru cun kat tanjung ada melayu tolong pi pecah nyiok lagi bawah susu salah kah muhibbah

Tanpa Nama berkata...

inilah pemimpin semua kaum dan agama anak murid ayah pin patutlah ayah pin tidak dapat ditangkap.

Tanpa Nama berkata...

Jamil Khir kata "Gila ka nak tegur si Najib tu, dia yang bagi aku makan tau tiap2 bulan tau. Nanti miss soru sapa nak tanggung?"

Hassan Aqidah pulak kata "Weiiii...kau orang. Aku ada PHD la... Aku ada pengalaman lebih 30 tahun dlm kerajaan dan swasta. Aku tau la apa aku nak buat. Hampa mana pandai macam aku. Semua hampa ni otak dungu sbb belajaq sampai darjah 6 ja"

non berkata...

hempa sapaa aku sapa mau tegur2, itu Harussani tau apa ini satu maleysia tau ka, malaysia bolih, semua bolih tau ka,

Tanpa Nama berkata...

najib yang buat kerja tu....maka kenalah tutup mulut...
kalau orang lain yang buat...faham2 sudalah..

Tanpa Nama berkata...

Islam tak pernah larang....kaum pas jer yg larang...sebab depa takut undi india lari ke BN....

Tanpa Nama berkata...

nampak sgt anon 12:00 AM jahil ugama.

Golongan UMNO nih memang jahil ugama tetapi berlagak nak pertahankan aqidah.

Hoi anon 12:00.... itu harussani mufti paskah atau mufti umno?

waksab berkata...

Hukum menyertai perayaan org kafir...

http://waksab.blogspot.com/2012/02/hukum-menyertai-perayaan-kafir.html

Tanpa Nama berkata...

Najib sanggup menggadaikan aqidah demi unt mengekalkan habuan dunia.Apa pula hukum org yd menyokong pemimpin yg sudah banyak mengenepikan ajaran Islam???

Sang kuriang berkata...

itulah sebabnya kalau nak cari pemimpin biarlah yg ada ilmu agama yg mantap baru Msia diberkati...

Tanpa Nama berkata...

Salagi spn org mcm ni bertambah rosak lah Akidah org islam di mysia ni

ranggilataksedaqdiri berkata...

musykil sikit la

harussani boleh ka tegur "ulul amri" secara terang2?

bukan kena buat secara tertutup,peribadi ka? macam selalu depa dok mengaku tu

(yg seterusnya hanya spekulasi merepek aku)

ka ada tujuan lain hahaha

undi melayu totok memang tak lari dah hang buat la apa pun

depa nak tarik undi hindu ja

saja dato mufti perangat hangpa supaya melompat

suruh orang hindu tengok kelaku rasis hangpa hahaha

imej tranformasi najib pun terserlah hahaha

cucuk jangan tak cucuk hahaha

demi negara hahaha

Tanpa Nama berkata...

Mazhab umno makin menjadi pekak dng segala teguran mufti. Nasihat upco saja mau diterima bulat2.

Tanpa Nama berkata...

Jangan dengar cakap orang yang penting kekal berkuasa didunia ni, walaupun terpaksa mengadaikan akidah dan agama, akhirat belakang kira, N D Lala kan ada kata PM kita untuk semua.

Tanpa Nama berkata...

itu pasal yang Hasan Ali keluar PAS sebab dia nak berjihad bagi menentukan akidah umat islam..
Mufti Perak kata Najib menggadai akidah.Alhamdulillah Tan Sri Harussani Zakaria berani tegur tapi apa pulak kata menteri dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama????. diam seribu bahasa. inilah yang dikatakan orang yang menjual agana demi pangkat dan kuasa.

Tanpa Nama berkata...

ulama ulama muda umno tak bersuara ka ?Fathul Bari,Hassan ali ,zul nordin,Mashitah,ibrahim ali,jamil khir pi mana tak kata apa-apa ka ? takkan nak tunggu samy vellu bagi komen ,baru hampa semua nak bersuara. hoi anon February 11, 2012 12:00 AM,umur hang berapa tahun ha? apa punya komen haprak yang hang bagi ni.