15 Jan 2012

Kes Kompleks PKNS: Faekah Bidas Gelagat Najib Seperti Hero Filem Tamil

Majoriti setuju kenaikan sewa Kompleks PKNS

PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan Menteri Besar Selangor menegaskan mereka yang menentang kenaikan kadar sewa kompeks PKNS di Shah Alam bukan penyewa.

Mereka yang menentang kenaikan kadar sewa di kompleks itu adalah golongan kaya raya.

“Di rumah mereka berderetan kereta mewah hasil dari aktiviti sebegini?” kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Faekah Husin dalam kenyataan media hari ini.

Sebenarnya, kata beliau 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini.

Penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran,
tambahnya.

Faekah mengulas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kompleks itu semalam.

Najib dilaporkan sebagai berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga tentang kenaikan kadar sewa di Kompleks PKNS.

Hero filem Tamil

Faekah menyifatkan gelagat Najib itu sebagai hero filem Tamil.

Lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak, katanya.

Sebaliknya beiau mendakwa kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.

“Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

“Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin Umno yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan Felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka.

“Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan,” kata Faekah. -FMT


Faekah: Gelagat Najib tidak ubah bagai hero filem Tamil

Gelagat Perdana Menteri, Najib Razak ketika melawat Shah Alam semalam mengingatkan saya kepada hero filem Tamil tahun 1960-an yang masuk ke sebuah kampung untuk menyelamatkan gadis dalam kesusahan.

Gadis di sini merujuk kepada segelintir penyewa-penyewa di Kompleks PKNS yang keresahan susulan keputusan PKNS untuk menaikkan kadar sewa.

Tidakkah Najib tahu bahawa 70% penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini? Tidakkah beliau tahu bahawa penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70% lebih murah berbanding pasaran semasa di ShahAlam?

Adakah Najib tahu bahawa mereka yang menentang kenaikan kadar sewa ini adalah golongan rentir bukannya penyewa lot-lot kedai di komplek situ? Ini jelas menunjukkan golongan rentir inilah yang dalam kesusahan. Sedarkah Najib bahawa di rumah mereka berderetan kereta mewah hasil dari aktiviti sebegini?

Saya tidak fikir hanya saya yang beranggapan tindakan lagak hero Najib ini sebagai pelik. Tambah pula, lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan air mata telah memualkan banyak pihak. Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.

Najib berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga di Kompleks PKNS tetapi saya berkata Najib tidak ada hak untuk menangis. Sebaliknya, Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin UMNO yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan Felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka. Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Najib seharusnya melihat tangisan kegembiraan pakcik dan makcik UMNO menerima baucer RM100 untuk menyertai program Jom Shopping dan melihat seorang pakcik Cina menerima geran tanah bagi pihak isterinya yang meninggal dunia yang telah memohon geran tanah sejak 10 tahun lalu.

Apa-apapun kita tiada halangan jika Najib mahu terus menangis …

*Kenyataan media oleh Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang bising pasal sewa tu bukan peniaga tapi penyewa ( UMNO ) yang dulunya dapat lot gerai/kedai tapi disewa kepada orang lain.Depa ni biasanya berniaga atas angin.Tamak depa ni dari komplex beli belah hinggalah jamban-jamban di pasar - pasar. Betultak??????????tanga Ketua bahagian UMNO dan JKKK.

Waris berkata...

Biasalah... AIR MATA BUAYA!!!

Pergi bercakap dengan puak-puak gaps, perkasa dan pekida. Mereka pasti akan sedih dan percaya sebab mereka masih lagi terdiri dari melayu yang mundur tak bertamadun serta ketinggalan zaman.

Tanpa Nama berkata...

umno ....semua harta yg ada atas dunai ni dia nak sapu makan sendiri. Agaknya nak bawa samapai masuk lubang kubur....sebab umno diajar bahawa hidup ini hanya nak cari harta dn pangkat.....

Tanpa Nama berkata...

dulu, khalid hantam najib.
kini, faekah pula hantam najib.
padan muka lu, najib.
lain kali nak gasak selangor, pada2lah.
siasat dulu, jangan hantam keromo.
kan dah kena herdik dek faekah.
nasib baik faekah hanya bagi gelaran,
najib macam hero filem tamil.
kalau dia bagi penyapu, apa macam.
nasib baik ibrahim misai
dan pencen jadi nc uitm.
kalau tak, tentu dia merajuk.
kerana watak hero filem tamil
dah diambilalih oleh najib.
keh... keh... keh...

Tanpa Nama berkata...

Persis air mata buaya. Tak ikhlas,
Rakyat dah tahu lakonan pemimpin UMNO menjelang pilihan raya.

James Labi berkata...

Apek Najib! Lu pegang ini bendela sampai lu punya datuk datang. Nanti lu jawab itu soal kubor.

Aiya! Nak hidup pun susah nak mati lagi susah. Kena pegang ini bendela...

marhaen berkata...

kpd rakyat jelata kalau nak apa2 pegi mintak dgn org Umngok sb pilihanraya dah dekat, watak mereka berubah jadi pemurah dan mesra rakyat.merekalah kerajaan paling perihatin sekarang.kalau diajak masuk jamban pun mereka sanggup.