SPRM sahkan Shahrizat dipanggil, tapi Shahrizat dakwa dirinya datang secara sukarela
Meskipun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil mendakwa dirinya secara sukarela meminta untuk disoal-siasat, namun Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa Shahrizat dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan.
Shahrizat Jalil, juga Ketua Wanita UMNO kembali bertugas di Kementeriannya pada hari ini selepas bercuti tiga minggu, berada di ibu pejabat SPRM pada jam 4 petang tadi, dipercayai ada kaitannya dengan siasatan isu National Feedlot Corporation (NFC). Menurut laporan The Star Online, Shahrizat mendakwa dirinya secara sukarela memohon untuk disiasat SPRM, melalui satu pesanan ringkas (sms) kepada wartawan media itu.
"Excuse me !! I am here at SPRM willingly. Have requested to be questioned and investigated so that no stone is left unturned. Enuff of wild allegations!" (Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya meminta untuk disoal-siasat agar siasatan itu dilakukan secara menyeluruh. Cukuplah tuduhan liar!)
Namun demikian, ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 6 petang, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali (gambar kiri) mengesahkan bahawa Shahrizat dipanggil untuk memberi kenyataan. Wartawan menyusul dengan memetik laporan The Star Online, bahawa Shahrizat mendakwa dirinya yang minta untuk disoal-siasat.
"Saya tak tahu apa dia cakap. Yang saya tahu dia dipanggil untuk beri kenyataan," kata Mustafar Ali. Bagaimanapun, apabila ditanya apakah soal-siasat ini berkaitan dengan isu NFC, beliau menamatkan perbualan sebelum wartawan sempat menghabiskan soalan.
Shahrizat Abdul Jalil adalah isteri kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Mohamed Salleh Ismail, dan anak-anak mereka juga terlibat untuk menyandang jawatan dalam syarikat berkenaan. Sebelum ini, beberapa orang pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendedahkan penyalahgunaan wang melalui NFC, dengan menyasarkan Shahrizat Abdul Jalil. Shahrizat yang enggan tunduk kepada tekanan pada awalnya, bagaimanapun mengambil cuti selama tiga minggu, mulai 12 Januari 2012 untuk memberi laluan kepada siasatan SPRM.
*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview.

8 ulasan:
Mana ada orang UMNO cakap betul? kalaun tak bohong bukan UMNO.
Baik nya syarizat datang secara suka rela untok d siasat hmmm mana nak cari peminpin yang baik serupa ini, dia pergi SPRM DAN MINTA UNTOK D SIASAT,OK saya nak tanya saudara2 semua bulih pecayaka apa yg dia cakap ini , bagi saya ini pembohong kuat piraaah
Maaf lah .,dari dulu Atok Nenek kita pesan.,
Kalau jumpa Keling dgn Ular.,Biarkan Ular hidup...
Kita tak mau dengar nasihat tue...
Nah!.,Kita tanggung Bala kerana enggan mendengar nasihat org tua tua ....
Jgn Maree!
SPRM pun harap2 jgn le cakap dolak dalek lagi sbb nak bela puak2 tuuu..
tak mendatangkan apa2 untung pun padamu & keluargamu. Letak lah Allah di atas, jalankan tugas dgn amanah.
Baru je balik dr umrah dh menipu.... adoii mak aai...
Dari Jauh....
Cakap bukan main lagi...dengan penuh EGO memaklumkan "baru balik dari mengerjakan UMRAH" (BUKAN SEKALI TAPI 3 KALI )...SAYANGNYA BERBOHONG..Apalah nak jadi dengan Menteri Pembangunan KELUARGA SENDIRI ni...
Excuse me!!! This woman is an UMNO leader (pirate Captain) who lies willingly! Request to be questioned and investigated, my foot! Enuff of throwing bovine excrement in our face, you disco dancing cow!
KAta orangramai ' Kalau tak menipu , tak namanya pemimpin UMNO' , teringat pantun ni pula 'Siakap senohong , gelama ikan duri , bercakap bohong , lama-lama jadi menteri '. Tak kiralah berapa kali pergi ke , umrah ke ......, kalau dah nama UMNO/APCO semuanya boleh.......
Catat Ulasan