23 Dis 2011

Siapa Tergelincir, PAS Atau Hassan Ali? Tanya Mujahid

Hasan Ali tidak baca sejarah parti?

Memahami Perjuangan

Sebuah parti politik tidak mungkin kekal tanpa beberapa perkara. Pertama, prinsip, kedua organisasi dan ketiga pimpinan. Pertama berupaya menarik minat pendukung dan penyokongnya. Dari sudut organisasinya ia akan melahirkan penggerak dan aktivis parti yang asasnya ialah ketaatan. Manakala ketiga, dari sudut kepimpinan mewakili hiraki tertinggi yang akan membekalkan arahtuju perjalanan parti.

Melalui tiga komponen di atas, kita dapat mempelajari sesuatu yang amat penting iaitu, pemimpin akan datang dan pergi namun prinsip dan organisasi perjuangan akan terus kekal. Ini adalah pengajaran yang berkekalan sehingga ia menjadi satu kaedah yang sukar dicabar kebenarannya.

Dinamika Perjuangan

Ramai yang gagal memahami atau terlalu lembab untuk memahami bahawa perjuangan mempunyai dinamikanya tersendiri. Ia bukan sesuatu yang jumud dan beku sehingga gagal menepati kehendak dan tuntutan semasa. Ini adalah asas yang memberikan kehidupan kepada sesebuah parti yang mempunyai prinsip perjuangan. Yang dikatakan kebijaksanaan kepimpinan ialah bagaimana ia mampu mengimbangi antara mengekalkan prinsip yang tidak akan berubah dan menepati kehendak semasa yang berubah-ubah. Ia bukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh pemimpin yang berfikiran jumud yang gagal memahami apa erti keseimbangan ini dan seni-seni yang diperlukan.

Dinamika PAS

PAS bukan sebuah parti yang jumud, perkembangannya dan sejarah pencapaiannya menggambarkan ia senantiasa menepati kehendak semasa tanpa hilang prinsip yang diperjuangkan. Gamaknya orang seperti Hasan Ali gagal membaca sejarah dinamika PAS walaupun berdegar-degar berucap di atas pentas PAS. Untuk pengetahuan mereka yang sekepala dengan Hasan Ali, PAS memulakan manifesto politiknya di awal 1950-an hingga 1960-an dengan menawarkan konsep negara kebajikan melalui slogan Baldatun Thaiyyibatun wa Rabbun Ghafur (petikan dari al quran). Asasnya ialah Adopt Islamic Principles, Restore Malay Sovereignity, Improve The Standard of Living, Practice True Democracy dan Promote Social Justice. Apakah Hasan Ali tidak membaca sejarah PAS kerana sibuk "bermotivasi" bahawa Negara Berkebajikan sudahpun menjadi manifesto PAS sejak 1950-an lagi? Apa yang dikemukakan oleh PAS hari ini hanyalah penyegarannya mengikut tuntutan semasa.

Isu Negara Islam

Awal 1980-an menyaksikan kebangkitan gerakan Islam mempertegaskan ideologi ummah secara global. Penjelasan kerangka sebuah negara yang mahukan Islam sebagai asasnya diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami iaitu negara Islam. Perdebatan Negara Islam lebih kepada perbalahan intelektual yang asasnya ialah perbezaan pandangan antara isi dan format. Ia satu usaha untuk menggambarkan kesesuaian pemikiran kerangka negara yang ditawarkan oleh Islam. Namun secara praktikalnya perdebatan negara Islam akhirnya dijurus kepada isu substantif (isi) dengan menawarkan nilai-nilai keadilan sosial, kemanusiaan sejagat dan prinsip moral kepemerintahan.

Sekali lagi Negara Berkebajikan diolah mengikut kesesuaian semasa dan perkembangan semasa. Persoalan negara Islam hanyalah transisi kepada isu substantif yang lebih inklusif sifatnya. Apa masalah Hasan Ali dan yang sama waktu dengannya tidak memahami dinamika ini? Bukankah makna Tajdid ialah mengembalikan keadaan yang berubah kepada bentuk asalnya dan kekal releven?

Siapa yang Tergelincir?

Ada pepatah Melayu mengatakan "tidak pandai menari, lantai dikatakan tidak rata". Pepatah ini membayangkan suka menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Samalah dengan Hasan Ali yang mendakwa PAS tergelincir dari landasan perjuangan sedangkan dia yang tidak memahami dinamika PAS hari ini. Memang mudah menyalahkan orang lain daripada menyalahkan diri sendiri, namun ahli PAS lebih matang untuk menilai kenyataan Hasan Ali. Orang PAS akan bertanya balik, siapa yang tergelincir? PAS atau Hasan Ali?

Teruslah Bermotivasi

Selalunya apabila seseorang mula bercakap merapu kita akan berkata "teruslah anda bermimpi" tapi untuk Hasan Ali saya akan berkata "teruslah bermotivasi" walaupun ahli PAS dah menganggap ianya sesuatu yang basi. Kepada yang sama waktu dengan Hasan Ali, buatlah keputusan dan tanyalah kepada pakar motivasi anda bagaimana hendak cepat membuat pilihan. Bukankah pakar motivasi selalu mengatakan bahwa segala-galanya bermula dengan membuat pilihan! Sekurang-kurangnya Hasan Ali dah menampakkan arah tuju keputusan dan pilihannya, saya mengharapkan telahan saya tidak betul. -MR

* Dr Mujahid Yusof Rawa adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

Ulasan GB

Biang Hassan Ali menjadi-jadi kerana adanya orang dalam PAS yang masih menjadi penyokong tegarnya - bererti kumpulan UG masih ada dalam parti.

Sebelum UMNO dapat dihapuskan dari pentas politik tanahair, kumpulan UMNO dalam PAS yang perlu dihapuskan terlebih dahulu.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah jadi barua UMNO memanag macam tu

hussin berkata...

yang dok bergaduh sekarang sama2 depa. Allah memiliki caraNya sendiri untuk menyaring di antara yang ikhlas dengan yang berkepentingan!

Unknown berkata...

Harap nik adli dan nasruddin KP baca

Tanpa Nama berkata...

Berdsarkan cara penampilan hasan ali kebelakangan ini, iaitu dengan bersongkok hitam, ala gaya umno, menunjukkan mirip beliau bukan lagi kepada pas tapi kepada umno. oleh itu tak hairanlah beliau boleh mengutuk arah perjuangan pas.

beliau tidak lagi sesuai untuk disimpan dalam pas kerana boleh membawa banyak onah berbisa, banyak isu-isu kontraversi ditimbulkannya semenjak menjadi exco kerajaan selangor seolah-olah mempunyai niat tersembunyi antaranya memperlekehkan dan menjatuhkan pas dan kesatuannya.

jangan simpan lama-lama, buang ajalah beliau dari pas.
Tolonglah bukakan pintu, kerana beliau ingin keluar dari pas.

Tanpa Nama berkata...

Apalagi Dr Hasan, sila keluar kerana dah ramai beri peluang dan ruang.

Tanpa Nama berkata...

tunggu lagi? sampai bila nak jadi mamat mtm (muka tak malu)?

Tanpa Nama berkata...

Sintaro ......

Diantara sifat perjuangan adalah ikhlas. Insan yang bernama Hasan Ali ini ditayangkan olih Allah kepada kita khasnya penyokong PAS agar berjuang dengan ikhlas hanya kerana Allah. Sebagai saorang pakar Motivasi, Sintaro yakin dia ada iman dalam dirinya tapi tak ikhlas. Namun, disebabkan dia rasa bahawa dia adalah 'pilihan' Allah untuk berjuang untuk Agama,Melayu dan Raja telah meletakkannya sebagai insan yang lebih tak faham perjuangan PAS,ia lebih mirip UMPORNO. Olih yang demikian,janganlah rasa pelik kerana dia pun terlibat dalam program BTN yang sebati dengan pemikiran totok UMPORNO. TDM tidak hairan apabila Hasan Ali masuk PAS, malah dia sangat bangga kerana dia tahu bahawa Hasan Ali akan menjadi suara UMPORNO dan ganggu pemimpin & pengikut PAS. salam.

hussin berkata...

artikel ini baik untuk:

yang tak faham dengan peranan majlis syura ulama

yang 'berfatwa' presiden dan timbalan presiden mesti ulama

yang menjaja 'dipersetujui oleh majlis syura ulama'

yang menjadikan wala' topik dakwah kepada pemuda

yang menelan madu 'wala' dengan semut2nya sekali

yang bimbang dengan 'apa yang sedang saya fikirkan (melayu akan hilang kuasa)'

yang menjadikan pas 'kenderaan' bagi sampai ke destinasi yang memberi keuntungan kepada diri sendiri/keluarga

yang bertemu dalam gelap dengan umno atas apa alasan sekalipun

yang sanggup membantu umno meneruskan kezaliman, rasuah dan penyelewengan

yang mendasarkan perpaduan pas-umno berasaskan 'melayu-islam, islam-melayu

yang bercita2 menjawat jawatan menteri/menteri besar sebagai habuan perpaduang

wallahu'alam

samagreen berkata...

Baik Pas maupun Umno, telah lama ujud matlamat menjadikan negara yg tentram, damai, rukun... cuma pendekatan dan perlaksanaannya berbeza!!

Yg akan menjadi masalah pd Pas bukanlah pemberontakan oleh dua tokoh itu atau sokongan mereka kpd isu perpaduan Melayu yg dikatakan melibatkan Umno.

Yg menjadi masalah kpd Pas ialah persepsi masyarakat yg ia tak lagi komited kpd perjuangan asalnya yg bermatlamatkan Dar-al-Islam dan Hukum Hudud. Tanpa idealisme Negara Islam dan Hukum Hudud, Pas bukanlah Pas lagi!!

>Cuba lihat kembali sejarah kempen Pas di Kedah dalam Pilihan Raya Umum 1969.

samagreen berkata...

Kepemimpinan Umno bermati-matian mengambil hati bukan Melayu sehingga ramai ahli Umno sendiri berasa amat terkilan.

Pas juga menghadapi dilema, iaitu sama ada terus memperjuangkan idealisme Islam atau mengambil hati orang bukan Melayu/bukan Islam.

Bagi org Melayu yg peduli, dilema mereka adalah - yg mana hendak disokong demi menjamin survival masa depan mereka – Umno yg kemaruk undi bukan Melayu atau Pas yg kebulur undi bukan Islam?

Kedudukan org Melayu masih rapuh di bumi Malaysia ini!! Situasi yg ideal bagi mereka, ialah melalui perpaduan bangsa dan agama.

Malangnya bagi org Melayu, politik bererti perpecahan dan persengketaan!!

Tanpa Nama berkata...

mamat ni masih dok dalam pas lagi? orang dah tak suka, belahlah tunggu apa lagi? kan ramai katak dok panggil tuu?

Tanpa Nama berkata...

tiga sifat orang munafik ialah: bila bercakap ia berbohong, bila berjanji ia mungkir dan bila dipercayai ia pecah amanah. adakah ciri-ciri berkenaan pada mamat ni? sahih dia akan nafikan sebab mamat ni lebih pandai dari semua orang yang ratanya bodoh belaka di zaman ini.