4 Ogo 2010

Hebatkah Gani Patail?

Peguam Negara Buat Aduan, Shamsul Berdepan Risiko Hilang Status Peguam

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Tatatertib Peguam-peguam berhubung ceramah beliau yang menyentuh mengenai rayuan kes kedudukan Datuk Sri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah semasa kempen pilihan raya kecil Penanti pada 30 Mei 2009.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Shamsul berkata lembaga tersebut mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beliau atas arahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Shamsul menerangkan surat bertarikh 30 Julai yang hantar melalui pos berdaftar kepada firma guamannya di Melaka menjelaskan ulasan beliau mengenai kes rayuan itu boleh ditafsirkan sebagai mempersoalkan kredibiliti hakim-hakim Mahkamah Rayuan.

"Surat Lembaga Tattertib saya perlu menjawab surat tunjuk sebab ini dalam tempoh 14 hari dan sekiranya gagal tindakan boleh diambil terhadap saya termasuk menggugurkan status saya sebagai seorang pengamal undang-undang," jelas Shamsul.

Dalam surat aduan daripada Pejabat Peguam Negara bertarikh 12 April 2010 yang ditandatangani oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwa (Operasi), Shamsul didakwa menyampaikan satu ceramah semasa kempen PRK Dewan Undangan Negeri Penanti di No 2072-2076, MK 9, Jalan Tanah Liat (JDM Tanah Liat), Seberang Perai, Pulau Pinang pada 30 Mei 2009.

"Di dalam cramah tersebut beliau telah mempersoalkan kredibiliti hakim-hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya semasa satu kes rayuan di Mahkamah tersebut. Walaupun Encik Shamsul Iskandar tidak menyebut dengan jelas butir-butir lengkap kes rayuan yang berkenaan, namun setelah disemak, kes rayuan yang dimaksudkan di dalam ucapan beliau adalah kes Mahkamah Rayuan Sivil No W-01-112-2009 di mana pihak yang terlibat adalah Dato' Dr Zambry bin Abd Kadir sebagai Perayu melawan Dato' Seri Ir haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin sebagai Responden dan Peguam Negara sebagai Pencelah," kata surat tersebut.

Surat itu juga melampirkan sesalinan rakaman cakera video padat mengandungi ucapan Shamsul.

"Saudara, perkara kedua saya minta pada malam ini yang berkaitan dengan kes Perak tadi, saya sebut tadi bagaimana keadaan Malaysia sekarang dalam keadaan yang cukup huru hara, yang berlaku di Perak dia tak hirau proses demokrasi, dia tak hirau, dia langgar semua, guna mahkamah, saya peguam, dua tahun dah saya jadi peguam, tapimsaya tak pernah tengok ada hakim tiga orang ini, ini hakim tiga orang di Mahkamah rayuan ni yang buat keputusan, tarik balik keputusan hakim Mahkamah Tinggi, bagitau pulak Zambry yang haram ini Menteri besar, sebab itu saya sebut ini hakim, hakim tiga Abdul punya hakim, tadi tuan-tuan dengar lagu tadi, Abdul Wahub, Abdul wahid, Abdul Wahab, ini tiga hakim tidak boleh pakai, hakim ini dia kata apa, dia bukan buat keputusan," kata surat itu merujuk kepada sedutan ucapan Shamsul.

Surat daripada Pejabat Peguam Negara itu seterusnya menyatakan Shamsul telah mengkritik proses perundangan dan kehakiman negara ini yang boleh menjurus kepada menghina mahkamah ketika kes rayuan tersebut masih lagi berjalan.

"Sebagai peguambela dan peguamcara, Encik Shamsul patut lebih arif dengan proses perundangan dalam negara ini dan tidak sepatutnya memberi lkenyataan yang berhaluan kepentingan politik.

"Aduan ini dibuat untuk tindakan disiplin diambil terhadap peguam Encik Shamsul Iskandar bin Mohd Akin selaras dengan peruntukan Seksyen 99(2) Akta Profesyen Undang-undang 1976 (Akta 66)," jelas surat itu lagi.

Ditanya mengenai kandungan surat tersebut, Shamsul berkata beliau tidak gentar terhadap tindakan ini kerana menganggapnya sebagai satu lagi bentuk tekanan politik terhadap Pakatan Rakyat.

"Saya sedikitpun tidak gentar dan saya lawan habis-habisan. Ini hanya membuktikan Umno-Barisan telah menyalahgunakan apparatus kerajaan sehingga ketahap pejabat Peguam Negara untuk menekan dan menindas pihak pembangkang.

"Saya yakin inilah kes yang pertama saya pernah dengar di mana seorang peguam diminta memberi penjelasan berhubung ucapan politik yang diberikan," ujar beliau.

Presiden Badan Peguam Malaysia, R Ragunath berkata beliau tidak tahu menahu mengenai surat tunjuk sebab kepada Shamsul.

"Saya tidak tahu sebab Lembaga Displin walaupun di bawah Badan Peguam namun ia adalah satu badan bebas. Terpulang kepada Lembaga untuk menentukan perkara yang dibangkitkan mempunyai merit atau remeh," kata Ragunath ringkas.

Ketika dihubungi Lembaga Tatatertib mengesahkan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Shamsul tetapi tidak mahu mengulas lanjut. -SK

Ulasan GB

Siapa paling berkuasa di Malaysia? Najib? Muhiddin? KPN?

Bukan!

Tetapi jawapannya ialah Tan Sri Abdul Gani Patail. Si Peguam Negara

Peguam Negara ini boleh menetukan siapa yang bakal didakwa dan tidak didakwa di mahkamah. Beliau menentukan hakim mana yang akan mendengar kes dan buat keputusan. Dia juga menentukan hukuman apa yang perlu dijatuhkan oleh sang hakim terhadap sesuatu kes. Hakim yang tak mengikut cakapnya akan ditukarkan mengikut sesuka hatinya. Dan kini beliau menentukan pula peguam mana yang perlu dibunuh kerjayanya.

Hebatnya juga manusia yang bernama Abdul Gani Patail di negara kita ini. Konspirasi liwat 2 adalah aturannya. Runtuhnya kerajaan PR di Perak hasil dari percaturannya di dalam menetapkan hakim-hakim mahkamah. Dan Najib akan terus dibebalkan lantarannya, malah kedudukan Najib dan Muhyiddin sendiri boleh digugat jika Peguam Negara ini mengkehendakinya. Kerana dia berkuasa menentukan fail kes apa yang hendak dibuka dan kes apa yang perlu ditutup. Ketua Polis Negara diperbodohkannya supaya ikut apa saja katanya.

Berdoa agar Gani Patail mati cepat. Tetapi dia sudah melatih bakal penggantinya. Yusof Zainal Abiden namanya. Pendakwa kes konpirasi liwat 2.

Jadi bagaimana mengatasi semua ini? Tukar kerajaan segera!

Nanti - kita harap mereka semua itu disumbatkan ke dalam penjara.

Kerana rakyat lebih hebat daripadanya. Dan tentulah Allah s.w.t terhebat daripada sekaliannya!


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yg benar tetap benar walau pun gani patail tak suka dia punya pasal,Syabas!kepada saudara Samsul kerana mempunyai perinsip.

Tanpa Nama berkata...

yg benar tetap benar walau pun gani patail tak suka dia punya pasal,Syabas!kepada saudara Samsul kerana mempunyai perinsip.

Matketor berkata...

Memang dah lama kredibiliti hakim hakim dipertikaikan..bukan saja oleh Saudara Shamsul malah oleh berjuta juta rakyat marhaen..tambahan pula Gani Pat Tahil, kredibiliti AG ni dah tahap longkang yang hanyir dan busuk, payah dah nak cuci melainkan kambuskan aje biar hilang segala kebusukan yang membusukkan sistem keadilan negara..sudahlah Gani Pat Tahil sepatutnya anda yang dilucutkan kelayakan peguam bukannya Saudara Shamsul..correct3X

Tanpa Nama berkata...

gani patail sangat bimbang BN tumbang macam mahathir kenapa agaknya?

Tanpa Nama berkata...

Orang yang pegang jawatan tinggi dan berkuasa, tidak punya kelayakan tinggi,tidak punya kredibiliti,tidak punya rekod kerja yang boleh dibanggakan,naik pangkat kerana ada hantu nak balas jasa - memang khuatir jika berlaku perubahan kerajaan.Silap dia boleh dibawa kemahkamah kerana banyak buat kesalahan.