Lebih 2,000 Ulama Dijangka Hadir Majlis Perdana Ulama Bersama PM
PUTRAJAYA: Seramai lebih 2,000 peserta yang terdiri daripada barisan ulama bakal menghadiri Majlis Perdana Ulama, Umara dan Imam bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur Jumaat.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata majlis anjuran Jakim yang diadakan buat kali ketiga selepas 2008 dan 2010, bertujuan mewujudkan kesatuan fikiran dan tindakan dalam pembangunan negara dan mengekang perpecahan yang mengundang kemudaratan kepada agama dan negara.
Katanya antara barisan ulama yang akan hadir ialah mufti-mufti seluruh Malaysia, Ketua Hakim Syarie, ahli Panel Kajian Syariah dan ahli Panel Kajian Akidah Jakim, ahli panel dari Bahagian Hub Halal Jakim dan imam dari seluruh negara.
"Perdana Menteri merupakan pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang berfungsi sebagai Penasihat kepada Majlis Raja-Raja, maka forum ini adalah satu mekanisme yang lebih terbuka kepada beliau untuk mendapatkan sumbangan daripada ulama dan umara.
"Selain itu, ia bagi memberi tambah nilai kepada fungsi tersebut dan menjadi forum bagi ulama dan umara menjalin hubungan kerjasama dalam pembangunan negara," katanya dalam kenyataan di sini Khamis. - BERNAMA
Ulasan GB
Perkara pokok yang perlu dilakukan oleh para ulamak ialah menegur dan mendidik Najib dengan ajaran Al-Quran & hadith berhubung dengan pemerintahan dan pentadbiran negara, bukan sekadar berhimpun dan mengampu-bodek PM.
Sungguh mengaibkan bagi yang berstatus dan bergelar ulamak mendatangi "penguasa" sekadar bermatlamat untuk menunjukkan sokongan kepadanya. Malah jika untuk belajar sekalipun, ulamak sepatutnya mempunyai harga diri, bukan terhegeh-hegeh di pintu penguasa. Apa yang berlaku kini sebenarnya telah ada penjelasannya di dalam sejarah.
Imam Malik (179 H) pernah diminta Khalifah Harun Ar Rasyid untuk berkunjung ke istana dan mengajar Hadith kepadanya. Tidak hanya menolak datang, ulama yang bergelar Imam Dar Al Hijrah itu malah meminta agar Khalifah yang datang ke rumahnya untuk belajar, ”Wahai Amirul Mukminin, ilmu itu didatangi, tidak mendatangi.”
Akhirnya, mau tidak mau, Harun Ar Rasyidlah yang datang kepada Imam Malik untuk belajar. Demikianlah sikap Imam Malik ketika berhadapan dengan penguasa yang adil, semisal Ar Rasyid. Ia diperlakukan sama dengan para pencari ilmu lainnya, dari kalangan rakyat jelata.
Selain itu, para ulama menilai, kedekatan dengan penguasa boleh menimbulkan banyak fitnah. Kisah ini termaktub dalam Adab As Syari’iyah (2/52).
Sedangkan Abu Hazim (140 H), ulama di masa tabi’in, menyatakan bahawa di masa sebelum dirinya, jika penguasa mengundang ulama, ulama tidak mendatanginya. Jika penguasa memberi, ulama tidak menerima. Jika mereka memohonnya, mereka tidak menuruti. Akhirnya, para penguasa yang mendatangi ulama di rumah-rumah mereka untuk bertanya. (Riwayat Abu Nu’aim).
Kedekatan ulama dengan penguasa dianggap sebagai aib oleh para ulama saat itu. Bahkan Abu Hazim mengatakan, ”Sebaik-baik penguasa, adalah mereka yang mendatangi ulama dan seburuk-buruk ulama adalah mereka yang mendatangi penguasa.”
Selain Abu Hazim, Wahab bin Munabih (110 H), ulama dari kalangan tabi’in juga pernah menyatakan agar para ulama menghindari pintu-pintu para penguasa, kerana di pintu-pintu mereka itu ada fitnah, ”Kau tidak akan memperoleh dunia mereka, kecuali setelah mereka membuat musibah pada agamamu.” (Riwayat Abu Nu’aim).
Para ulama bersikap demikian, karena keakraban dengan penguasa boleh menyebabkan sang ulama kehilangan keikhlasan. Kerana, ketika mereka mendapatkan imbalan dari apa yang mereka berikan kepada penguasa, maka hal itu boleh menimbulkan perasaan ujub, atau kehilangan wibawa di hadapan penguasa. Akibatnya, mereka tak mampu lagi melakukan amar ma’ruf nahi munkar, jika para penguasa melakukan kesalahan.

12 ulasan:
ulama'politik suku agama suku,
Saya dah kata dan saya ulang sekali lagi,
Ulamak kena sarankan pada umat islam sembahyang berjemaah di masjid dan surau setiap lima waktu dari berhimpun di stadium. Baru umat islam nampak gah. Masalah sosial pun akan selesai. Tiada faedah berhimpun di stadium. Percayalah.
PM guna kedudukan menyampaikan hasrat politik kepada golongan ulamak dan cerdik pandai agama demi kesinambungan kuasa....Allahua'lam
Motif berhimpun ialah nak tunjuk kepada org kg....Dlm UMNO pun ada ramai golongan "ULAMA" Tp ulama UMNO Agama suku Politik suku...sebab tu pas kena lawan UMNO sampai Kiamat...selagi dasar itu wujud dlm UMNO
ulama taik jer yang mendatangi penguasa
Allah maha mengetahui.
kita bersetuju berkawan dengan dap semata2 untok menjatohkan umno yg dari dulu tidak mahu melaksanakan undang2 islam bukan sekadar tidak mahu undang2 islam malah umno menakutnakutkan kaum bukan islam dengan undang2 dan dasar islam yg pas bawa,sekarang apabila pas berpakat dengan dap mereka cuba mempengaruhi orang melayu dengan mengatakan pas sudah membuang dasar islam semata2 takut dap inilah sikap hipokerit umno dari dulu kini dan seterusnya akan bersikap hipokerit.
Lebih dari 2000 ulamak dah berkumpul.Apa pasal mereka berkumpul? Jawabnya tak tau.Khutbah Jumaat diWP hari ni(16hb Dis) juga ada sentuh tentang perhimpunan ulamak-ulamak ni.Nak tengok dalam 2000 tu siapa yang berani nak tegur Permaisuri Agong dan isteri PM - tak tutup aurat? Agong tu konon Ketua Agama Negara,macam mana jadi Ketua Agama kalau isteri pun tak tutup aurat. Begitu jujak isteri PM,masuk mesjid pun tak tutup aurat.Tak payah nak cerita bab-bab yang besar,cuba selesaikan isu kecil ni dulu.Ada berani?
Ulama-ulama ini akan kata bukan tugas kami untuk tegur PM. PM sudah ada penasihat agama, tugas dia menasihati PM.
Penasihat agama PM tu,Tuan Penasihat 10%.
ulamak umno.
u help me, me help u.
jadilah ula(r dalam se)mak.
kan pru13 dah dekat.
maruah umno pun dah jauh merosot.
pr pula semakin dekat dengan putrajaya.
buatlah macam2 himpunan.
umno ingat rakyat bodoh ke?
adakah ini termasuk dalam salah satu pelan transformasi PM kita yg dok canang sangat tu ker?
Catat Ulasan