Kuala Terengganu - Ramai pengguna terutamanya suri rumah terkejut mendapati harga kelapa meningkat di antara RM2.50 hingga RM3 sebiji dan beberapa penjual mendakwa kenaikan itu kerana bekalan yang berkurangan.
Menurut mereka, harga kelapa mula meningkat sejak beberapa hari lalu dan santan segar pula dijual dengan harga RM9 satu kilogram.
Peniaga kedai runcit, Yusof Abdullah, 43, berkata, sebelum ini kelapa dijual antara RM1.20 dan RM2 sebiji, bergantung pada saiz dan dia terpaksa menjual dengan harga tinggi daripada biasa kerana kurang mendapat bekalan.
"Pembekal juga menjual dengan harga lebih tinggi berbanding biasa," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, penjual nasi dagang Fatimah Awang, 46, berkata, harga nasi dagang sekarang dijual RM2.50 sebungkus kerana kenaikan harga bahan asasnya termasuk kelapa.
"Sekarang susah hendak cari nasi dagang dengan harga rendah seperti dahulu terutama di bandar ini," katanya.
Katanya, kenaikan harga kelapa itu bukan sahaja melibatkan peniaga nasi dagang tetapi juga peniaga makanan yang lain.
Pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat kenaikan harga kelapa, sementara pengarahnya Hasan Jusoh meminta pemborong kelapa menghubungi bahagian operasi FAMA untuk mendapatkan bekalan jika perlu. -kosmo

5 ulasan:
Benda dah bernilai. Bukan salah. Itulah musim pemilik kelapa buat duit pulak. Ko yang makan gaji mintaklah dekat boss korang supaya diturunkan gaji dua tiga puluh peratus sebagai tanda ko ikhlas dan bekerja dan tak nak menyusahkan majikan.
Yang masih bertanah tuh manfaatkanlah 'nikmat' bertahnah tuh. Semua nak hidup stail orang daam bandar. Tanggunglah.
Pokok nyor (kelapa) makin kurang di Teganu....musim2 cuti koloh(sekolah) ni ada jer pokok nyor jadi korban untuk umbut....umbut nyor di buat ACAR...Tanam pokok nyor bukan supo tanam sawi, cepat dapat hasil...Orang teganu LOADED2 laker kang...3 ya sebutir tak jadi hal la...Sib baik rumah Mok (emak) aku banyak pokok nyor...Harap2 mok aku leh juah nyor...Tp mok aku ni style jual muroh2 jer...mcm wi free jer...Maklumlah orang lama...bukan bermotifkan keuntungan semata mata..Dia niat amal jariah sekali...Lagi pun mok aku bukan seorang KAPITALIS hardcore punya...Kepada yang ada tanah tu...tanam la pokok Nyor...Nanti aku balik kapung aku nak pesang ko mok aku,,,Kalu JKK mari nak beli nyok,,,bahang parok ckit....pasal JKK dok ajing bg borang wang ehsang ko mok aku....Padahal mok aku tu warga emas...Aku jauh skali la nak dapat....Palo pengat lawan JKK...
FAMA tidak membantu memasarkan kelapa dari pekebun kecil sebaliknya dengan mudah mengimpot kelapa dari indonesia...akibatnya pekebun kelapa di Johor tak tahu mana nak pasarkan kelapa..sebiji hanya 80 sen..tu pun peraih Cina yg ambik. Mana FAMA yang sepatutnya membantu memasarkan hasil sendiri. Sia sia Jabatan Pertanian bagi bantuan kerajaan untuk pertanian tapi tade pasaran...hampeh FAMA.
No hal.Orang Trengganu banyak duit,selalu dapat wang ikhsan minyak dan banyak untung dengan Monsun Cup.
kat KT apa pun mahal utk rakyat.. tapi kalau kat org asing, tanah air pun sanggup bagi...
Catat Ulasan