Krisis air: Mahasiswa UMP Pekan tuntut pembelaan Oleh Muhamad Fazli Abdul Halim
Krisis gangguan air yang semakin meruncing di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan sudah berlarutan masuk minggu kedua tidak menampakkan sebarang tanda-tanda yang krisis ini akan berakhir. Krisis ganguan air ini dikatakan berpunca daripada tekanan air yang rendah akibat daripada UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar.
Situasi ini cukup menyeksa dan menyukarkan urusan harian mahasiswa yang dalam masa yang sama ditambah dengan tekanan peperiksaan akhir semesta yang bakal berkunjung tiba. Krisis ini juga turut menjejaskan pihak pengusaha kafeteria yang secara langsung mengganggu pengoperasian dan urusniaga mereka dan menambah kesengsaraan mahasiswa dalam mendapatkan makanan.
Krisis air bukan isu baru
Permasalahan ganguan air yang dialami oleh mahasiswa UMP bukanlah satu perkara yang baru. Perkara yang sama turut berlaku dua tiga tahun yang lepas oleh mahasiswa UMP yang berada di Kampus Gambang. Krisis air ini bukanlah satu perkara yang asing oleh masyarakat Pekan dan Pahang khususnya. Tindakan segera amat diperlukan terutamanya peranan yang dimainkan oleh Jabatan Bekalan Air Pahang sebagai salah satu agensi kerajaan negeri agar mengambil perhatian serius terhadap permasalahan yang dialami oleh kami selaku mahasiswa agar memudahkan urusan pembelajaran kami di medan universiti ini.
Mohon perhatian Perdana Menteri
Mahasiswa UMP Pekan memohon agar kebajikan kami yang merupakan sebahagian daripada komuniti di sini agar diberi perhatian dan tumpuan yang sewajarnya oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri yang berazam untuk terus membangunkan Pekan, kawasan parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan sepertimana yang beliau ucapkan semasa Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 Disember yang lepas.
Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (Gempak) UMP
Satu jawatankuasa bertindak telah dibentuk diperingkat mahasiswa yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (GEMPAK) UMP yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, persatuan fakulti dan perwakilan kolej kediaman serta beberapa wakil mahasiswa yang terpilih. Antara objektif utama jawatankuasa ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menuntut penyelesaian segera krisis air di UMP Pekan oleh pihak yang berkaitan dan bertanggungjawab.
Penulis merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang juga Pengerusi Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (Gempak) UMP.

8 ulasan:
TERPALIT TAIK DIMUKA SENDIRI TAK NAMPAK TAPI NAK PALIT PULAK KAT MUKA ORANG HAHAHA ! PUNYA KEMPEN KERAJAAN ISLAM KELANTAN TAK MAMPU TANGANI AIR KUNUN TAPI SENDIRI PUN KANTOI ! APA PUNYA TURR DAA UMNGOK-BN PARTI KESUKAAN RAMAI ....RAMAI DARI JENIS FEEDLOT !
tepat seperti kata pepatah melayu; kata dulang paku serpih, gajah didepan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak jelas.
Maaflah Pakcu sekali mencelah ke blog tuan.
Pakcu bukan nak calit sapa-sapa dengan bak bekalan air yang terputus ni.Tapi pihak pengurusan kena lah prihatin kat UMP tu kerana mereka tu kan "pemimpin " masa depan . Tu baru setakat gantung iklan aja tu...sikit lagi demolah pulaaa...
Kat Kelantan ni kalau air terputus bukan seminggu dua tapi sepanjang tahun pun ada ..kalau tak percaya tanya kat budak-budak yang duduk kat asrama..PPD dan JPN.Tapi setakat ni taklah gantung iklan macam depa...cuma ibubapa yang ulang -alik hantar ke sekolah depa belajat..agak-agak budak SMK diasrama ni belum boleh dipanggil .."pemimpin" kerana belum cukup haul.......lah tuuuu.. Maaflah kalau Pakcu cakap ni ada yang terasa.....
hidup umno` hidup umno nak temuntah dengar kutuk orang pandai negeri yang dia perentah lagi terok malu la sikit orang umnob oi
jom kita tumbangkan BN.
Allahswt maha berkuasa,balasan kpd mereka yg selalu bercakap takabur menghina kepinpinan ulamak dulu shahidan menghina kepimpinan TG kununnya tidak membena saliran air dengan baik menyebabkan kelantan selalu mengelami banjir ahirnya pada 2004 perlis mengalami banjir besar dan begitu juga johor pada 2009 begitulah Allah memberi peringatannNya kepada orang yg bercakap yg cakapannya tidak bersandar kepada kuasa dan kehendak Alahswt.
Masalah kekurangan air ada di mana-mana, hanya masa yang menentukan ketibaannya. Dulu UMNO dok kutuk Kelantan dalam bab bekalan air terputus. Sekarang terkena pula di kawasan PM. UMNO tak nak kutuk tauke ke?
masalah air kat kuantan ni bukan nya msalah baru tp dh berabad... sejak saya umur 13thun sampailah skrg umur saya 27thun ttap sama..
msalah air kt kg saya ni bkn jrang2 tp tiap2 hr mcm nie.. xder pn sper2 nk peduli..
sya duk kat kg jaya gading batu 10 x juh ngan ump.. smpai trpaksa guna air boring utk mndi n mmbasuh.. air klu nk ukur lidi lg besar..
nk ckp pahang xder sumber air tp sungai brsepah2 kat pahang..
spa duk kuantan tu mmang dah lali dgn msalah air nie.. cuma x diperbesarkn jer mcm isu air kat klantan.. sbb apa? sbb umno yg punya negeri..
Catat Ulasan