4 Dis 2011

UMNO Sudah Lama Membangsatkan Bangsa Melayu

Elak bangsa Melayu terbangsat

KUALA LUMPUR - Orang Melayu perlu memastikan negara ini tidak jatuh ke tangan parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana jika ia berlaku maka bermulalah zaman keruntuhan Melayu dan lebih buruk lagi Islam akan dihina manakala Melayu menjadi bangsa bangsat yang merempat di tanah air sendiri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masa depan yang hitam dan menakutkan itu hanya akan dapat dielakkan jika ahli-ahli UMNO dan orang Melayu mendakap perjuangan parti itu serta menggempur habis-habisan pembangkang menjelang pilihan raya umum itu bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dalam ucapan penangguhan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang semalam, Najib yang juga Perdana Menteri meminta orang Melayu yang berhadapan dengan gelora politik yang mencemaskan sejak pilihan raya umum 2008 supaya segera insaf tentang nasib buruk yang bakal menimpa mereka.

"Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan akan tiba di muka pintu. Tunggulah kehancuran, akan terbangsatlah Melayu, merempat di tanah sendiri," katanya. -kosmo

Ulasan GB

Sebenarnya UMNOlah selama ini yang menjadikan bangsa Melayu terbangsat!

Dengan sistem kehidupan yang jauh dari nilai-nilai luhur dan murni yang dituntut oleh Allah dan RasulNya, UMNO dengan fahaman kebangsaannya telah menyuburkan sistem kehidupan neo-jahiliyah dimana ciri-ciri sekularisma (memisahkan aktiviti kehidupan dengan agama) begitu menebal - sehingga tiada lagi neraca pahala dan dosa di dalam kehidupan seharian.

Akibat daripada itu, masyarakat dilanda dengan pelbagai penyakit di dalam setiap aspek sosial, ekonomi dan politik.

Di dalam aspek sosial budaya hedonisma hidup subur sehingga mengakibatkan pelbagai masalah di kalangan remaja.

Di dalam aspek politik, demi mempertahankan kuasa dan takut kalah, SPR dan sekalian agensi kerajaan diperkudakan, warga asing dengan mudah diberikan taraf warganegara, sanggup melantik agen Yahudi sebagai penasihat parti dan seumpamanya.

Sementara di dalam aspek ekonomi, amalan rasuah, kronisma, tamak haloba, penindasan berlaku secara wewenangan. Tiada bukti kezaliman dan kekejaman paling dasyat selain daripada rompakan hasil royalti minyak negeri kelantan, sebuah negeri yang diperintah oleh umat Islam sendiri.

Lantaran kezaliman dan kekejaman UMNO itu, bertempiklah mereka dengan bagaimana dan apa cara sekalipun, Allah tetap akan menurunkan mereka dari takhta kerajaan dengan menggantikan dengan parti yang lain.

Bahawa janji Allah itu benar:



Wahai orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang terkeluar dari ajaran agamanya, maka Allah akan gantikan mereka suatu kaum yang Allah kasihi mereka dan mereka juga mengasihi Allah, mereka bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman dan tegas terhadap orang engkar, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya. [Surah Al-Maidah : 54]

Buktinya: (sila klik untuk baca)




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah kalau BeeEnd hilang kuasa bermaksud org melayu jadi terbangsat dan hilang kuasa?

Adakah bila ada pilihanraya, Pas akan letakan calon bukan melayu disemua kerusi?
Adakah Umno akan meneyerahkan semua kerusinya kepada bukan melayu atas nama BeeEnd? Begitu juga dengan PKR.

Katalah DAP akan meletakan semua calonnya dari bukan melayu. Berapa banyak peruntukan kerusi adun dan parlimen diseluruh malaysia diberikan pada DAP.

Adakah jika dicampur kerusi DAP,PKR bukan melayu MCA,MIC, Gerakan dan lain2 parti BeeEnd. Adakah Jumlah itu boleh jadi majoriti membentuk kerajaan?.

Adakah kerusi Umno bila dicampur dengan kerusi Pas, Melayu PKR atau lain2 kerusi calon Melayu yang diperuntukan kepada orang2 melayu akan kalah semuanya. cuba semak balik kerusi2 yang dimenangi oleh orang Melayu dalam semua parti. Kenapa Umno boleh dominan dalam BeeEnd...

Cuba buat konkulusi. Katalah PKR yang dominan dalam PR ketika membentuk kerajaan Persekutuan namun begitu bila dihitung kerusi Melayu Pas, melayu PKR dan melayu Umno dan jumlahnya dominan dalam Parlimen. Adakah ini akan dikatakan melayu hilang kuasa?

Apakah pula akan dipersepsikan jika MP Pas memohon untuk meminda perlembagaan menjadikan Hudud sebahagian undang2 negara berdasarkan majoriti MP melayu dalam parlimen. Bagaimana Jika MP Umno bangun membantah...

Jadi siapakah melayu bangsat sebenarnya?.

PRU 13 berkata...

UMNO pekena melayu

Tanpa Nama berkata...

melayu bangsat sebenarnya berada dalam umno yg senang diperbodohkan pemimin mereka untok dijadikan pak turut setiap kali pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

Melayu bangsat itu ada lah melayu lembu umno..Di perbodoh oleh ketua lembu

Tanpa Nama berkata...

Dah lebih lima dekat mengurus orang melayu, masih 'menyayikan' agenda bela melayu...? Memang mereka yang bangsat. Bangsa lain tampa dibela meluru ke hadapan memimpin kemajuan. Sedang bangsa melayu yang 'berwalika UMNO' masih terkial-kial dan perlu 'menjilat para pemimpin UMNO untuk terus bernafas.

Pecaci UMNO masih terbelenggu oleh doktrin rasis mereka. Maka membangsat-lah pecacai melayu dalam UMNO.

PRU-13 giliran Pakatan Rakyat membuktikan mereka tidak sebangsat UMNO dan tidak membangsatkan orang Islam melayu.

x ahli umno muor berkata...

aku tertarik dgn satu statement yg komen dlm satu blog dimana dia sebut..."aku tak bangga jadi melayu...apakah dengan aku sebut melayu, aku dpt diskaun bila beli barang di hypermarket? bila buat loan, sebut melayu akan dpt interest terendah? bila minta kerja ,sebut aku ni melayu ,company yg temuduga aku akan bagi kerja yg hebat2 dan gaji besar?" ...so apa bangganya jadi melayu kalau sebut diatas x dpt? apa2 pun aku bangga jadi muslim....

Tanpa Nama berkata...

Masa gelap untuk pemimpin UMNO...hilang fuluss kotttt..