BMW, rumah TPJ Johor terbakar, dipercayai khianat
JOHOR BAHRU, 3 Feb: Sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di sini hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat, awal pagi ini.
Dzulkefly ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.
"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.
"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya.
Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.
Ekoran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu keseluruhannya hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar.
"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.
"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis.
Sementara itu, Mazlan Aliman dalam respons segeranya memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.
"Badan Perhubungan PAS Johor dukacita dengan insiden ini.
"Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu.
Dzulkefly sebelum ini menurut Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.
Sehubungan itu, beliau yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.
"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya. -HD
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

5 ulasan:
adakah mereka yang bertamadun dan berperangai sebegini yang kita nak ikuti dan jadikan orang di amanahkan mentadbir negara?
La ni pun "perompak", "pencuri" dan "..." tengah dok mentadbir negara kita ni. Hanya rakyat Malaysia yang bodoh, tolol dan minat pada rasuah saja yang measih mahukan puak ni memerintah negara kita.
Depa tu rompak dan curi bukan macam kawaq keluar. Ini rompak dan curi terang-terangan dan dilindungi undang-undang serta penguatkuasa.
Depa ni masih selamat sebab kan ada rakyat Malaysia yang ada mata tapi buta, ada telinga tapi pekak, ada otak tapi bingung, ada daging tapi isinya haram, ..... Depa bukan tapi buat-buat tak erti terutama yang menyamar menjadi MELAYU dan memperolehi kelebihan dengan menjadi Melayu. Depa ni bukan bodoh tapi yang bodoh tu Melayu sebab diperbodohkan oleh puak ni.
JGN TAKUT SAUDARA KU, AKU CABAR GENG BAKAR RUMAH TPJ PAS JOHOR NI MAI BAKAR RUMAH AKU PULA, MEREKA YG BAKAR RUMAH TU GENGSTER PENGECUT
Semoga Allah membalas di atas segala perbuatan mungkar mereka.
Belum kalah dah mula buat angkara.Fikirkan kalau kalah nanti.Inilah perbuatan dan tingkah-laku "tentra upahan" yang berbuat apa sahaja asalkan masyuuuuuk.Tak silap Najib berkata: Akan mempertahankan Putrajaya hingga ketitisan darah yang akhir.Macam Putrajaya tu bapak dia yang punya dan lupa dalam sistem demokrasi berparlimen akan diadakan pilihanraya 5 tahun sekali.
Catat Ulasan