24 Okt 2011

Tiada Tindakan ke Atas Hassan Ali, Tapi Kena Terima Impak Dari Ahli

Exco Hal Ehwal Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali tidak akan dikenakan tindakan displin oleh PAS susulan menghadirkan diri dalam Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Stadium Shah Alam Sabtu lalu.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Dr Hasan yang juga ahli jawatankuasa parti itu berbuat demikian atas sifat peribadi sebagai "menyokong kesucian Islam".

Katanya, Dr Hasan berhak hadir untuk menyatakan pendirian bersatu menegakkan Islam serta menguatkan akidah, lapor sebuah harian berbahasa Melayu.

"PAS tidak akan mengenakan sebarang tindakan ke atas beliau atau mana-mana ahli parti yang turut serta dalam HIMPUN," beliau dipetik sebagai berkata.

PAS memutuskan tidak menyertai perhimpunan itu bagi menghormati pendirian penganjur yang tidak mahu melibatkan parti politik.

Manakala PAS Selangor mengarahkan ahlinya tidak terlibat dengannya selaras dengan arahan PAS di peringkat pusat.

Impak pada ahli

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berpendapat, kenyataan Dr Hasan berkaitan perhimpunan itu bersifat peribadi dan bukan pandangan parti.

"Seperti mana yang beliau declare (isytihar) sendiri, beliau hadir bukan atas tiket PAS dan bukan sebagai exco agama kerajaan negeri.

"Kalau itu pendirian beliau, saya tidak boleh buat apa-apa, jadi hormati pendiriannya.

"Cuma impak kepada ahli, saya tidak dapat menapis setiap tanggapan ahli PAS terhadap beliau," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian hari ini.

Manakala Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula dilapor berkata, beliau menghormati tindakan Hasan menghadiri perhimpunan itu dan tidak menghalang mana-mana kakitangan kerajaan negeri ataupun individu menghadirinya.

"Atas dasar hak individu dan (hak) asasi, saya tidak menghalang sesiapa pun," katanya kepada harin berbahasa Melayu itu lagi.

Sementara itu, Umno didakwa menggunakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun), yang diadakan Sabtu lalu, sebagai satu lagi platform untuk menghidupkan semula perbincangan tentang kerjasama kedua-dua parti itu, dengan menggunakan dakwaan kononnya wujud ancaman daripada masyarakat Kristian, lapor The Malaysian Insider.

Umno, sejak pilihan raya umum 2008, berulang kali berkata bersedia untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dan perpaduan dengan PAS.

Tetapi pemimpin-pemimpin PAS telah menolak tawaran Umno itu, sebaliknya mahu kekal dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad memberitahu The Malaysian Insider bahawa penganjur Himpun telah menggambarkan Islam berhadapan dengan ancaman agar ahli-ahli PAS akan menghadiri dan menyokong kempen itu bersama Umno.

“Meskipun Umno telah mengatakan bahawa mereka tiada apa-apa kaitan dengan perhimpunan, saya fikir adalah ketara apabila anda bergabung dengan kumpulan-kumpulan seperti Perkasa yang mendakwa program itu telah menyatukan PAS dan Umno.

“Ia satu lagi usaha untuk mendesak supaya diadakan perbincangan perpaduan antara kedua-dua PAS-Umno... anda bermain dengan kad agama dengan PAS, anda cuba untuk melaga-lagakan kami dengan bukan Muslim, untuk menunjukkan bahawa kami ini kononnya ekstremis... mereka (Umno) cuba sekali lagi,” kata Khalid.

PAS memutuskan untuk tidak menghadiri Himpun atas alasan ia bukan aktiviti parti politik, tetapi tidak menghalang ahli-ahlinya menghadiri perhimpunan tersebut atas kapasiti orang perseorangan.

Khalid berkata beliau percaya pihak-pihak yang ada hubungan dengan Umno cuba menggambarkan sudah ada gunung sedangkan yang wujud hanya “busut.”

“Hanya disebabkan seorang pemimpin PAS hadir majlis itu ia tidak bermakna PAS dan Umno kini sudah bergandingan.

“Mengapa mahu mencetuskan ketegangan agama? Tiada bukti yang kukuh wujudnya ancaman Kristian. Lebih baik kami menggunakan masa dan usaha kami untuk memperbaiki perkara-perkara lain di negara ini — rasuah, (soal) urus tadbir baik,” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Semalam, Perkasa berkata meskipun Himpun gagal mengumpulkan 100,000 hadirin yang disasarkan tetapi ia berjaya menyatupadukan kaum Muslim segenap lapisan masyarakat.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, baginya kempen semalam adalah sesuatu berjaya kerana membawa bersama pemimpin Umno dan PAS.

“Bagi saya ia satu kejayaan. Salah satu bahagian yang berjaya ialah ada pemimpin PAS dan Umno di pentas yang sama dan individu lain yang tidak menganggotai mana-mana parti.

“Saya percaya ahli-ahli Umno atau PAS dan Melayu dalam Keadilan, mereka semua sokong (Himpun) tetapi kemungkinan mereka kena ikut arahan daripada pemimpin mereka, yang saya tak faham mengapa mereka tidak dibenarkan,” kata Syed Hassan.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tindakan dan ulasan dari Dr. Hasan Ali menggambarkan beliau seorang desparado, merasa diri dipencilkan parti. antara sifat orang desparado ialah bertidak menyangah keputusan parti walaupun perbuatan tersebut membawa keuntungan besar pada pihak lawan dan dia tidak peduli.

Tanpa Nama berkata...

berani lawan berani tanggungler,
tunggu pilihanraya nanti tengok kaum umno ada sokong kamu tak...

harap2 pas negeri tak plih dia bertanding lagi.

Tanpa Nama berkata...

HASSAN ALI -> SATU-SATUNYA PIMPINAN PAS YANG PALING BANYAK DAN PALING KUAT BERBOHONG.

Tanpa Nama berkata...

secara peribadi
Jika di letakan Dr Hasan Ali menjadi calun di tempat saya ,saya
tak kan turun mengundi

adeq berkata...

jangan cakap bebukan la pada hassan ali.jangan fitnah, itu cuma anggapan dan andaian kalian.dia pasti ad sebab mengapa, dia tidak menjejaskan siapa pun.PAS sendiri tidak menghalang ahli PAS untuk hadir sebagai seorang muslim.jangan jadi org fasik bro.

Yong berkata...

Rasernya dia takkan diletakkan di Perak. Jadi Yong takde masalah delima, walaupun Yong sebenor2 nya tak berkenan perangei mamat ni sejak dia diluar PEH (PAS) lagi.

Tanpa Nama berkata...

yg suka hassan ali ni cuma org umno, org perkasa, UG. mereka tu semua sahabat sekandang dgn geng "kepala lembu".

meceng berkata...

adeq menulis...
jangan cakap bebukan la pada hassan ali.jangan fitnah, itu cuma anggapan dan andaian kalian.dia pasti ad sebab mengapa, dia tidak menjejaskan siapa pun.PAS sendiri tidak menghalang ahli PAS untuk hadir sebagai seorang muslim.jangan jadi org fasik bro.

Diantara yang dikatakan fasiq itu ialah yg kuat dusta dan bohongnya.. itulah Hassan Ali.

kata tak terlibat sikitpun dalam menganjurkan HIMPUN, tetapi rupa2nya beliaulah yang menguruskan dewan MBSA dan permit polis. Kan ker pembohong namanya tu?

Tanpa Nama berkata...

Tuan Ibrahim tu masih pegang Ketua Disiplin PAS ker? Patutlah takder tindakan ke atas Hassan Ali... kamceng habis sampai ke mati agaknya.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak marah kat Hassan Ali, dia bagus berjuang untuk bangsa. Orang macam ni tidak layak menjadi calun dalam PRU13. Sikap BTN maseh menebal dalam diri dia

Tanpa Nama berkata...

Perkosa kata ia telah berjaya menyatukan UMNO dengan PAS. Siapa pemimpin PAS yang hadir.

Bukan ke Hassan Ali, kenapalah orang macam ni masih nak disimpan lagi, ini bukan aset tapi liabiliti, buat menyusahkan aje. Mungkin TGHH ada strategi lain, cuma jangan sampai strategi bertukar menjadi trajedi dahlah.

Dia yang tempah stadium, urus permit, lepas tu kata tak terlibat lak.

Kalau bukan berbohong apa pula gelarannya tu.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong hasan ali..murtad di selangor memang kritikal,kalid samad jangan jaga periuk nasi sendiri hingga takot berkata benar..

matantiug berkata...

Dah agak dah.Hassan Ali tak akan dikenakan apa-apa tindakan oleh PAS Pusat - dia kebal dan ada "payong" besar diIbu Pejabat PAS.Godfather UG masih kuat diJalan Raja Laut.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...

"aku sokong hasan ali..murtad di selangor memang kritikal,kalid samad jangan jaga periuk nasi sendiri hingga takot berkata benar"

Kat terengganu lagi besar kes murtad... dan dah jadi las vegas Malaysia..hari2 ada kes rogol & maksiat.

Tanpa Nama berkata...

ambil jer tarikh himpun ni hasan ali masuk umporno habis cerita.jangan buang masa pak hasan alang2 menyeluk pekasam biar tenggelam terus dalam umporno.aku tak marah pun kalau benar nak masuk tapi jangan tipu kami,sanggupkah pak hasan menipu tok guru nik aziz?

Tanpa Nama berkata...

Hassan Ali memang dah tak layak jadi wakil parti PAS.

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa yg menjadi peminpin PAS Selangaor, mestilah orang kuat. Kuat dari segi... itu cerita lain. Khalid Samad pemimpin yg rajin berkerja tak seperti kebanyakan pengamal Ilmu Perlahan yg lain. Hassan Ali pun rajin tapi rajin dari sudut memasalahkan PR supaya cepat runtoh. Adakah pemimpin PR yang lain2 susah diajak berunding?

Perlu di ingat, Selangor berpusatkan KL adalah Ibu besar kpd segala Ibu. Setiap org besar lemah lembut yg datang melangkah ke Ibukota kena bg muka jugak pada tuan rumah.

PAS Selangor tak sama dgn yg lain2, baik yg tua atau pun Pemuda. Tugasnya lbh besar tapi peluang pun menggunung tinggi. Tak hairan kalau Bosnya amat disayangi.... baik kawan maupun lawan. Tak salah pun kalau diandaikan memang wujub benda-benda di bawah atas belakang meja atau pintu. Kalau Perak dibeli dgn anggaran RM20 juta, macamana dgn Selangor? 10 kali ganda???

Soalan yg pelik, kenapa ada sorang lebih kuat dari semua yg sepatutnya lbh besar dari dia?

Adakah berkemungkinan berikut:-

Tajaan luar dari biasa sejumlah (belanja) makan minum taraf tak pernah rasa bg orang kuat PAS dari luar hinggakan tersumbat mulut.

Tajaan luar dari biasa sejumlah (belanja) Hotel taraf berbingtang-bintang bg org2 kuat PAS supaya blh nyenyak selesa tak celik mata.

3. Tajaan (belanja) derma bg org2 kuat PAS dgn andaian dari syarikat2 besar (mungkin video dah dirakam)

..... adakah org2 besar dah makan umpam kertagih pelembut, org2 kecil tak tau benda?

Tak haram kalau dpt upah buat ucapan sepatah dua dapat bayaran halal mungkin jutaan, itu dah kira murah kalau kuota yg dipinta 1 juta kuda. Mujur hanya 5 ribu...

Tanpa Nama berkata...

jangan marah kepada ketua kumpulan UG ni?