28 Nov 2011

BERS✔H 3.0 Perlu Dilancarkan Segera Sebelum Lebih Ramai Warga Asing Dapat Mykad

Perwakilan: Jangan layan PSC, segerakan BERSIH 3.0

Naib ketua pemuda PKR, Azmizam Zaman Huri berkata pemimpin parti itu tidak sepatutnya melayan jatawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya kerana jawatankuasa itu dijangka tidak akan menerima tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH.

Sebaliknya, beliau menuntut supaya satu lagi perhimpunan, BERSIH 3.0 diadakan segera untuk menjamin peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

"Saya cadangkan jangan layan PSC, kita dah tahu keputusannya, mereka tak boleh layan tuntutan BERSIH.

"Kongres (AMK) dah putuskan, jalan terbaik untuk ambil alih Putrajaya untuk sedarkan pemimpin Umno-BN, suka atau tidak kita kena adakan juga perhimpunan BERSIH 3.0."

Katanya, PSC hanya akan melengahkan lapan tuntutan BERSIH untuk pilihan raya bersih dan adil dan keputusan itu hanya "akan sakitkan hati kita."

Beliau juga mendakwa, BN juga semakin giat mendaftar warga asing untuk diberikan kad pengenalan untuk membolehkan mereka dijadikan pengundi dalam pilihan raya akan datang.

"Jangan tunggu Februari, kalau boleh bulan depan kita buat (perhimpunan). Jangan buang masa," katanya lagi dalam ucapan berapi-api di Kongres Nasional PKR Kelapan hari ini.

Jika tidak, beliau mendakwa, lagi banyak warga asing dapat kad pengenalan melalui program 6P.

Tambahnya, satu lagi perhimpunan akan dijalankan di Stadium Shah Alam pada 4 Disember untuk menghantar mesej supaya pilihan raya tidak akan diadakan sebelum lapan tuntutan BERSIH ditunaikan. -mk


Himpunan Rapat Rakyat "Pre-Bersih 3.0"

JOHOR BAHRU, 27 NOV: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyatakan komitmennya untuk melancarkan gerakan Bersih 3.0 dalam masa terdekat ekoran keengganan kerajaan pemerintah melaksanakan tuntutan rakyat menambahbaik sistem pilihanraya.

Wakil AMK, Azmizam Zaman Huri berkata keanggkuhan pemerintahan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang menafikan artikel 10 Perlembagaan seharusnya dihukum oleh gerakan rakyat Bersih 3.0.

"Kita akan desak pimpinan utama untuk lancarkan gerakan Bersih 3.0 dalam masa terdekat.kita tidak boleh tunggu sampai Februari depan, bulan depan juga kita akan turun mendesak kerajaan menerusi himpunan bersih 3.O,"katanya.

Azmizam berkata demikian dalam sesi perbahasan hari ke-3 Kongres Nasional Parti Keadilan rakyat kali ke-8 di sini hari ini.

Pergerakan ini adalah jalan terakhir sekiranya kerajaan masih lagi berdolak-dalik atau menolak cadangan reformasi sistem pilihanraya negara yang diusulkan berhubung lapan tuntutan Bersih 2.0.

Azmizam berkata sebagai langkah permulaan mengerakkan Bersih 3.0 beliau mengesa para pewakilan memainkan peranan mengumpulkan seramai mungkin rakyat untuk menyertai penganjuran 'Himpunan Rapat Rakyat' yang akan diadakan pada 4 Disember depan di Stadium Melawati Shah Alam.

"Himpunan ini adalah untuk menghantar mesej jelas kepada Najib dan Rosmah bahawa kita tidak sama sekali setuju pilihanraya dijalankan sebelum lapan tuntutan Bersih dilunaskan," tegasnya sambil menerima laungan gemuruh para pewakilan. -tvsnews



5 ulasan:

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Maaf sekali lagi Pakcu datang mencelah dalam masalah tunjuk perasaan atau "bersih" ni.

Nampak gaya ia dah jadi budaya untuk menzahirkan kekuatan secara sorakkan.
Biasanya meriam buluh bunyi detuman saja kuat hakikat tak kemana-mana.

Kenapa perlu demikian kalau kita sendiri mengangkat bendera tanda kemenangan kita pula panggil budak-budak untuk turut bertempik dijalanan dan mengatakan kita juara lalu menuduh yang bukan-bukan.

Ini bukan jalan penyelesaian. Tunggu saja PRU 13 dan saksikan kebenaran. Parti politik yang terunggul pastinya dihadapan tampa perlu menjerit dan melolong. Lihat saja PRU 12 dahulu rakyat menerima dengan seadanya.

Jika kita benar-benar hebat tidak perlu takut walau sebesar mana badai dan ombak.......

Tanpa Nama berkata...

Biarlah Pak Chu dia orang nak sorak.
Pak Chu dgn saya duduk rumah jer lah. PRU nanti kita sama2 pangkah ABU. OK?

Tanpa Nama berkata...

mmg kita xperlu takut apa yg diorg buat...TP....diorg takut sebenar nya....buat lah LAW apa pun kami lg xtakut...kami hanya takut pada ALLAHSWT...........takbir10x

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Apa guna duduk rumah kalau PENDATANG ASING yg dapat IC dan boleh megundi yg menentukan kerajaan yg memerintah.
Genarasi kita rakyat tempatan yg tulen akan terima akibatnya bila terpaksa berkongsi "keistimewaan" dgn PENDATANG² yang ada IC ni.
Nasib takan berubah kalau kita sendiri tak berusaha mengubahnya

Salam
-fred-

Tanpa Nama berkata...

BERSUH 3.0 wajib diadakan!