4 Dis 2011

Sumpah Baiah: UMNO Tunjuk Kepada Dunia Ia Sedang Diambang Kehancuran

PRU13: Muhyiddin ketuai perwakilan ikrar taat setia

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengetuai ikrar taat setia kepada parti, antaranya menolak hasad dengki sesama anggota, bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi," lafaz Muhyiddin sambil diikuti perwakilan yang menggemakan dewan besar di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC).

Usaha itu dilihat bagi memastikan budaya cantas mencatas yang cuba dibendung habis-habisan dalam perhimpunan 'terakhir' sebelum pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Pendekatan itu juga dilihat hampir sama dengan bai'ah yang diamalkan dalam parti lawan PAS apabila setiap calon bertanding bersumpah dengan nama Allah untuk taat setia.

Ikrar taat setia itu berbunyi:

"Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada YAB Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."


Sumpah itu juga menyebut mereka "orang Umno" memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti.

Antara lain dalam sumpah itu, mereka berikrar memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada presiden untuk memimpin mencapai kemenangan besar.

Sejurus selepas itu, beliau juga membaca doa "rabitah" atau memohon kekuatan daripada Allah.

Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya juga yakin parti itu akan menang besar dan mendapat kembali penguasaan dua pertiga di parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, tambahnya, terdapat tujuh syarat yang perlu dipatuhi terlebih dahulu.

Ia antaranya, bersatu, bersetia pada parti, berkidmat untuk parti dengan sepenuh hati, berkorban apa saja, berusaha gigih, reda jika tidak terpilih menjadi calon dan sentiasa bertawal.

"Jika kita bersungguh-sungguh mengamalkan ramuan-ramuan ini, insya-Allah parti kita Umno akan menang besar, sekurang-kurangnya dengan majoriti dua pertiga.

"Target kita mesti tidak kurang majoriti dua pertiga," katanya lagi.-mk

Najib: Umno cipta sejarah buat bai’ah, dakwa tragis jika Pakatan ganti BN

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Perhimpunan Agung Umno 2011 membuat ‘sumpah bai’ah’ buat kali pertama dalam sejarahnya, dilihat mengikut amalan PAS, untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan Presidennya Datuk Seri Najib Razak menyifatkan ia sebagai “pilihan raya paling getir” bakal dihadapi mereka.

Dalam ucapan penggulungannya Najib mendakwa negara akan berhadapan dengan tragis jika Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada DAP-PAS-PKR memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Kita berdepan dengan pilihan raya paling getir... untuk membuat pilihan paling getir yang akan menjadi penentu kepada sama ada akan menikmati masa depan yang terang, antara (mengekalkan kerajaan) Umno-BN dan (memilih) Pakatan... kita berdepan dengan tragis jika memilih Pakatan Rakyat,” kata beliau.

Pengerusi BN ini menambah, Umno membuat sejarah apabila buat pertama kali parti itu mengadakan ikrar atau “bai’ah” sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Najib berkata ahli-ahli Umno dan orang ramai tiada pilihan kecuali mengundi Umno-BN dan meletakkan harapan ke atas kerajaan semasa meneruskan kuasa pemerintahan.

Dilihat kandungan ucapan penggulungan senada dengan ucapan dasar yang disampaikan kelmarin, Najib berkata, ucapan penangguhan beliau petang ini bertujuan meyakinkan pengundi-pengundi yang berada di luar Dewan Merdeka, khususnya rakyat bukan ahli Umno.

Katanya, beliau tiada masalah dalam meyakinkan ahli-ahli Umno termasuk mereka yang menghadiri perhimpunan agung tahunan.

Beliau yang mengetuai Umno sejak 2009 menambah, partinya sudah mula menampakan kebangkitan, yang menurutnya dapat dilihat hasil keputusan siri pilihan raya kecil kebelakangan ini.

Dalam ucapannya, Najib juga berkata beliau gembira kerana perhimpunan kali ini mencapai empat matlamat yang beliau gariskan iaitu bersatu, bersiap sedia, menyokong pelan transformasi kerajaan dan dapat meyakinkan 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menggerakkan semangat anggota parti dengan melafaz ikrar taat setia kepada parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Muhyiddin mengajak seramai 5,447 perwakilan daripada 191 bahagian yang hadir untuk bersama-sama beliau melafazkan ikrar tersebut sebagai lambang taat setia kepada parti demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

“Marilah kita bersama-sama bangun dengan semangat kesatuan dan kesepakatan, kejujuran dan keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan parti kita, kata beliau.”

Ikrar itu berbunyi:

“Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

“Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti.

“Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti.

“Terima kasih saudara-saudari perwakilan.” -TMI


Ulasan GB

Tiada ulasan lain yang dapat diberikan apabila pertama kali di dalam sejarah, UMNO terpaksa melakukan ikrar taat setia disamping menyelitkan sumpah baiah - memberikan satu petanda dan petunjuk bahawa: sungguh benar UMNO kini berada di ambang kehancuran.

Setelah satu demi satu pekung terdedah, UMNO masih dengan sindrom penafiannya disamping cuba menyalahkan pihak lain khusus Pakatan Rakyat tetapi tidak dan enggan memperbaiki kelemahan mereka. Justeru ikrar taat setia dan sumpah baiah itu dengan sendirinya senjata yang bakal memakan tuan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pilihanraya paling tragis????? dah takut tu....comform umporno KALAH pd pru 13..kita tggu MAC 2012...PRU 13

Amuraria berkata...

SEPATUTNYA BERBUNYI 'KAMI ORANG UMPORNO MESTI KELENTONG LAGI KUAT' ! TIPU LAGI KUAT,SELEWENG LAGI KUAT ,SAUK LAGI KUAT,REMBAT LAGI KUAT,KALU TIDAK TRAJIS LA MALAYSIA SAPA NAK SAUK KHAZANAH FREE SEMUA ? RAKYAT MESTI SOKONG KITA PASAL KITA PEMBELA HAK DAN KETUANAN YANG 'REAL' PUNYA !

kalamnurani berkata...

macam ikrar rukun negara saja,tapi tak ikut, gempaq je lebih sebab namakan bai'ah.Sumpah PEKIDA lagi hebat,30 juzuk al-Quran,amar makruf nahi mungkar,tapi ramai yang buat mungkar dari makruf.
apasal tak berani letak syarat sumpah bai'ah yang betul " wallahi,wabillahi,walillahi..."? UMNO makin gila meroyan...

Tanpa Nama berkata...

jgn lupa mzhab umNO.mbunuh org di memali hgga skg x selesai.tahanan tnpa bicara.rasuah,kronisme mbazirkn n menggelap wang rakyat.mghpuskan jwi
bahasa n tanah melayu.phala solat jmat tggal telor ayam djohor.muhydin x akan diampunkn.menolak hudud dgn alasan x sesuai serta memilih hukum allah ikut keseuaian.memisahkan agama
dgn politik.mrampas royalti dn tukarn
lambang petronas krn tkutkn pas.jdkan
judi arak dn lesen maksiat sebagai punca utama ekonomi insafflah

Tanpa Nama berkata...

Bai'ah kosmetik. Kalau perwakilan Umno faham baiah sepertimana yang wajib dipatuhi tiada apa yang dikatakan berdosa jika mereka khianat dengan baiah ini. Berkhianatlah kerana Umno bukan membawa misi Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah. s.a.w. Umno lebih membawa kerja fasik dan munafiq. Sesuaikah grombolan Umno memohon rahmat dan restu dari allah s.w.t. ketika mereka diberi kuasa mereka menganjurkan berbagai maksiat terhadap Allah dan memperlekehkan undang2nya.
Mat rempit melayu bila ditanya siapa tuhanmu. Mereka menjawap Allah, begitu juga Penagih dadah, penogok arak, penjudi, mak nyah, dan pelacur melayu. Mereka menjawap allah tuhan kami. Apa bezanya dengan perwakilan Umno? Jadi kalau makhluk ini melanggar bai'ah yang diikrarkan untuk kembali kepada landasan Allah yang betul. Adakah mereka dikatakan munafiq dan berdosa? Neraka para munafiq letaknya paling bawah..