Shah Alam, 13 Nov: Kereta milik Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat, Siti Aisyah Shikh Ismail hilang dipercayai dicuri awal pagi ini.
Kereta jenis Proton Waja berwarna perak dengan nombor pendaftaran WJS 7349 itu disedari hilang jam 7 pagi ini setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.
"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi tadi.
"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di Tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Ekoran itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.
"Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.
"Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kerete tersebut," katanya yang tidak mahu menuduh sesiapa.
Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, kenapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan ia hampir dengan balai polis.
Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.
Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting tersebut.
"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.
Ulasan GB
WASPADA kepada semua ahli/aktivis politik.
Setelah simbah cat merah, curi notebook, baling molotov coktail, kini terbaru - curi kereta.

6 ulasan:
"saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kerete tersebut"
Saya rasa cukup hairan macamana dokumen penting berkaitan parti boleh disimpan dalam kereta. Ini adalah kecuaian yang sepatutnya boleh dielakkan.
Besar kemungkinan kunci pendua didapati dari bengkel baiki kereta atau cuci kereta yg pernah anda tinggalkan kunci kereta anda. Bagi kita ialah set Alarm yg berkualiti tinggi, bagi mereka hanyalah dihujung jari.
jalan cecawi kot
PKR kena hati2.. kena siasat budak perempuan ni.. aku rasa ada benda tak kena dengan cerita dia.. kalau aku jd Anwar, aku pecat dia ni walaupun dia ahli parti yang setia kerana meninggalkan dokumen penting dalam kereta dengan sengaja adalah kesalahan besar.. tidak keterlaluan kalau kita syak dia ni sebagai pengintip Umno macam Saiful, Ruslan Kassim dan ramai lagi..
ha'a macam mana boleh careless macam tu, rahsia dan dokumen penting parti tinggal dlm kereta? sound fishy.
pkr ni selalu sgt pengintip & penipu menyusup masuk, so kena siasat.
dap pun x pernah dengar cerita2 macam ni.
van security bawak duit kena rompak pon, suspek paling awal ialah pak guard yang dalam van tu..
Catat Ulasan