23 Dis 2011

Ugutan: Adam Adli Lapor Polis, Terima Notis Tatatertib [updated]

Kuala Lumpur: Pemimpin pelajar, Adam Adli yang menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di PWTC Sabtu lalu membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya.

Menurut peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri, ugutan itu dipercayai diterima dari seorang anggota polis dikenali sebagai Ruslan Mokhtar.

Ruslan dipercayai seorang anggota polis kerana pegawai polis di luar pondok Bukit Aman seolah-olah mengenalinya. Adam pergi untuk membuat aduan tentang ugutan yang diterima dan pada masa sama polis cuba membawa Adam.

“Kita mahu lihat anggota polis yang terlibat diambil tindakan kerana jelas ada ugutan dari pihak-pihak yang mempunyai kuasa,”
dakwa beliau.

Ujar Fadiah, tindakan Adam yang menurunkan bendera itu hanya tidak mematuhi sivil dan bukan berunsur jenayah.

Katanya, tindakan itu boleh diterima di seluruh dunia malah pihak polis disarankan menghentikan sebarang ancaman terhadap mahasiswa terbabit.

Sabtu lalu, Adam bersama kumpulan mahasiswa lain mengadakan perarakan dari Masjid Jamek ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan seterusnya ke bangunan PWTC.

Apabila tiba di PWTC, pelajar berkenaan menyerahkan pula memorandum mereka kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah

Terima notis tatatertib

Dalam perkembangan berkaitan, Adam menerima notis pendengaran tatatertib dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Adam berkata seorang individu tidak dikenali menyerahkan notis terbabit, yang mengarahkan beliau hadir ke perbicaraan tatatertib pada 9 Januari depan.

Beliau mengesahkan akan hadir menjalani perbicaraan tatatertib tersebut.

Dalam pada itu, Adam menegaskan tindakan beliau menurunkan bendera itu membuktikan bahawa mahasiswa komited untuk kebebasan akademik.

Beliau turut mengecam laporan Utusan yang memetik kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendakwa beliau memijak bendera, sebaliknya jelas Adam ia fitnah yang dijalankan individu terlibat di belakang akhbar Umno tersebut.

“Saya tidak faham kenapa anda takut dengan kami? Kami bukan ahli politik tetapi mahasiswa. Kalau anda musuhi kami, maknanya apa yang mahasiswa lakukan adalah betul,” katanya. -FMT

Adam buat Laporan Setelah Di Ugut Anggota Polis

KUALA LUMPUR, 23 DIS : Aktivis Pelajar, Adam Adli tampil membuat laporan polis berhubung ancaman ditumbuk dan ugutan keatas dirinya daripada seorang anggota polis.

Adam Adli sebelum ini menerima ancaman tersebut daripada anggota polis berpakaian biasa bernama Roslan Mokhtar sejurus selepas membuat laporan ugutan bunuh terhadapnya di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman beberapa hari lalu.

Pada 17 Disember, Adam Adli, Mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim ketika menyertai demontrasi bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bertindak menurunkan bendera Perdana Menteri di ibu pejabat Umno sebagai tindakan protes AUKU.

Bendera berslogan kebebasan akademik itu hanya digantikan untuk beberapa ketika sebelum Adam menaikkan semula bendera asal.

Bagaimana pun tindakannya itu menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan cacian.

Peguam yang mewakili Adam, Fadiah Nadwar berkata ugutan seumpama itu tidak sewajarnya hadir daripada anggota polis, sedangkan tiada sebarang jenayah dilakukan oleh gerombolan mahasiswa yang berdemontrasi baharu-baharu ini.

"Jadi keterangan hari ini diambil berdasarkan insiden tersebut dan kita akan lihat sama ada anggota polis yang terlibat ini akan ambil tindakan kerana ia begitu jelas bahawa terdapat ugutan dari pihak polis," katanya.

Sementara itu, Adam Adli menjelaskan sebagai mahasiswa beliau bertindak sebagai agen masyarakat untuk menegur mana-mana pihak yang salah tidak kira kerajaan mahupun pembangkang.

Namun, beliau kecewa dengan tindakan yang diterimanya apabila tindakannya menurunkan kain rentang itu diputar belitkan oleh pihak berkepentingan yang takut terhadap gerakan mahasiswa.

"Sebagai seorang mahasiswa, apa yang anda takutkan sangat terhadap kami, kami bukan, kami bukan ahli politik, kami hanyalah mahasiswa, jika sehingga tahap ini, maka benarlah perjuangan mahasiswa hari ini berada dilandasan yang betul,"

Beliau berkata demikian sejurus selepas memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Adam berkata tindakannya menurunkan bendera itu adalah simbolik kemenangan kepada siswa pada hari tersebut.

Akhbar kawalan UMNO, Utusan Malaysia bertarikh 21 Disember melaporkan Naib Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Reezal Merican mendakwa Adam bukan sahaja bertindak menurunkan bendera Perdana Menteri, malah mengatakan mahasiswa itu telah memijak bendera tersebut.

Mengulas lanjut pekara ini, Adam berkata sekiranya Reezal tidak mengeluarkan kenyataan maaf diatas kenyataan fitnahnya itu, mahasiswa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. -tvsnews




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Polis kaki ugut? Tak heiranlah.Apa yang mereka tak buat? Rompak,samun,rogol,peras ugut,belasah orang sampai hingga mati,tembak kanak-kanak,rasuah ...sebut aja apa,semua polis dah buat.

Tanpa Nama berkata...

Nampak gayanya dan perangai macam mat polis.

hanturaya berkata...

x sedar lagikah rakyat msia negara ni kn negara polis dn yg sekutu dgnnya yg diperlembukn B arua N egara.tunjuk hebat sbgai demokrasi tp PENGECUT utk
bantahan rakyat.jgn lupa umdang2 rimba yg digunakan ketika bantahan ISA,PPSMI,BERSIH kenaikan harga mnyak
tetapi hilang taring n kuku ketika islam dhina oleh sial lek kes rasuah hnya bilis saja didakwa.raksaksa mash
boleh selak kain.jika takut kalah plhnraya minta agong tidak bubar parlimen supya boleh trus menongkat langit.KJAAN ALLAH JUA KEKAL DN HEBAT..JADI JGN TERLALU ANGKUH,,tunggulah masa kejatuhan Bn

Tanpa Nama berkata...

bendera berwajah PM lebih mulia dari Jalur Gemilang? Jika menjadi satu kesalahan menurunkan bendera wajah PM, kena ambil tindakan pada makcik2 yang jual nasi lemak, tempe, atau pun sesiapa yang gunakan suratkhabar lama yang ada wajah PM untuk bungkus barangan mereka atau buat alas

horahora berkata...

9 januari 2012?
tarikh keputusan kes liwat 2..
Ya Allah selamatkanlah negaraku yg makin tunggang terbalik

Tanpa Nama berkata...

Peliklah nape sibuk sgt pasal bendera muka najib???? Nape masa agama dan allah di hina tak da yg membela??? Peliklah....

Tanpa Nama berkata...

budaya samseng telah menjadi amalan sesiapa sahaja di malaysia. benihnya telah disemai ketika najib menjadi ketua umno dulu dan kini buahnya telah ranum untuk dituai.

Tanpa Nama berkata...

Anggota polis tu tunjuk lagak ketika berkuasa. Bila sudah pencen dan nak mampus nanti barulah terhegeh-hegeh berbuat baik dengan masyarakat.

Terlalu banyak bukti apabila Bekas anggota polis yang telah bersara selalunya tidak dihiraukan oleh masyarakat. Itu baru balasan didunia, diakhirat nanti lebih dasyat lagi hukumannya.