27 Dis 2011

Menjelekkan! Miliki Rumah Mewah, Tapi Guna Wang Zakat Bayar Peguam

Kuala Lumpur 26 Dis: Menteri hal ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Baharom mampu memiliki rumah mewah tetapi menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman peribadi, kata Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

“Mengapa perlu guna wang zakat, sebagai menteri saya berkeyakinan Datuk Seri Jamil mampu membayar kos guaman itu guna wang sendiri tanpa perlu mengusik walau sesen pun wang zakat.

“Buktinya, beliau mampu pula selenggara rumah mewahnya seperti yang didedahkan sebelum ini,” katanya kepada Keadilandaily.com

Menurutnya, jika seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam tidak amanah, apatah lagi membabitkan menteri lain seperti skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Kalau sampai tahap wang zakat pun diseleweng menteri agama Umno, jadi apa nak hairan kalau wang (projek) lembu RM250 juta turut diseleweng syarikat keluarga Ketua Wanita Umno,” soalnya.

Laporan Audit Negara 2010 baru-baru ini mengesahkan RM63,650 dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman Jamil Khir danKos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain sebagai responden.

Meskipun dikembalikan semula, namun tindakan menggunakan wang zakat itu dikecam keras pelbagai pihak, sedangkan pada masa sama Jamil Khir mampu mempamerkan kehidupan mewah beliau.

Suara Keadilan September lalu menyiarkan gambar kediaman mewah Jamil Khir yang baru diubahsuai dan dianggarkan menelan kos jutaan ringgit di Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor.

Pimpinan KEADILAN turut mempersoalkan bagaimana menteri yang baru dilantik tiga tahun oleh Perdana Menteri itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa singkat. -KD

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jijik nyer...patut lah faqir miskin nak beli susu anak pun xde duit...kena penjara 3tahun...sbb mnyamun nak beli susu...ssh sgt nak cari duit..ni dah senang2 guna duit zakat...patut lah bila kat tv3 nyampah tgk muka khir nie....mmg kita wanita2 yg nak niaga mtk duit zakat bnyk alasan...yg kat kaunter muka mcm tempoyak..bila mtk borang....

Tanpa Nama berkata...

Memang menjelekkan.

Ya Allah, jauhi aku & keluargaku berkawan, bersekongkol dgn org mewah melampau2 yg mengheret kami jauh dari mematuhiMu & RasulMu. Amin.

Tanpa Nama berkata...

dah masuk dalam kelambu umno boleh buat apa saja.... bebas dari segala yg tak boleh jadi boleh, sejak dulu, kini & selamanya...

hanya yang BODOH, BANGANG, BAHALOL, BUTA HATI, PEKAK BADAK, SEWEL, OTAK BIUL, KELDAI, LEMBU aje yg masih setia & sokong umno/bn....

nana penang berkata...

CAKAP TAK SERUPA BIKIN...... ........KHIAAAAGGG PTUIH !

ahmad berkata...

Kenapa tak ada sultan/raja yang murka atas perbuatan ustaz jamil khir mencuri wang zakat ?
Lihatlah sampai sekarang ustaz jamil khir masih lagi menjadi pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini lebih brutal dari kes tiada tauliah.

Tanpa Nama berkata...

kesian dgn bapa yg curi susu tu. memang salah buat gitu tp keadilan yg dia dpt kalu banding dgn jamil khir sama dgn khir toyo. moga allah balas yg seadilnya di akhirat nanti. insyaallah

Tanpa Nama berkata...

Salahnya orang yang bayar zakat. Kenapa tak terus bagi pada fakir miskin.

Amuraria berkata...

PUAK GEROMBOLAN SEKUTU APCO PARTI ARUS JAHILIAH NI BILA DAH DUDUK TEMPAT YANG BERKUASA MACAM 'DUNIA ANA YANG PUNYA' LA ! PEDULI SAPA AKU PUNYA SUKA LAH ;)REMBAT & SAUK KALU ORANG TAU SETTLE CEPAT-CEPAT BERES !

Tanpa Nama berkata...

Apabila orang yang diamanahkan untuk menguruskan hal ehwal agama ISLAM menyelewengkan kutipan zakat, maka habis lah harapan umat-umat ISLAM yang miskin.

Siapa yang mekantij baruah ini ke jawatan itu?

JAKA berkata...

Pernah terbaca kisah mayat diaibkan Allah seperti keluar air busuk, air penuh dlm liang lahad, darah nanah keluar dan macam2 lagi.

nauzubillah.

ingat2 lah mati sikit wahai ulamak umno. ulamak yg jahat akan lebih bawah tempatnya dpd org biasa di neraka.

sama2 ambik iktibar.

patutlah umno larang klip video alam kubur ditayang kerana mereka byk jenayah.

Tok Kie berkata...

Memang teruk pengendalian pusat zakat niee.. Bukan main banyak birokrasinya bila buat permohonan pada yang benar-benar layak. Masjid tempat aku kini memberi bantuan tempat tinggal, makan minum pada seorang mualaf. Bila mohon bantuan bukan main banyak cekadaknya pusat zakat niee .. entahlah kiamat makin hampir ...

Tanpa Nama berkata...

muka tak malu ,muka tembok,muka kulit babi, muka kulit gelam dan seorang ustaz yg tidak ada amanah sepatutnya ustaz macam ni pakat ramai2 pi kencing atas kepala kemudian jangan bagi dia mandi selama tujuh hari.

Tanpa Nama berkata...

Aku bayar zakat kat kaum kerabat & kenalan yang anak2 mereka masih belajar yg tak duit terpaksa pinjam sana sini.

Tanpa Nama berkata...

Jangan cakap aje.Ayuh buat laporan polis dan juga pada Badan Pencegah Rasuah. Mereka ni tak akan buat sebarang tindakan kalau tak ada laporan.Macam pahat dengan pemukul.Laporan Odit Negara tu depa tak mau pakai selagi tak ada laporan polis atau laporan pada Badan Pencegah Rasuah.

Tanpa Nama berkata...

pesanan Hang Tuah takkn melayu hilang
didunia MAKSUDNYA melayu tidak akan HILANG sifat dengki mendengki,tidak amanah,tindas menindas,fitnah,peras ugutan dendam hingga akan me layu diri.tetapi yg berpegang teguh pd islam akan selamat.apatah lg slogan dr HANG NAJIB Dmana 1MALAYSIA RAKYAT DPERBODOHKN/LEMBUKAN DAHULU PENCAPAIAN KRONI2KU DIUTAMAKAN spatutnya IMAN/TAQWA DIDAHULUKAN DAN RAHMAT ALLAH DIUTAMAKAN

Tanpa Nama berkata...

kalau memegang jawatan tidak kerana ALLAH macam ni la jadi nya. melakukan sesuatu perkara atau kerja seolah2 ALLAH itu tidak melihat. beringatlah... walau dimana kita berada, dalam keadaan apa sekalipun kita, sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui. jgn kerana jawatan tertinggi yg kamu pegang sekarang, kuasa ALLAH kamu belakangkan. sampai masa kelak ketanah jua kamu disemadikan....

KH

Tanpa Nama berkata...

tengok la muker dier....nur pun tarak

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Sy pun pernah cuba utk memohon bantuan zakat ni. Isi borang minta org dtg rumah kene dpt approval pihak sekolah. Semua dah. Tup2 dpt reply tak layak..mmg menyusahkan..dpt sign tok ketua pun belum tentu di luluskan..apa punya turrr. mmg cap bangang.

Tanpa Nama berkata...

Tu dia rumah macam istana. Mati kalu rumah ni tinggal bersama baki hutang dengan pemaju, kalu ada. Jasad cuma dibaluti kain putih lalu disimpan dalam liang lahad. Roh akan kekal sampai hari kiamat. Rakyat akan terbayang wajah mamat ni dengan misai tebalnya!!