15 Jan 2012

Calon BN Lembah Pantai: Sharizat Bakal Disembelih, Nong Chik Ambil Alih

Nong Chik dakwa Nurul Izzah tak buat kerja

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum berdasarkan prestasi wakil rakyat kawasan itu, Nurul Izzah Anwar yang menurutnya tidak turun membantu penduduk bahagian tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menumpang usaha BN membantu penduduk Lembah Pantai.

“PKR hanya tahu mengkritik, tapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina telah dibuat, hanya bila kita (BN) berjaya membuat sesuatu, mereka cuba menumpang, contohnya kita dapatkan peruntukan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk cat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera pun, dia kata atas desakkan dia, bila dia desak, tak ada pun, dia tak buat apa pun selama dua tahun ini," kata beliau yang juga Ketua Umno Lembah Pantai.

Nurul Izzah menang di bahagian Lembah Pantai dengan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008.

Ia salah satu daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimenangi oleh komponen Pakatan Rakyat (PR).

“Selama ini, dia hanya ikut dan perjuangkan bapanya, bila dekat pilihan raya baru nak sibuk jadi pejuang rakyat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina di Padang Bola Sepak Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Taman Seri Sentosa di sini.

Beliau berkata, sikap pemimpin PKR itu menjadikan sokongan rakyat mula beralih arah kepada BN kerana yakin pengundi akan membuat pemilihan atas keupayaan BN yang membantu rakyat.

“BN, Umno, MCA dan parti komponen lain dah lama berjuang bertahun-tahun, malahan saya sendiri sudah 25 tahun di Lembah Pantai, kita tak guna platform untuk keluarga atau kepentingan sendiri.

“Kita ikhlas membantu penduduk Lembah Pantai, itulah perbezaannya dengan PKR," kata beliau lagi.

Raja Nong Chik menambah, "oleh itu, kita boleh lihat sambutan yang telah ditunjukkan oleh penduduk, BN yakin kita boleh rampas kerusi Lembah Pantai."

Ketika mengulas desas-desus akan bertanding di Lembah Pantai menentang Nurul Izzah, Raja Nong Chik berkata, beliau hanya menunggu keputusan pucuk pimpinan jika mahu meletakkannya sebagai calon.

Sementara itu, Raja Nong Chik turut menegaskan, isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan mengganggu gugat kedudukan BN untuk menawan kembali Lembah Pantai.

“Kita bagi peluang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan kita tidak boleh menghukum sesiapa pun, jika (Datuk Seri) Anwar Ibrahim boleh dilepaskan dengan pelbagai andaian, kita beri juga peluang menyiasat dengan betul kepada mereka-mereka yang terlibat.

“Kita tidak boleh anggap orang yang bersalah kecuali didapati memang betul bersalah, biarlah penyiasatan berlaku oleh pucuk pimpinan negara,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan.

Ulasan GB

Patutlah Najib menyatakan beliau gembira Sharizat ambil cuti 3 minggu (atau memang perancangan Najib arahkan Shahrizat bercuti?)

Rupa-rupanya ada perancangan lain, untuk meletakkan kawan karib Rosmah Mansor, iaitu Raja Nong Chik, menteri bertaraf senator, untuk bertanding di Lembah Pantai.

Kini Nong Chik melilau di sekeliling Lembah Pantai untuk pamer diri sebagai calon Lembah Pantai, menyerang Ahli Parlimen sekarang, Nurul Izzah Anwar.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kerana dia buat kerjalah,
sampai tanah kampung baru
nak dilelongnya.
ooii, nong chik.
raja tu mana lu dapat.
perangai pun macam adnan mansor.
takda tengku, ada tengku.
si nong chik ni pulak.
takda raja, ada raja.
keturunan raja mana la lu.
raja katak ke?

MNazri berkata...

Sudah la nong chik oiii..
Korg pikirlah sendiri, Shahrizat yg kalah dlm pilihanraya pun bole kawtim sampai laki dia dpt Rm250 juta.. Bayangkan apa akan jadi kalau dia menang Pilihanraya hari tu?? Mau rm500 juta / 1 billion pun dia bole dpt!

Tanpa Nama berkata...

Kalau Raja ni bertanding ambil tempat Shahrizat,lawan Nurul Izzah,dia pun akan ksembelih.Didapat jawatan menteri pun ikut pintu belakang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Raja Nong Chik jadi AParlimen makin parahlah nasib tanah orang Melayu di Kg. Melayu KL. Dia pula akan jadi kaya raya. Berhati-hati orang Melayu di Kg. Melayu kerana anda akan terusir dengan sendiri bila tiba saatnya.

Tanpa Nama berkata...

bapa lu taruh nama luuuuuuuu NONG chik...dlm islam tadak makna...melainkan BENGONG dari KECHIK.

Amin berkata...

Kalau betul apa raja nong cik kata berkenaan Nurul, Pakatan ada masalah besar yang mesti diatasi segera, jika tidak mahu kehilangan Lembah pantai