15 Jan 2012

[BERGAMBAR] Lebih 50,000 Hadiri Rapat Perdana - TGNA: Macam Duduk Padang Arafah"

Lebih 50,000 hadir Rapat Rakyat Perdana

ALOR SETAR, 15 Jan: Lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, malam tadi.

Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium.

Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

"Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulaklan ucapannya.

Dalam ucapannya, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan antara lain mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan Kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada PRU Ke-13 akan datang.

Program yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu turut menampilkan beberapa penceramah lain dari PAS dan Pakatan Rakyat, dengan dimulai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.



Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.

Manakala dari DAP, Pengerusi dan Timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Ceramah pada malam tadi adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di stadium tersebut bermula jam 8.00 pagi tadi. -hd

Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana

Ribuan rakyat di seluruh Kedah dan kawasan sekitar membanjir Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Alor Setar, malam semalam.

Kereta hadirin berbaris sepanjang dua kilometer akibat kesesakan dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke tapak ceramah yang penuh sesak sehingga ada yang terpaksa duduk di luar stadium.

Ketayap putih yang dipakai sebahagian besar hadirin mejadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan putih yang cukup memukau jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada seteru politiknya agak menghentikan ejekkan terhadap diri dan keluarganya dan berkata "cukuplah" atas apa yang telah mereka lakukan dan mengulangi kesediaannya memaafkan mereka.

"Mereka telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka.

"Jangan ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor dan firnah yang dilemparkan lebih lama.

Sebelum itu, orang ramai terpukau dengan kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang datang dengan bertongkat, walaupun jelas kelihatan masih uzur.

"Macam duduk di Padang Arafah," kata Nik Aziz ketika hendak memulaklan ucapannya, berhubung jumlah yang sebegitu ramai yang hadir.

Sambil mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini, beliau meminta rakyat untuk menerima kumpulan-kumpulan etnik dan agama yang berbeza di sekeliling mereka.

Nik Aziz kemudiannya berkongsi pengalamannya bagaimana masyarakat majmuk hidup aman damai di Kelantan.

"Orang-orang Cina telah pun derma kepada masjid. Bila mereka terima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan, mereka akan derma sebahagiannya kepada kami,” katnya.

Turut mendapat perhatian hadirin adalah ucapan Pengerusi DAP Karpal Singh yang berucap dari kerusi rodanya mengenai perbicaraan Anwar.

"Kami akan terus lawan, sama ada Peguam Negara buat rayuan ataupun tidak," katanya.

Beliau turut menyentuh secara ringkas kemelut hukum Hudud di antara ketiga-tiga sekutu Pakatan dan berkata mereka mesti menyelesaikan isu itu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Isu ini kami masih lagi dikaji. Kita mesti bincang dan cuba cari jalan penyelesaian," katanya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang juga hadir dan duduk di pentas utama. Antara mereka, termasuk PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Abdul Hadi ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali serta Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli parlimen Kepong.

Ceramah malam semalam adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di Alor Setar. -mk


















3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Akhbar utusan dan TV3 kata berapa berapa puloh orang?

Tanpa Nama berkata...

Apa yang UMNo, Utusan Melalut, Berita*k Hairan kata.....kita kena ambik yang sebaliknya. Dah berpuluh tahun mereka kata begitu....jauh dari realiti.
UMNo pimpinan najib akan dimakamkan segera Insya Allah

pemerhati ceramah berkata...

kagum betul...inilah yg dikatakan rapat rakyat. respect kt hadirin yg datang tanpa ada paksaan & tawaran...bolehkah pemimpin Barisan Nasional mengumpulkan rakyat yg betul2 ikhlas hadir ramai2 sebegini rupa? RAKYAT,, bukan ahli parti...jwpannya boleh, tapi mesti ada ganjaran...buktinya smalam, pelancaran agihan BR1M seluruh negeri, memang penuh dewan...tapi, kalau xde ganjaran, jangan harap laa, trpaksalaa panggil mana2 govrment servant penuhkan kerusi @ dewan...nak ramaikan lagi, sediakan buffet nasi beriani baru orang nak datang...