Jempol: Seorang bapa yang tidak mampu bergerak kerana sakit buah pinggang hanya mampu merayu kepada penjenayah yang cuba merogol anaknya dalam kejadian di Ladang Gaddes, di sini. Gambar fail.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi Jumaat minggu lalu, lelaki berusia 36 tahun itu datang ke rumah keluarga terbabit dan berpura-pura ingin memberitahu perkara penting.
Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, ketika kejadian mangsa berusia 15 tahun berada bersama bapanya berusia 60-an manakala ibunya keluar bekerja.
Katanya, lelaki itu memberitahu ingin berjumpa mangsa, namun gadis itu dikatakan enggan membuka pintu kerana tidak mengenali suspek.
“Bagaimanapun, selepas terpedaya dengan tipu daya lelaki terbabit, mangsa akhirnya membuka pintu rumah sebelum suspek meluru ke arah mangsa dengan cuba memegang tangannya.
“Keadaan itu menyebabkan berlaku pergelutan dan gadis terbabit menolak suspek yang cuba merogolnya,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, bapa remaja itu pula tidak dapat membantu kerana tidak boleh bergerak, bagaimanapun mangsa akhirnya dapat melepaskan diri selepas menjerit.
Mohd Sabri berkata, jeritan itu menyebabkan suspek melarikan diri dan mangsa membuat laporan tidak lama selepas kejadian.
“Polis giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.-hm

Tiada ulasan:
Catat Ulasan