Shah Alam - Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.
Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.
Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan.
Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007. -Bernama
Ulasan GB
Baru sebentar tadi GB sudah ulas dengan memetik ulasan GB yang terdahulu:

GB sudah ulas di Khir Toyo Bakal Habiskan Sisa Hidupnya Dalam Penjara?.
Tak apalah Khir. Tuan pun dah lama "sapu" bersih wang rakyat semasa menjadi MB. Mungkin di dalam penjara tuan boleg "berriadah" memperbanyakkan ibadah menyuci diri dan kemudiannya siapa tahu diterima semula ke dalam masyarakat macam Mokhtar Hashim yang pernah jadi seorang Menteri kabinet kemudian, dihukum gantung sampai mati, kemudian mendapat keampunan dari Yang Di Pertuan Agong dengan cuma dipenjara seumur hidup. Kemudian setelah menjalani 10 tahun dalam penjara, beliau mendapat keampunan daripada Agong untuk dibebaskan.
15 ulasan:
Kronologi Kes Pak Khir :
1. Dakwa.
2. Bicara.
3. Bersalah dan jatuh hukuman.
4. Tangguh hukuman.
5. Rayuan.
6. PRU 13.
7. BN menang.
8. Dibebaskan.
9. Siapa kena tipu ?
12 bulan????????????
ANAK HANTU SAPU JUTA-JUTA 12 BULAN TADAK APA RAA ! POTONG CUTI TAK SAMPAI 12 BULAN DAH BOLEH MAKAN ANGIN ROUND THE WORLD DAA ! SILAP HARIBULAN RAYUAN TERUS POTONG HABIS ,LAST UMNGOK-BN JUGA SAPU !
elehhhhh kuat berlakon punya bn!!
kita kena pastikan bn tumbang dlm pru akan datang, kalo tak... aku jamin jawa nih (aku pun jawa k!) lepas dan sedap2 'menengkereng' lepas sebat duit rakyat!
biasa la bn nih bila dh dekat2 pru mula la buat 'promosi' supaya nampak bersih. kalo dia orang menang nnti bukak la balik topeng tuh. Baru nampak muka setan semula. Sasah takde kes nnti... standard kerajaan bn dari dulu, kini dan selamanya.
apa laaa...
aku sendiri akan sokong umno semula jika dia orang nih semua betul2 berjiwa ISLAM MELAYU.
Saya tertanya-tanya, apa dah jadi dengan pemberi rasuah kepada khir.
rompak berjuta hukuman hanya 1 tahun???mcm haram jadah pny undang2
Tu...Rahman Paler, Raja Deris, Ramli gangster Pekida apa jadi? Ramli bnyk tabur duit pd bebubak Pekida, hampir 60% bangunan rmh kedai di Sg Besar tu dia punya. Takan lepas kot. Semuanya muka-muka malaon mentekedarah duit rakyat, habis tanah Slgr di sapunya.
Jgn kasi can.
Sumbat semua dlm jel...
Wak Warno Dogol nampak mcm clean, tapi cuba double check....mesti ada kes
Slps PRU13 penjara Sg Buluh akan dipenuhi pemimpin UMNO Slgr yg korup...
Insyaallah.....takbir!!!
Jika mahkamah boleh menjatuh hukum keatas Khir Toyo seorang tokoh UMNO maka jika mahkamah mendapati DSAI bersalah dan dijatuh hukuman pada 9.1.2012 nanti rakyat tak bolehlah berkata apa-apa.
Salam 1Malaysia. Hukuman dah dibuat dengan adil. Bukan sahaja penjara tetapi hartanah drampas... elok le tu. Hukuman ni akan kekal insyaallah.
ni kalau potong tangan ni takyah penjara pun takpe...
Puluhan juta sekadar 12 bulan penjara aje? Patutlah ramai pemimpin UMNO/BN sapu ratusan juta sebab tak lama dalam penjara.Bila keluar penjara,derma sana,derma sini,nama boleh puleh kembali.Sepatutnya "hukum" yang dijatuhkan hendaklah setimpal sebagai pengajaran kepada mereka yang jadi pemimpin agar tak rasuah dan salah-guna kuasa.
Selepas rayuan, kes ini akan dibuang macam kes Sharif Jajang beberapa hari lepas.
Dah tau da apa keputusan Mahkamah Rayuan nanti.
mmg xpatut coz xbaloi hukuman tu.....
mmg ada nak di sembunyikan yg konon nya dia di penjarakan....nanti bolih jatuhkan hukum lak pd DSAI..mmg dah agak dah.......keliru kan rakyat TP? RAKYAT dah ngerti.......
12 bulan aje? Sebab tu puak UMNOPRO tak mahu pada Hukum Hudud. Kalau tidak, dah pasti Toyol ni dah kudung. la ni siapa yang zalim? Kena penjara, bila keluar masih kaya raya dan senang lenang. "Hak milik negarakan" harta puak-puak perasuah ni. Buat seperti Negeri China. Hrta dirampas dan ditembak sampai mati sebab mengkhianati negara.
Berani laksanakan?????????? La ni siapa berani? Chinakah? Melayukah? atau Mamakkah? entah ......... Mana pigi semangat Hang Tuah dan hang Jebat? (cakap mamak penang).
Catat Ulasan