17 Dis 2011

Skandal Lembu NFC: Ramai Persoal Mengapa SPRM Dan Najib Tidak bertindak

SPRM pejam mata bila lihat skandal NFC

Ramai orang terpinga-pinga melihat telatah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan kemudiannya mencuci tangan dengan melontarkan kes ini kepada pihak polis.

Namun kini pesuruhjayanya Datuk Abu Kassim Mohamed memberi kita jawapan.

Bercakap kepada para pemberita dari akhbar Sin Chew Daily selepas persidangan antarabangsa 14 Disember lalu, Abu Kassim menerangkan bahawa aduan yang diterima SPRM berhubung penyelewengan dana awam, tidak bermaksud penyalahgunaan kuasa.

Maka dengan itu, kes di bawah Akta Prosedur Jenayah ini hendaklah disiasat oleh polis dan bukannya kes rasuah yang terletak di bawah bidang kuasa SPRM.

Saya beranggapan Abu Kassim merujuk kepada aduan mengenai penggunaan sebanyak RM250 juta pinjaman mudah dari kerajaan untuk membeli kondominium mewah dan lain-lain hartanah peribadi oleh keluarga Ketua Wanita Umno dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tetapi tidakkah Abu Kassim bertindak seperti seorang amatur dalam menangani kes rasuah berprofil tinggi ini seolah-olah seperti orang buta menyentuh seekor gajah?

Seperti seekor gajah, yang mempunyai ciri-ciri dan organ yang bermacam-macam, skandal NFC ini merupakan seekor raksasa yang menelan sejumlah dana awam yang banyak.

Projek terpalit dengan rasuah

Menternak lembu dan menyediakan daging lembu merupakan sebuah projek utama kerajaan yang diberi kepada keluarga menteri yang tidak layak dan tidak kompeten untuk mengendalikannya, di mana pinjaman mudah yang besar jumlahnya dilulus dan disalurkan dengan cara yang mencurigakan.

Penyelewengan ini membolehkan penerimanya menggunakannya untuk tujuan yang bukan sepatutnya, menyebabkan projek ini gagal yang bukan hanya membantutkan skim pengeluaran makanan yang penting tetapi juga melenyapkan usaha untuk mendapatkan kembali dana awam sebanyak itu.

Tidak dapat dinafikan, kegagalan projek ini melibatkan lebih daripada seorang menteri dan lebih daripada seorang pegawai kementerian boleh dikaitkan dalam kesalahan rasuah, bersubahat, pecah amanah dan kelalaian jenayah ini, dalam bentuk pemberian projek dan kemudiannya menyalurkan dana itu.

Dalam perbuatan jenayah yang saling kait mengait ini, pembelian dua buah kondominium itu merupakan satu rantaian, kalau pun tidak merupakan isu paling penting. Persoalan yang lebih besar ialah kenapa projek itu diberi kepada keluarga Shahrizat? Siapa yang membuat keputusan itu?

Persoalan berikutnya ialah siapa yang bertanggungjawab ekoran kegagalan untuk mengawal pengeluaran dana itu dan atas kegagalan mengawal-selia penggunaan dana dengan betul?

Bagi soalan pertama, petualang-petualangnya ialah menteri dan bekas menteri pertanian dan industri asas tani. Mereka ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Noh Omar.

Ini termasuk menteri dan bekas menteri kewangan, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terlibat dalam pemberian projek dan selepas itu mengeluarkan dana tersebut.

Salam perpisahan politik?

Selain daripada petualang-petualang ini yang mengikut protokol, bagaimana dengan mereka yang teribat dengan menggunakan saloran politik ke atas projek ini?

Saya kira para pembaca masih ingat bagaimana Shahrizat terlibat dalam pertarungan sengit dengan ketuanya Datuk Seri Rafidah Aziz bagi merebut jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan parti yang lalu dan beliau berjaya menyingkir Rafidah, yang disifatkan sebagai memenuhi kehendak pimpinan tertinggi parti.

Mendasari pertandingan merebut jawatan ketua wanita ini, kita boleh menyoal sama ada wujud kaitan di antara projek bernilai RM250 juta ini dengan misi Shahrizat untuk menyingkir Rafidah. Aspek ini tidak harus diketepikan oleh penyiasat yang menyiasat skandal ini.

Mengenai soalan kedua tentang pengeluaran pinjaman itu yang mengakibatkan dana awam itu disalahgunakan, kedua-dua kementerian pertanian dan kementerian kewangan tidak boleh berlepas tangan kerana mereka saling bekerjasama agar dana awam itu dapat dikeluarkan. Berhubung hal ini, kedua-dua menteri, termasuk para pegawai daripada kedua-dua kementerian itu harus disiasat.

Memandangkan berleluasanya perlakuan rasuah melibatkan para pemimpin politik termasuk di peringkat pentadbiran, bolehkah kita mempercayai apabila SPRM memberitahu bahawa pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa mengenai skandal ini?

Abu Kassim menghina rakyat apabila beliau memberitahu para pemberita Sin Chew bahawa masalahnya ialah rakyat tidak faham mengenai undang-undang dan tidak boleh membezakan di antara putih dan hitam serta mendakwa mereka semata-mata mengikut rentak pembangkang yang menghentam SPRM?

Seterusnya beliau berkata, “masalah kita yang terbesar ialah bagaimana untuk menukar minda (mindset) rakyat dan bagaimana untuk meyakinkan mereka bahawa SPRM ini bebas. Mengikut iklim politik dewasa ini, isu rasuah dipolitikkan dan dakwaan bahawa SPRM tidak bebas digunakan untuk menjatuhkan kerajaan.”

SPRM anggap rakyat bodoh

Mengimbas kembali komen pesuruhjaya SPRM itu, kita merasakan Abu Kassim menganggap rakyat semuanya bodoh belaka.

Jika SPRM ini bebas, bolehkah Abu Kassim memberitahu kita kenapa tidak ada siasatan dilakukan apabila menerima bukti-bukti yang begitu banyak tentang kegiatan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Sarawak bernama ‘Movement for Change Sarawak’ (MoCS) telah menyerahkan sebuah laporan setebal dua inci, memperincikan perbuatan rasuah Taib tetapi tidak dijawap oleh SPRM sehingga hari ini.

Seorang rakyat Sarawak, Willie Kajan menyerahkan laporannya yang kedua terus ke Putrajaya pada bulan Januari lalu tetapi tidak ada respon. James Wong dan John Brian, juga dari Sarawak menyerahkan laporan-laporan mereka dalam bulan Jun dan Ogos 2010 di Shah Alam dan Putrajaya, juga tidak ada maklum balas.

Ramai lagi, termasuk pemimpin-pemimpin parti politik juga menyerahkan laporan-laporan mereka kepada SPRM dan berakhir dengan nasib yang sama.

Berhubung dengan skandal NFC ini, kenapa Abu Kassim berlakon seperti orang buta, melalui beberapa sidang akhbar dan posting dalam internet dalam tempoh dua bulan lalu walaupun berdepan dengan kontroversi dan bukti-bukti berhubung penyalahgunaan kuasa dan rasuah?

Bagaimana mungkin Abu Kassim tidak dapat melihat perkataan “rasuah” apabila perkataan itu menentang matanya dari pelbagai arah?

Kami faham kenapa Abu Kassim bertindak sedemikian tetapi janganlah sampai menghina rakyat dengan menganggap mereka semuanya bodoh. -FMT

Skandal NFC: Najib tak berani ambil tindakan terhadap pemimpin Umno

PETALING JAYA 15 Dis : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berani mengambil tindakan terhadap pemimpin Umno-Barisan Nasional yang terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kerajaan bertindak terhadap pegawai bawahan yang terlibat rasuah, tetapi membiarkan penyelwengan dana RM250 juta yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil

Ia juga katanya, termasuk kegagalan kerajaan mengambil tindakan berhubung kekayaan yang dikumpulkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud secara haram sepertimana yang didakwa NGO antarabangsa baru-baru ini.

“Oleh itu kita perlu sedarkan rakyat kerana sebenarnya dengan wang yang tersebut berapa banyak sekolah, hospital boleh dibina untuk rakyat. Ini adalah amat serius untuk masa depan anak-anak kita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Kata ADUN Seri Setia itu, Datuk Seri Najib Razak hanya melaungkan retorik politik apabila kononnya hendak lebih telus dan membuat transformasi dalam pentadbiran Kerajaan samada dari segi ekonomi dan membanteras rasuah.

Nik Nazmi turut mengulas laporan Transparency International (TI), bahawa Negara berada di kedudukan yang rendah daripada purata global dalam kajian syarikat setempat yang memberi rasuah ketika menjalankan perniagaan di luar negara.

“Kalau kita lihat kejatuhan kita dalam korupsi indeks, yang mana score telah menurun semenjak 2008, sebalik retorik akan adakan transformasi dan sebagainya, kerajaan gagal dalam mengatasi masalah rasuah tegar,” katanya.

Justeru katanya rakyat perlu sedar dengan penyelewengan yang dilakukan kerana ia akan memberi kesan kepada generasi masa depan dan institusi keluarga.

“Sebenarnya dengan wang yang tersebut berapa banyak sekolah, hospital boleh dibina untuk rakyat. Ini adalah amat serius untuk masa depan anak kita,” katanya. -KD


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

telah terbukti bahawa SPRM telah jadi
LEMBU DICUCUK HIDUNG dan telah diperlembukan dan sesuai dengan nama SURUHANJAYA PENGGALAKKAN RASUAH MYSIA
LIHATlah laporan negara terus melnjak
antara kedudukan rasuah tertinggi dunia.tetapi jika ia bukan dr kjaan akan diselak dan dikorek hingga lubang cacing INGATLAH AZAB ALLAHR

James Labi berkata...

Ya Aloyah, macam mana itu perempuan boleh dapat RM250 juta? Ini buat kanda sakit kepala. Kanda tak boleh tidur. Mana dia dapat wang beli 2 condo, mercs, tanah putrajaya, pergi umrah dan holiday ? Ini tak boleh jadi. Kanda, Abu Kassim Baba, kena siasat.

Amuraria berkata...

SPRM BUAT BODO KAA BUAT DONNO ? APA PUNYA TURRR DOK ADA ! MANA AMANAH ?

Tanpa Nama berkata...

ITU LAR sprm...MEREKA DIANGGAP CABANG bn OLEH SESETENGAH PEHAK...

Tanpa Nama berkata...

Kita percaya dalam kes NFC Shahrizat tidak seorang diri tapi ramai yang terlibat.

Itu sebabnya Shahrizat boleh singsing lengan baju, ugut nak selak kain pada pihak pembangkang kerana dia tahu kes itu tidak akan kemana perginya.

Apa sudah jadi pada ahli UMNO Baru yang mendesak supaya Shahrizat letak jawatan kerana kes NFC beliau jadi biawak hidup dalam parti ?

Shahrizat hantar samseng ancam untuk membelasah ahli yang membangkitkan isu tersebut. Betapa garangnya pemimpin UMNO Baru yang terlibat penyelewengan duit rakyat.

Mereka cipta projek, hanya untuk mendapatkan dana mudah dari kerajaan.Itulah cara yang dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu jadi PM dulu.

Cuba imbau kembali kes NFC, mereka keluarkan duit dan guna baru buat perjanjian tak gitu...?

Sebenarnya NFC tidak wujud, yang wujud adalah sandiwara projek lembu. Itu sebabnya kita diberitahu bahawa suami Shahrizat guna duit tersebut untuk beli kondo, kereta mewah, beli tanah, kerja tidak ada tapi gaji besar untuk anak beranak, pergi melancung, buat umrah suci dosa menipu dan mencuri.

Itu sebabnya SPRM tidak buat kerja kerana Mohd. Najib terpaksa mendiamkan diri.

Buat bising kalu, ramai orang kuat Mohd. Najib akan terbabit sama, pilihanraya sudah dekat dan moral diri bertambah merosot.

Pemimpin UMNO Baru tidak payah lah nak main wayang, semua skrip yang digunakan untuk menipu ada dalam poket rakyat.

Untuk mendakwa pihak yang bertanggongjawab dalam NFC, tunggu selepas pilihanraya ke 13 akan datang apabila Pakatan Rakyat memerintah.

Sokong ABU : Aku benci UMNO Baru

Tanpa Nama berkata...

Sang Abu Kassim bapak SPRM. Pertingkatkan lagi kemahiran mengkelentong supaya senang nanti kamu maengkelentong Allah.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana dengan kes rasuah bekas Ketua Menteri dan beberapa Menteri Pusat serta Menteri Besar? Ada kes prima facie kenapa tidak didakwa?