24 Dis 2011

Shahrizat: Beritahu Saya Pemimpin UMNO Mana Yang Tiada Masalah?

Di sebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta mewah.

Walaubagaimanapun, tanpa fokus kepada kemarahan rakyat, semua mata tertumpu pada drama yang sedang dimainkan UMNO. Walaupun Shahrizat telah membayangkan kesediaan beliau untuk meletak jawatan, adalah mustahil beliau akan membenarkan dirinya dipijak atau dijadikan kambing hitam oleh rakan-rakan parti politiknya.

Mata juga sedang tertumpu pada hakikat bahawa Najib yang sedang disiasat oleh kerajaan Perancis disebabkan dakwaan memakan rasuah bernilai RM570 juta daripada pembuat senjata gergasi DCN akan mampu untuk menangani isu NFC. Najib juga ialah presiden UMNO.

“Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?” merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di laporkan oleh suratkahabr Sin Chew beberapa hari lepas.

Sandiwara UMNO-SPRM

Sememangnya rakyat berasa curiga kerana MACC telah sebelum ini telah menyerahkan kes itu kepada polis walaupun telah menerima laporan daripada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Kredibiliti pentadbiran Najib telah hilang apabila timblan ketua Polis Khalid Bakar telah mengumumkan bahawa tiada unsure pecah amanah semasa perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Sering mendapat jolokan Pak Turut untuk kerajaan UMNO, Khalid telah dituduh sebagai cuba menyelamatkan parti itu daripada malu.

“Kita telah bertindak dengan mengikut prosedur apabila mengumpul fakta dan kenyataan sejak isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negera. Kebanyakkan isu yang ditimbulkan pada laporan terhadap NFC telahpun kita ambil tindakan.” Ujar Pengarah SPRM Mustafar Ali dalam kenyataan beliau yang di siarkan pada Khamis.

SPRM juga pantas menyatakan bahawa ia tidak dapat mendedahkan fakta terperinci seperti yang termaktub dalam Seksyen 29(4) Akta Pencegah rasuah Malaysia 2009. “Kami telah memanggil pihak-pihak yang terbabit untuk memberi kerjasama kepada kami dan tidak mempolitikkan isu –isu yang boleh menjejaskan siasatan kami.” Ujar Mustafar lagi.

Mengambilkira tona defensive kenyataan tersebut, adalah jelas kepada pemerhati bahawa SPRM tidak akan beriya-iya menyiasat NFC atau Feedlot Kebangsaan, sebuah projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40% pemakanan dan pada harga yang berpatutan.

Projek itu telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail dan anak-anak beliau pada 2006. Semasa itu, Muhyiddin memang portfolio Menteri Pertanian. Khairy Jamaluddin, menantu kepda Perdana Meteri ketika itu, Abdulah Badawi juga memainkan peranan penting dalam meluluskan projek itu kepada keluarga Shahrizat.

Bertanggungjawablah dan selamatkan kami, rakan-rakan beritahu Shahrizat

Ini dipercayai sebagai drama terbaru yang dimainkan UMNO untuk menyeru Shahrizat meletak jawatan dalam cabinet dan bertanggungjawab sebelum pilihanraya diadakan pada tahun depan.

Tiada siapa yang menyangka aka nada perubahan besar pada sikap pemimpin tertinggi UMNO yang sudah dikenali dengan rekod rasuah mereka- ini termasuk juga Shahrizat.

“Shahrizat dan juga UMNO sememangnya tidak malu. Isunya adalah kenapa pinjaman sebegitu diberikan kepada keluarga beliau sedangkan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet. Mustahil mereka mendapat pinjaman itu sekiranya dia bukan menteri. Beliau dan keluarga beliau telah menidakkan hak rakyat Malaysia yang susah dan rajin daripada faedah pinjaman itu (bekalan daging murah kepada rakyat Malaysia),” beritahu timbalan Presiden PKR N Surendran kepada Malaysia Chronicle.

“Shahrizat juga tidak patut dipersalahkan seorang diri. UMNO lah yang harus lebih dipersalahkan. Disebabkan amalan politik mereka yang sering memberi makan kroni dan keluarga mereka daripada wang rakyat. “

Mangsa legasi rasuah Mahathir?

Mereka yang menyeru beliau letak jawatan sebelum beliau “dihalau” termasuk bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad juga dikenali sebagai pemimpin yang mengembangkan sistem feudal dalam politik di mana pemimpin elit memegang segala aspek ekonomi dan politik negara.

Dalam laporan “Global Financial Integrity” baru-baru ini, Malaysia disenaraikan di tempat ke 4 paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. Kita sudah kehilangan USD338 billion (RM1.08 trilion) dalam pengaliran wang haram pada dekad pertama untuk abad ini.

GFI juga menyatakan bahawa kenaikkan Malaysia ini “seiring dengan bebapa negara Asian.” Ada Januari lepas, telah dilaporkan RM930 billion telah keluar daripada Malaysia dari 200 hingga 2008 dan meningkat ke RM218 setahun daripada jumlah asal RM 71 billion pada masa itu.

Laporan ini sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemimpin dunia bahawa ada keperluan untuk melakukan sesuatu demi menghapuskan pengeluaran haram ini,” ujar pengerusi GFI Raymond Baker dalam satu sidang akhbar.

Semasa laporan itu dikeluarkan, tidak hairanlah pemimpin UMNO yang pertama meragui laporan itu adalah Mukhriz Mahathir yang tinggal di Washington dan juga merupakan anak bongsu bekas PM itu.

Sekarang, Mahathir yang berusia 86 tahu dan telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dikenali sebagai pemimpin yang banyak membazirkan wang cukai rakyat. -Malaysia Chronicle

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

minah ni dah jadi liabiliti ubn. jalan paling baik letak jawatan dan berundur dari dunia politik.

Tanpa Nama berkata...

Baguslah kalau berani memecahkan tembelang kawan. Sepatutnya ia mempertahankan diri bukan mengheret pemimpin lain di sekelilingnya.

Kalau engkau yang busuk terpalit tahi, cuci sajalah. Tahi lembu bukannya kotor sangat, boleh buat baja. Belajarlah dengan suami. Kan dia pakar haiwan ?.

Dulu-dulu ada ketua yang asyik memfitnah orang lain untuk memenangkan diri. Tentu dah belajar banyak bab dari ketuanya. Tunggulah kamu pemimpin UmNo yang bermasaalah, perempuan ini akan telanjangkan kamu, seorang demi seorang kalau dia asyik dicabar !.Janganlah cari kredit dengan discrediting others. Kalah Saleh Abas dia boleh tewaskan apalah pemimpin UmNo lainnya.

On your marks, get set .... Goo !. Betul2 eee, dalam PR pun banyak juga eee. Mengapa ee sebelah sana sahaja yang macam itu. Jaga-jaga !.

kampong lad berkata...

“Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?” BOLEH TAK DITUKAR DARI tiada masalah KPD TIADA MELAKUKAN KEMUNGKARAN

puspawangi berkata...

kalau dibilang guna jari kaki pun tak cukup...jadi pemimpin UMNO WAJIB berwaspada...selain dari PR musuh UMNO ialah orang UMNO sendiri!! orang kuat pulak tu..masing2 pegang 'rahsia' masing2 agaknya..dan bukti yg ada dgn org UMNO sendiri tentulah lebih 'kaw' lagi..

Tanpa Nama berkata...

Masing2 menunggu saat kehancuran.

Tanpa Nama berkata...

u help me i help u

bukan ke itu falsafah kepemimpinan negara kita hahaha

u cuci taik i, i cuci taik u hahaha

u tutup bangkai i, i tutup bangkai u hahaha

tapi u taruk pasir dalam peruik i, i telangkup periuk tu atas u hahaha

sebab tu la kuar cerita altantuya tul tak KJ hahaha

sebab tu la kuar cerita NFC ni hahaha

jaga2 kak ijat tengah nak angkat periuk tu hahaha

org dulu2 kata dalam waktu krisis baru terserlah "wajah sebenar", baru kenai sapa kawan sapa haiwan hahaha

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua rakyat seluruh pelusuk desa,usahlah lagi bersubahat menyokong agenda rasuah,mengenepikan Islam,memartabatkan yg tak sepatutnya dan mengambilkhazanah negara.Kasihani
lah anak cucu kita yg ada hak mereka unt meneruskan hidup.(org bandar sudah berani mbuat perubahan)

Tanpa Nama berkata...

umno dulu dan sekarang asal dah ada jawatan mesti kaya mendadak.,rakyat membanting tulang pemimpinnya asyik kejar kemewahan bukan nak membantu rakyat tapi jadi hantu rasuah...!!

mike rempit berkata...

WOI LEMBU, DAH ORANG KATA KAW SALAH MAKA SALAH LA. LETAK LA JAWATAN AGAR UMNO LEBIH SELAMAT. AKU NI ORANG UMNO TAU TAK ! JANGAN JADI BUDAK KECIK, BILA DITUDUH MAKA DIA KATA ORANG LAIN PUN BUAT SALAH JUGAK. CINABENG BETOI, INI LU PUNYA KES, LU SEDAQ LA. JANGAN BAGI NAJIB PENIN LA WOI............LETAK JAWATAN. NO MORE TALK !

Tanpa Nama berkata...

dia x perasan ka yg muka dia tu mcm muka beruk???buat kemah aja.