6 Nov 2011

Tempoh Penutupan Monorel Melaka Dilanjut

Tempoh penutupan Monorel Melaka dilanjut

MELAKA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melanjutkan tempoh penutupan operasi perkhidmatan Monorel Melaka daripada dua hari bermula Khamis lalu sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak.

Ketua Pegawai Operasinya, Azhar Ahmad berkata, arahan itu dikeluarkan selepas operasi perkhidmatan yang dikendalikan oleh Menara Taming Sari Berhad itu masih gagal mematuhi syarat ditetapkan suruhanjaya berkenaan.

“SPAD mengeluarkan surat semalam (kelmarin) bagi mengarahkan tempoh penutupan operasi dilanjutkan kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Pemeriksaan mendapati beberapa syarat yang ditetapkan tidak dipenuhi operator perkhidmatan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. -hm

Monorel Melaka Rosak Lagi

MELAKA, 2 Nov -- Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad (depan) ketika memeriksa tahap keselamatan Monorel Pelancongan Melaka di Stesen Monorel Hang Jebat di Taman Rempah, hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Nazary Ahmad (belakang).

Perkhidmatan Monorel Melaka di hentikan selama 48 jam berikutan kerosakan yang di alami tengahari semalam.



Petugas Monorel Pelancongan Sungai Melaka, Razi Yahya (kiri) bersama rakan setugas Mohd Faiz Kamarulzaman (kanan) memeriksa tangga tali kecemasan selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di stesen Monorel Hang Jebat di Taman Rempah di sini hari ini.




Memalukan Monorail ROSAK : Pelancong TERPERANGKAP

Sekali lagi Monorel memalukan negeri Melaka apabila rosak. Lebih malang lagi ianya melibatkan pelancong asing.

Malaysiakini melaporkan bahawa hasrat dua pelancongan Britain menikmati keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki monorel terbantut apabila mereka terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.

Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat di Melaka dalam kejadian kira-kira jam 1.09 tengahari semalam.

Akibatnya, bekas anggota polis, James Craft, 57 dan isterinya, Anne Craft, terpaksa menghabiskan kira-kira 20 minit di dalam gerabak monorel berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

Menggunakan tangga kecemasan untuk sampai ke gerabak monorel berkenaan, anggota penyelamat kemudiannya membantu mereka turun.

Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai suatu yang tidak akan dilupakannya, James berkata, beliau dan isteri membuat keputusan menggunakan monorel berkenaan untuk melihat keindahan panorama Melaka.

Menurutnya, gerabak monorel berkenaan berhenti secara tiba-tiba sejurus selepas meninggalkan stesen.

Monorel ini kerapkali rosak. Malah hari pertama ianya dilancarkan pun ia mengalami kerosakan.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pak ali ni semua nak 'grand' tapi cara kerja,experience,maintenance out,semua pelingkup duit rakyat belaka..
selain monorel dah lingkup cuba lihat pada...
1.eye on malacca-lingkup
2.airport (ANTARABANGSA beb..)untuk apa tuh airport sebenarnya,

tapi di melaka ni ramai lagi hang tuah(ikut cakap sultan),hang jebat belum ada...

Tanpa Nama berkata...

dulu asyik kutuk pulau pinang isu keretapi bukit bendera, sekarang nyap saja?

Nur Ikhsan berkata...

monorel second hand ke ape nih, haha