16 Dis 2011

Tak Datang Mesyuarat, Lagi Mahu Tunjuk Gedebe (Samseng)

Nasharudin tidak pernah hadir mesyuarat - Mustafa

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Mustafa berkata demikian dalam wawancara khas dengan wartawan Harakah dan Harakahdaily semalam.

Ekoran laporan mengenainya oleh Harakahdaily semalam, pelbagai pihak menghubungi Harakahdaily dan Mustafa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Dalam wawancara itu, Mustafa melahirkan rasa kesal dengan kedua-dua pemimpin itu dan menyifatkan mereka sejak akhir-akhirnya terperangkap dalam agenda Umno.

"Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat.

"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekali pun beliau tidak hadir (mesyuarat).

"Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir," beritahu Mustafa dalam wawancara khas itu.

Ekoran beberapa tindakan dan kenyataan kedua-duanya sejak akhir-akhir ini Mustafa membuat kesimpulan mereka terperangkap dalam agenda musuh.

"Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS," katanya. -HD

Isu calon: PAS pelik sekarang, bidas Nasharudin Mat Isa

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa membidas golongan tertentu dalam PAS, yang menurutnya “pelik” dan mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya umum ke-13.

Nasharudin yang turut dinamakan sebagai antara calon yang akan digugurkan berkata, beliau hairan dengan perkembangan terkini dalam PAS.

Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga disebut-sebut akan digugurkan tetapi dinafikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad lalu atas alasan pemilihan calon belum dimuktamadkan.

“Saya ada hubungi Dr Hasan dan menyatakan sokongan kepadanya. Saya pelik bila tengok ada pihak mendakwa beliau dan saya akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum.

“Mengikut amalan PAS, biasanya presiden yang umumkan siapa bertanding di mana. Tapi tiba-tiba ada pula individu peringkat bawah yang membuat kenyataan,” katanya dipetik Berita Harian.

Ia dilihat kenyataan media terbuka mengenai PAS sejak tewas mempertahankan kerusinya Jun lalu.

Nasharudin (gambar) turut mempersoalkan kenyataan pihak berkenaan bahawa pemilihan calon PAS berdasarkan pencalonan daripada kawasan sedangkan parti itu mempunyai beberapa Ahli Parlimen yang diimport dari luar kawasan.

Sebagai contoh katanya, PAS membenarkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti itu di kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 sebelum menjadi wakil rakyat Bebas.

Beliau juga merupakan calon luar tanding di Kelantan.

“Saya tak fikir banyak cawangan PAS di Pasir Mas mencalonkan beliau tetapi apabila pucuk pimpinan memberi lampu hijau, jentera bekerja untuk memastikan kemenangan parti.

“Sama juga apabila saya mendapat arahan presiden untuk bertanding di Yan pada 1999, Besut pada 2004 dan Bachok pada 2008,” katanya lagi.

Tambah beliau, PAS mempunyai proses saringan menyeluruh dalam memilih dan mengesahkan calon.

“Senarainya perlu melalui Biro Politik, Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura sebelum kata putus presiden,” katanya lagi.

Nasharudin juga menegaskan beliau berpegang kepada pendirian untuk menyerahkan soal bertanding atau digugurkan kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, masalah dalam PAS sekarang terlalu ramai orang yang hendak bercakap.

“Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS.

“Dulu banyak pihak, terutama rakan media kata cukup susah nak dapatkan maklumat mengenai PAS sebab yang bercakap biasanya cuma presiden atau setiausaha agung,” katanya lagi. -TMI


Hasan Ali: ‘Pemimpin PAS harus berlapang dada dan berjiwa besar’

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Datuk Dr Hasan Ali sambil menafikan penglibatan Umno berhubung segala isu melibatkan diri beliau yang kini menjadi polemik di kalangan pemimpin utama PAS, mahu parti itu “berlapang dada dan berjiwa besar.”

Sehubungan itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini menasihatkan pemimpin-pemimpin partinya berhenti membuat tohmahan sedemikian dan jangan berfikiran tertutup.

“Janganlah berfikiran tertutup dan simplistik sehingga segala-galanya dijuruskan kepada agenda Umno tanpa memberikan bukti,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Hasan mengeluarkan reaksi itu ekoran kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam yang menyifatkan Hasan dan bekas timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu.

Juga semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Hasan boleh keluar PAS dan menyertai Umno jika beliau mahu.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin bertindak tidak wajar sebagai pemimpin parti.

“Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.

“Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti,” kata beliau.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Nasharudin dalam kenyataan terbaru kepada Berita Harian berhubung isu calon pilihan raya mendakwa PAS semakin pelik sejak kebelakangan ini.

Hasan juga berkata kenyataan dan pendirian pemimpin-pemimpin PAS bukan satu masalah kepadanya, sebaliknya menjadikan beliau lebih kental untuk terus berjuang atas nama Islam dan Melayu.

Hasan juga berkata, pemimpin-pemimpin PAS harus berlapang dada dan berjiwa besar menghormati pandangan serta pendapat sesama pemimpin demi kelangsungan perjuangan parti.

“Saya tetap setia dan akan terus setia kepada dasar perjuangan parti sebagai harakah Islamiah dan bukan parti politik semata-mata,” katanya lagi. -TMI


Ulasan GB

Sekarang setelah pendedahan dibuat oleh Setiausaha Agung terhadap dua komrad UG di dalam PAS, Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa maka kita ingin bertanya:

Pertama kepada Nasharuddin Mat Isa: Siapa yang pelik sekarang? PASkah atau Nasharuddin sendiri? Kalah pertarungan Timbalan Presiden di tangan mat Sabu, terus memboikot dan tidak hadirkan diri di dalam mesyuarat sekalipun telah diberikan penghormatan dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Kedua kepada Hassan Ali: Siapa yang perlu berlapang dada dan berjiwa besar kini? PASkah atau hassan Ali yang tidak dilantik sebagai Pesuruhjaya oleh Presiden tetapi telah dipilih untuk menduduki kerusi AJK PAS Pusat, mengambil sikap kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekali pun beliau tidak hadir.

Dari sudut tanzim, kedua-dua tidak ada akhlak jamaah, malah dari sudut organisasi moden sekalipun kedua-duanya sudah wajar dipecat dan dihukum.

Adalah merupakan satu "dosa" kerana tidak melaksanakan "amanah" yang diberikan apatah lagi jika amanah itu cuba dikhianati.


Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).


Yang anehnya, kamu berdua bukan calang orang, ada ilmu yang tinggi di dalam agama. Tetapi malangnya bersikap sedemikian rupa, sedangkan si penampal poster untuk kamu sewaktu pilihanraya dulu tak pernah dapat habuan apa-apa, tetapi di dalam perjuangan mereka lebih dan masih tetap setia.

Dan terlebih aneh, kamu-kamu berdua telah jelas melakukan kesalahan tetapi masih berani dan masih mahu tunjuk lengan untuk pertahankan diri. GB ingin peringatkan, ini bukan rostrum tempat di mana Shahrizat tunjuk lengan pertahankan kes lembunya!

PAS sebagai "hizbullah" tidak perlukan pemimpin sebegitu.

Itu, UMNO sudah buka pintunya untuk kamu berdua - Mahfuz berkata kita tak halang jika kamu mahu ke sana.

Umno buka ‘pintu’ untuk Hasan Ali, Nasha

PETALING JAYA: Umno tiada halangan menerima exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyertai parti itu, malah mengalu-alukan penyertaan mereka.

Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata, keputusan untuk menyertai parti itu disifatkan tepat kerana PAS kini sudah tidak lagi memperjuangkan Islam yang sebenar.

Abdul Shukor menegaskan, baik Hasan mahupun Nasharudin kedua-dua pemimpin PAS itu dianggap bijak untuk membuat keputusan dan masih belum terlambat untuk berbuat demikian.

“Hasan Ali adalah seorang yang bijak untuk melihat sendiri siapa yang memperjuangkan Islam. Umno memimpin parti berbilang kaum dan meningkatkan martabat Islam jauh dari parti-parti lain.

“Hanya orang buta tidak nampak perjuangan Umno dan Islam. Jika boleh Hasan Ali dan Nasharudin menilai perkara ini.

`Hanya topeng’

“Malah pilihan menyertai Umno adalah tepat kerana Umno yang memperjuangkan Islam. PAS hari ini bukan perjuangkan Islam tetapi hanya mahu kekal berkuasa dengan bersekongkol dengan DAP. Perjuangan Islam oleh PAS hanya topeng,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Katanya jika kedua-dua pemimpin tersebut berminat menyertai Umno, prosedur biasa perlu dilalui dengan mengisi borang yang akan diproses oleh Majlis Tertinggi parti itu.

“Umno terbuka kepada orang Melayu tidak kira nama atau rakyat biasa.Tiada halangan untuk sesiapa sahaja. Kami harap baik Hasan Ali mahupun Nasharudin boleh isi borang tersebut.

Abdul Syukor membidas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam, sambil menegaskan Umno itu telah membawa kesejahteraan dan berada landasan benar.

Mustafa dilaporkan berkata dua pemimpin parti itu sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Track record

“Jerat Umno bawa kesejahteraan dan kita berada dilandasan benar. Ini terbukti dengan ‘track record’ kami untuk memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.

“PAS sanggup gugurkan agenda dari negara Islam kepada negara kebajikan,” kata Abdul Syukor.

Isu itu tercetus apabila Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib dilaporkan berkata, Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man menafikannya dan berkata, perkara itu belum muktamad.

Hasan turut membuat pendirian bahawa akan tetap kekal bersama parti, malah PAS Selangor juga yakin beliau akan kekal menjadi ahli. -FMT


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cakap Islam berdegar-degar. Mai tang amanah buat tak kisah. Mesyuarat pun malas nak attend, ada hati nak pegabg jawatan. Piraah dua ekor ni. Pi berambus masuk UMNO cepat sikit. Dah menyampah tengok muka.

Korie Goldfinger berkata...

ikan yang suka buka mulut memang senang sangkut kat mata pancing..jadi lauk!

Tanpa Nama berkata...

Dah dekat nak pilihanraya ni.....Kpd kedua-dua pihak, jgn bertindak merugikan parti sendiri. ketika kemenangan hampir menjelma, tindakan anda memberika kelebihan kpd UMNO. Duduk... bincang...cari penyelesaian. Jgn hentam-menhentam sesama sendiri. org lain bertepuk tangan.

Putra IJ80 berkata...

Subhanallah....

Saya cukup setuju dgn Tuan part nie:-

Quotre"sedangkan si penampal poster untuk kamu sewaktu pilihanraya dulu tak pernah dapat habuan apa-apa, tetapi di dalam perjuangan mereka lebih dan masih tetap setia".unquote

Malah yg.tampal poster kerja jual ikan di Pasar Keramat.,dgn seluar basah baju hapak.,tapi sejak tahun1999.,smpai hari nie masih kekal dgn pendirian nya bersama PAS.
Itu contoh yg.sya nmpak.

X malu ker dgn orang mcm nie?.

Tanpa Nama berkata...

anon 11:47 menulis "Dah dekat nak pilihanraya ni.....Kpd kedua-dua pihak, jgn bertindak merugikan parti sendiri. ketika kemenangan hampir menjelma, tindakan anda memberika kelebihan kpd UMNO."

suara anda macam suara UG.
apa Hassan Ali dan Nasaruddin Isa cakap kat media UMNO anda tak tegur!

Tanpa Nama berkata...

Takpayah nk rayu2 lg org macm nie....bukan masa dh lagi nk rayu...13 lori ada lg pemimpin PAS yg kualiti bro...

Tanpa Nama berkata...

Tolonggggggggggggg lah jgn dok layan org mcm nie.....buang masa kite sema bro...agenda kite bsar lg...Putrajaya....Rakyat msia dh reti bahasa bro...jd kain buruk la lpas nie brooo

Tanpa Nama berkata...

jawatan mahu, mesyuarat x datang.
nak aku maki saja mereka ni.

itu adalah perangai tipikal puak UG celaka tu.

Tanpa Nama berkata...

KALAU DAH X HADIR MESYUARAT MEMANG WAJAR DIGUGURKAN DARIPADA BERTANDING DI DALAM PRU NANTI.

YG MENGHAIRANKAN MASIH ADA PUAK "UG" YG MEMPERTAHANKAN 2 ORANG INI SPT TITM DAN WAHID ENDUT.

PELIK BETUL AKU TENTANG PERANGAI PUAK UG NI.

YA ALLAH SELAMATKAN PARTI ISLAM INI DARI GOLONGAN YG MUNAFIQ INI.

Tanpa Nama berkata...

salam, marilah sama2 kita kembali kpd Islam dlm menyelesaikan perkara ini.
firman ALLAH SWT:
"..Sekiranya kamu berselisih pendapat dlm sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kpd Allah dan Rasul (SAW) sekiranya kamu beriman kpd Allah dan hari akhirat, demikian itulah yg paling baik dan ia adalah sebaik-baik jalan penyelesaian."

maka dalam hal ini, jgn kita cepat menggunakan bahasa yg kesat atau yang tidak sepatutnya, kerana mereka juga adalah saudara seagama,walaupun mereka terbukti tersalah dlm beberapa tindakan mereka, biarlah pihak atasan jamaah yg selesaikan hal itu, bagi kita akar umbi berdoalah agar kita dan mereka jua ditetapkan Allah keimanan atas mujahadah pd jalan Allah, kerana itulah yg telah ditunjukkan oleh Nabi SAW, ketika dalam peristiwa berdakwah kpd penduduk Thaif,sekalipun di maki dan dicederakan Baginda SAW tidak sedikit memaki @ berkata kesat malah berdoa agar Allah jadikan dari zuriat mereka kelak glngan yg beriman kpd Allah SWT.
Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

pokok pangkalnya kembalilah kepada yg satu. kalau inginkan sesuatu jawatan bukan kerana menjalankan amanah dari allah, beginilah jadinya. buat sesuatu kerja tak ikhlas. rebut jawatan kerana kepentingan tertentu. renungkanlah seketika kepada mereka2 yg menyelongkar semak samun untuk mencari besi buruk bg mendapatkan rezeki halal, meredah lautan bergelora utk ikan yg kita makan, bergelumang dgn tanah lumpur utk beras yg kita tanak. tapi ada antara mereka tidak berbelah bahagi memberi sokongan kepada PAS sejak dulu lagi. adakah kerana jawatan kita hendak berpaling tadah????? kepada kedua individu tersebut (hassan ali & nasharuddin). walaupun aku ini teramat cetek ilmunya berbanding kamu berdua, tetapi aku sarankan kamu berdua merenung diri kamu demi kami semua. siapalah kamu tanpa kami. dan siapalah kita semua kalau nk dibandingkan dgn kekuasaan ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah rasa tak sesuai berjuang dlm PAS...masuk jer mana2 pertubuhan yang difikirkan sesuai sebagai platform untuk berjuang...Orang Pas tak halang mana2 pemimpinnya berhijrah...Hatta Presiden sekali pun...Kita jgn duk kalut pasal 2,3 kerat antah dlam beras seguni...selamat berjuang semua...

Tanpa Nama berkata...

Tak hadzir mesyuarat bukanlah suatu yang besar,yang wajar disebarkan melalui akhbar.Itu adalah soal pentadbiran aje.Perlembagaan PAS sudah ada peruntukan untuk menangani masaalah ni.Soalnya,mengap TINDAKAN tidak diambil terhadap yang bersalah?Adakah kerana kedua-dua ni dapat perlindungan dari mana-mana pihak yang berkuasa dalam PAS Pusat?Pendedahan yang dibuat oleh Stopa Ali,telah membuktikan ada kelemahan dalam pentadbiran PAS Pusat.Siapa yang melindungi mereka ni?