20 Nov 2011

[Video] 25% Penduduk Brussels, Belgium Adalah Muslim

Lebih dari 250 ribu penduduk Brussels yang memiliki akar Muslim, menurut sebuah penelitian yang dilakukan oleh Universiti Katolik Leuven di Belgium dan disiarkan oleh media Belgium Jumaat lalu. Jumlah ini bererti seperempat jumlah seluruh penduduk kota yang mencapai satu juta orang lebih.

Gambar: Kelihatan beberapa orang muslimah di sudut kota Brussels

Penelitian ini dilakukan oleh Felice Dasetto, seorang hli sosiologi dan profesor di universiti yang dianggap berkeahlian dalam isu-isu yang berkaitan dengan Muslim di Belgium.

Brussels adalah ibukota politik Kesatuan Eropah. Separuh dari penduduk Belgium, tinggal di kota ini.

Angka tersebut menempatkan Belgium di antara kota-kota Eropah lainnya dengan kehadiran Muslim yang besar seperti Birmingham di Britain, katanya dalam laporan penelitian.

Kehadiran Islam menjadi lebih terlihat di Brussels setelah beberapa masjid dan menara baru terbina. Selain itu, kini di kota itu mudah menemukan perempuan mengenakan jilbab dan organisasi Islam juga banyak muncul di kota itu. -kuna.net.kw



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelik tapi benar.

Di Belgium, negara liberal bebas, Muslim bertambah ramai.

Di Malaysia, dengan segala JAIS, MAIS, Akta larangan penyebaran agama lain pada Muslim, orang Islam jadi murtad sebab bible berkuasa solar.

Saya bersyukur pada Allah kerana mengurniakan akal pada manusia hingga mereka membina negara yg maju, liberal dan bebas kerana atas sebab itulah Islam dapat di amalkan di Barat secara terbuka, tanpa perasaan takut2 dan malah di lindungi oleh undang2. Malah masjid dpt di bina sebanyak2 nya.

Alhamdulilah kerana ada ramai yang liberal dan sekular.

Tanpa Nama berkata...

Di barat ketua kumpulan atau jemaah umat Islam diketuai oleh orang Islam yang bebenar-benar jujur dan ikhlas.
Di Msia Islam diketuai oleh orang yang tidak cendurung dan jahil dan setengahnya anti pada Islam.
Ini akibat dari melayu itu Islam dan Islam itu melayu. Si melayu tadi sebagai ketua Islam akhirnya merosakkan perkembangan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Suruh Hassan Ali pergi keBrussels dan buat kajian untuk memantapkan Phdnya,macam mana keadaan ini boleh berlaku.Agaknya diBelgium tak ada orang Kristian.

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan pengalaman yang saya sendiri lalui ketika berkunjung ke Brussel pada hujung tahun lalu, laporan tersebut adalah betul.Kebetulan hotel tempat menginap dipunyai oleh seorang Muslim.Sepanjang jalan dipenuhi oleh orang Islam, wanita semuanya bertudung.Makanan halal sangat mudah ditemui.