Selepas Dapat RM2.71b, Umno-BN Cuba Cetus Huru-Hara
SHAH ALAM, 26 DIS : Demontrasi penduduk menuntut janji Adun dan Ahli Parlimen berhubung penyelesaian masalah banjir yang dialami mereka sejak sekian lama didakwa didalangi pihak berkepentingan yang sengaja ingin mencetuskan provokasi, jelas Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.
Pada 24 Disember lalu, Akhbar kawalan Umno, melaporkan sekurang-kurangnya 50 penduduk kampung Batu 5, Jalan Kota Kemuning menuntut janji Ahli Parlimen dan Adunnya segera menyelesaikan masalah banjir.
Tindakan penduduk tersebut ekoran peruntukan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merangkap Perdana Menteri telah menyumbang RM2.71 bilion kepada Umno-BN untuk menawan kembali Selangor.
Mengulas lanjut perkara ini, Mariah berkata peruntukan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencetuskan onar dengan memburuk-burukan pentadbiran Pakatan rakyat Khususnya di negeri Selangor seperti apa yang berlaku dikawasannya.
"Selama tiga tahun (pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor) ini adalah pertama kali berlaku perkara seumpama ini di kawasan saya, rakyat tahu bahawa kita peka dengan sebarang aduan dan segera turun menyelesaikan masalah,"katanya.
"Ini jelas satu pembohongan sekirannya mereka katakan kami gagal turun padang, tiada sebarang aduan bagaimana pihak kami sedia maklum untuk turun melihat masalah penduduk,"katanya.
"Tidak pernah ada aduan dan rungutan, tiba-tiba muncul provokasi tuntut pihak kami kotakan janji. Bila saya semak kepada Ahli Majlis dan JKKK terbukti tiada sebarang aduan,"jelas Mariah ketika dihubungi TVSelangor.
Mengulas lanjut, Mariah pecaya apa yang berlaku ini berkait rapat dengan demam pilihanraya yang dijangka semakin dekat.
Mariah menambah, pihaknya percaya provokasi seperti ini bukan sahaja berlaku dikawasanya malah ia akan diteruskan ke kawasan lain di negeri Selangor sebagai usaha jahat memburuk-burukan pentadbiran Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu kejadian banjir berlaku di seluruh negara disebabkan musim tengkujuh.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Abdul Razak menyeru kepada pemimpin Umno Selangor untuk bekerja keras bagi menawan negeri itu menerusi apa jua cara sekalipun.
Kenyataan tersebut dikuatkan lagi dengan pendedahan terbaru bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Selangor dengan memperuntukan RM2.71 bilion yang bertujuan mencetuskan ketegangan antara rakyat dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. -tvsnews
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Dana Rakyat RM2.71b Untuk bolehkan BN Tawan Selangor
SHAH ALAM 26 DIS: Peruntukan RM2.71 bilion wang rakyat dan wang pembayar cukai diseluruh negara yang diserahkan kepada Umno/BN Selangor oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merupakan tindakan salah guna kuasa yang amat tidak bertanggung jawab membabitkan dana rakyat.
Timbalan Pesuruhjaya PAS selangor, Khalid Samad berkata peruntukan tersebut yang merupakan peruntukan terbesar yang disalurkan kepada Umno/BN negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain.
"Peruntukan tersebut adalah peruntukan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang kemudiannya akan di salurkan kepada Ketua-Ketua Umno Bahagian.
"Kita tahu bahawa peruntukan terbesar yang di terima oleh pemimpin-pemimpin Umno Bahagian ini bertujuan untuk memastikan Umno/BN menawan kembali Selangor dari Pakatan Rakyat (PR)." jelas beliau ketika dihubungi TV Selangor.
Menurut Khalid, peruntukan yang besar yang diberikan kepada JPM sering mendapat bantahan ketika perbahasan di Parlimen tetapi undang-undang yang ada tidak membenarkan mana-mana pihak mempertikaikan peruntukan tersebut.
"Di Parlimen isu ini menjadi isu hangat supaya semua wang rakyat yang diperuntukan dibelanja secara berhemah dan tidak membazir.
"Tapi sedihnya tidaka ada peruntukan undang-undang yang boleh mempertikaikan kemana wang tersebut kerana ia merupakan peruntukan yang diberikan kepada Perdana Menteri untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan perlu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen, Shah Alam.
Katanya, peruntukan yang diberikan kepada Umno Selangor akan membolehkan Umno membuat sogokan dan membuat program-program untuk menyerang PR.
"Inilah tranformasi Najib yang sama nilainya dengan 'transfer money' beliau kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN di Selangor.
"Kita telah sedia maklum wang rakyat selama ini telah disalah guna dengan begitu memalukan sebagaimana kes dalam isu NFC, PKFZ dan isu rasuah yang membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.
"Dan saya yakin selepas ini Umno/BN akan membuat pelbagai demontrasi dan 'huru-hara' di seluruh Selangor setelah mendapat peruntukan terbesar dari wang rakyat oleh Najib," tambah Khalid.
Sehubungan itu beliau menyeru seluruh rakyat Selangor menolak Umno/BN dalam pilihanraya akan datang bagi menyelamatkan wang rakyat dari terus disalah guna oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN.
"Kita sedia maklum kalau tak rasuah, menyogok, mengugut, berkroni dan salah guna wang rakyat, itu bukan Umno. Budaya ini telah menjadi darah daging kepada Umno sejak dahulu, kini dan selama-lamanya.
"Saya yakin rakyat Selangor telah matang dan telah menghukum Umno/BN pada pilihanraya lalu dan rakyat perlu teruskan penolakan ini sehingga PR menawan Putrajaya." kata beliau. -tvsnews
klik untuk baca
7 ulasan:
saya sbg anak jati negeri selangor memang sgt-sgt merasakan perbezaan era pemerintahan BN dan era pemerintahan PR walaupun baru shj memerintah s'ngor 3 thn lebih...byk sgt bukti telah muncul..
sy sgt yakin rakyat s'ngor t'utama di bandar lebih celik..cuma minta PR lebihkan usaha di kwsn-kwsn luar bandar..kasihan mereka yg kbyknnya termkn budi-budi BN zmn dahulu kala..
Saya doakan kejayaan yg cemerlang dlm PRU13....insyallahswt...allahswt akan beri kemenangan YG BESAR......
itu semua alasan umnogok...konon2 baik lah dlm pentdbiran...betul jgk dato cakap duit tu bukan duit dia...itu semua duit rakyat....pulangkan balik dana2 tu pd rakyat....ya allah ku mohon doa PR menang BESAR dlm PRU13..insyallahswt
Demontrasi penduduk menuntut janji Adun dan Ahli Parlimen berhubung penyelesaian masalah banjir yang dialami mereka sejak sekian lama didakwa didalangi pihak berkepentingan yang sengaja ingin mencetuskan provokasi, jelas Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. Lawak cerita ni. Kalau buat filem tentu mengalahkan Maharaja Lawak Mega. Mamat-mamat dan minah-minah tu beraksi macamlah negeri yang dikuasai oleh BN tak ada banjir. Lihat Johor, Pahang, Terengganu,Sabah dan Sarawak!!!
dr siti mariah,
they are asking for the banjir, they want it very much, insya' Allah, Allah akan makbulkan. lepas tu tengok dengan siapa dia minta tolong...
sabar dr siti, berdoa pd illahi agar mereka diterbalik kan hati nya supaya menyokong PR, kita akan bekerja keras utk kemenangan, duit bukan segala2nya. markos banyak duit, ghadaffi banyak duit, mubarak banyak duit, michael jackson banyak duit, tapi mereka2 ini akhirnya tersungkur tewas dengan kehendak ALLAH.
Situasi banjir diSelangor dan juga diKuala Lumpur bukan baru.UMNO dan pencacai-pencacainya elok berfikir matang sikit jangan jadi lembu.Kerajaan Pakatan Rakyat belum 5 tahun lagi memerintah Selangor.Sebelum Pakatan Rakyat perintah Selangor,banjir berlaku saban tahun dan saban hujan lebat siapa punya tanggung-jawab? Tak ada pun rakyat buat demo.Sekarang ni banjir besar diJohor,buatlah demo diJohor desak Gani Osman letak jawatan.
Catat Ulasan