1 Jan 2012

Keganasan & Kezaliman Polis Bakal Runtuhkan Rejim UMNO BN

Insiden UPSI: PAS desak KPN, menteri letak jawatan

KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mengutuk keras kekejaman polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakawa sebagai profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan.

"PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar, mencederakan pelajar hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan pun.

"Tak perlu suraikan mahasiswa ini pun tak apa sebab mereka akan bersurai dengan sendiri tanpa kekecohan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

Mahfuz berkata, tindakan polis itu tidak akan menjernihkan situasi sebaliknya hanya menambahkan kebencian anak muda terhadap institusi polis dan kerajaan yang bertanggungjawab.

"Tirai tahun 2011 dilabuhkan dengan kekejaman terhadap mahasiswa yang merupkan warisan negara.

"Apa yang dilakukan polis ini sudah tentu menimbulkan kebencian anak muda terhadap polis dan saya yakin tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan anak muda di seluruh negara untuk memperjuangkan soal kebebasan akademik," katanya yang dalam perjalanan ke hospital Slim River.

Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, datuk Seri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dan melatakkan jawatan kerana gagal mengawal institusi mereka.

"Saya minta KDN dan KPN melatakkan jawatan segera kerana ternyata mereka tidak berupaya mengawal keadaan dan kesejahteraan negara," katanya.

Sementara itu, seorang mahasiswa memaklumkan, kira-kira 200 mahasiswa termasuk orang awam berkumpul di hadapan balai polis tanjung Malim menuntut mahasiswa dibebaskan segera.

Bendahari PAS Perak, Fakhrul Radzi yang turut berada di sana memberitahu, mereka sedang bergiir-gilir menyampaikan ucapan mengecam tindakan zalim polis.

"Kami bersama mahasiswa masih lagi di hadapan balai polis dan kita tuntut mahsiswa yang masih dalam lokap dibebaskan segera," katanya. -HD

PPMM gesa buka kertas siasatan kekerasan di UPSI

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) amat terkejut dengan peristiwa kekerasan yang berlaku terhadap mahasiswa yang berdemonstrasi di UPSI Tanjung Malim semalam sehingga ramai yang ditahan dan beberapa orang dilaporkan cedera parah.


“PPMM menegaskan bahawa hak untuk berkumpul adalah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan mengikut lunas-lunas undang-undang yang ditetapkan.

“Sekiranya pun demonstrasi tersebut tidak dilakukan mengikut lunas undang-undang pihak berkuasa seharusnya menangani isu ini dengan lebih berhemah dan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ada,” ujar presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar kepada Harakahdaily.

Katanya, kekerasan di pihak berkuasa perlu dihindarkan melainkan dalam keadaan yang langsung tidak dapat dielakkan.

PPMM, ujarnya amat sedih dan kesal atas kejadian itu kerana seharusnya insiden itu ditangani dengan menjunjung nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

PPMM juga, katanya menggesa mahasiswa yang sedang diberi rawatan atas kecederaan yang dialami diberikan rawatan terbaik bagi memulihkan kesihatan mereka dan bagi mahasiswa yang ditahan dibebaskan dengan segera.

Beliau berkata, sekiranya pihak berkuasa berpandangan ada berlaku perlanggaran undang-undang mereka bolehlah didakwa di mahkamah dan diberi hak membela diri sepenuhnya.

PPMM juga, tambahnya menggesa agar kertas siasatan juga dibuka oleh pihak berkuasa bagi menyiasat insiden itu dan sekiranya terdapat kekerasan yang melampaui undang-undang maka orang yang bertanggungjawab menyebabkan kekerasan sedemikian wajib dihadapkan ke mahkamah untuk diadili mengikut proses mahkamah dan diberi hak juga untuk membela diri sepenuhnya.

PPMM, kata beliau amat khuatir jika insiden yang berlaku di luar negara menjadi pemangkin kepada pihak berkuasa melaksanakan tindakan mereka.

“Insiden sebegini adalah salah satu insiden yang mencemarkan imej negara dari perspektif dunia.

“Insiden ini juga menzahirkan sistem demokrasi yang semakin disanggah oleh pihak berkuasa,” ujarnya.

Justeru, PPMM menyeru pihak berkuasa agar tidak bertindak melampaui batas perundangan yang digariskan di dalam menangani isu-isu sebegini.

Menurutnya lagi, mahasiswa adalah golongan muda yang akan menggalas tanggungjawab pimpinan negara pada masa hadapan.

Mereka, katanya perlu didekati dan disantuni walaupun dalam keadaan perbezaan pandangan dengan mana-mana pihak.

“Mereka perlu dibimbing, dididik dan diselami jiwa mereka bukannya dilayani dengan kekerasan. Mahasiswa adalah agen perubahan dan aset kepada negara.

“Oleh hal yang demikian adalah amat wajar pihak berkuasa menangani isu mahasiswa dengan lebih berhemah dan penuh hikmah,” katanya lagi.

Tambahnya, segala tindakan pihak berkuasa hendaklah berasaskan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada di dalam norma dan tatasusila budaya masyarakat Malaysia. -HD


Ulasan GB

Ringkas sahaja: Tindakan ganas dan zalim polis bukan sahaja mencemar imej kerajaan Najib yang kononnya ingin menunjukkan sikap lunak kepada anak muda dengan janji-janji retorik, malah tindakan polis itu bakal menyebabkan keruntuhan rejim UMNO BN di dalam pilihanraya akan datang.

Tanda-tanda keruntuhan UMNO BN sudah banyak seperti terbongkarnya rasuah dan pecah amana para menteri UMNO BN, dan tindakan ganas polis ke atas mahasiswa melengkapkan proses keruntuhan tersebut.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yesss!! student power! semoga saudara safwan dan yg len2 selamat..

Tanpa Nama berkata...

.mahasiswa org yg dah matang, dia tahu membezakan yg mana baik dan yg mana jahat.yg mana kaca dan yg mana permata.dia tak makan hasutan...lebih bijak dia dari kita, mengaji dia dimenara gading, kita dipondok pasir tumbuh shj.dia memperjuangankan nasib rakannya yg tidak bersalah....berdosakah dia? dia menentang AUKU....hak dia, berdosakah dia? perlukah polis bertindak kejam keatas anak2 muda ini? tidak adakah jalan perundingan? polis kita cuma berani keatas org yg tidak bersenjata.kalau dgn geng Afrika bkn main takut....dan kalau dgn Al Ustaz Ibrahim Libya, tragedi memali bunuh sampai kemati.....fikir2lah