Jakarta: Pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Isnin, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Beliau berkata keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu.
"Malah kita harap PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana esok, persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium," katanya.
Mengulas mengenai perlawanan akhir yang akan bermula pada pukul 7 malam Isnin waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri.
"Kita telah belajar dan mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelumnya, bertemu Indonesia di peringkat Kumpulan A pada Khamis dan saya lihat pemain kita mempunyai semangat yang kental dan diharap mereka mampu pamerkan aksi yang terbaik dan mencipta kemenangan esok.
"Esok kita akan membuktikan bahawa Malaysia masih yang terbaik di Asia Tenggara," katanya.
Hamidin berkata Indonesia pastinya lebih tertekan pada final kerana pemainnya pasti mengharapkan kemenangan berganda di hadapan penyokong dan di tempat sendiri. - BERNAMA

8 ulasan:
Kalau beginilah sikap orang Indon terhadap rakyat Malaysia,tak ada sebab mengapa Kerajaan Malaysia mesti berlembut dan melayan baik orang Indon yang berada diMalaysia hampir 2 juta.Lihat siapa yang menguasai perniagaan dikawasan Chow Kit dan Datok Keramat? Bandaraya wajar buat pemeriksaan dan sekiranya tidak memiliki MyCard,lesen perniagaan wajar ditarik balik.Tidak ada gunanya berbuat baik dengan orang yang tidak mengenang jasa.
peniaga di chow kit and dato keramat tu x bersalah pape la dong... aiyooo... ada lg org mcm kamu dalam dunia nih. sama je la kamu dgn org indon yg jahanam di sana tu.
pergi naik bas laa..takut pe lakk..kalau depa kacau batal je game tu..bagi depa kena gantung...mcm mana nak main kalau kena ancam..
Susah begini jadinya kalau ada lagi masyarakat Indonesia yang tidak bertamadun (uncivilised)
Sokong cadangan naik bas, kerana segala keputusan boleh dilihat samada benarkah peminat indonesia keterlaluan atau sebaliknya. Jika berlaku apa-apa semasa pergibalik dan semasa berlangsungnya perlawanan , pihak penganjur boleh mengambil tindakan tegas yang sepatutnya ,bukan saja menarik balik pingat yang dimenangi malah pasukan bolasepak kebangsaannya juga boleh digantung menyertai pelbagai peringkat. Kita hendak lihat suasana permainan yang harmoni dalam penganjuaran sukan terbesar di asia tenggara ini berlangsung dengan semangat kesukanan bukan sahaja di indonesia malah diseluruh rantau asia ini.
Sebagai bangsa Msia yang bertamadun, jgn pula mengikut rentak mereka di Indon..Mereka yang dtg cari makan dgn baik kita layan dgn baik ,mereka tak bersalah,jgn samakan kita seperti mereka..cuma yng dtg dgn pistol(sebenarnya mereka2 ini yg maling)kita layan dgn pistol..
takut mcm umno laaaaaaaa...come on la jgn jadi pondan tua dlm umno
NEGARA KITA TAK MCM INDON BRO. NEGARA INDON BKN NEGARA YG SELAMAT, PEROMPAK N PENJENAYAH RAMAI, PENIPU BESAR PUN RAMAI.DAN RAMAI YG DAH TERLEPAS KE NEGARA KITA, SBB TU LA KENA NAIK BARRACUDA, KESELAMATAN PEMAIN KENA JAGA GAK.. KLU RAKYAT INDON BUAT RUSUHAN, KERAJAAN INDON TAK BLEH BUAT APA PUN, KLU KESELAMATAN PLAYER KITA DAH TERJEJAS, CEDERA KE, KITA GAK YG RUGI.. APAPUN, TAHNIAH KPD SKUAD NEGARA KERANA BERJAYA MENANG PINGAT EMAS DLM PERLAWANAN AKHIR MLM TD, MENANG PENALTY 4-3.. CAYALAHH..!!
Catat Ulasan