Isteri tewas godaan
SAYA tidak bermaksud ingin menjadi isteri yang nusyuz kepada suami. Namun masalah dan perasaan suka tidak dapat dielakkan.
Meskipun saya sudah mendirikan rumah tangga dan pernah berpisah dengan suami seketika, saya masih terjerumus dengan hubungan luar.
Beberapa kali saya tekad untuk berubah dan tidak mengulangi tetapi jejaka yang menjalin hubungan dengan saya terus menggoda, menyebabkan saya lupa status saya.
Walaupun saya memberitahu mereka saya ini isteri orang, mereka tetap menagih, mengharapkan balasan cinta daripada saya.
Perhatian dan habuan daripada kekasih gelap saya menyebabkan saya hampir terdorong untuk terpengaruh dengan pujuk rayu mereka.
Terus terang saya masih sayang suami saya kerana dia baik dan mempunyai pakej menarik. Disebabkan faktor itu saya menerima kembali suami dan membuat keputusan untuk setia dengannya walaupun pada waktu sama lelaki lain tidak putus asa.
Saya benar-benar hendak berubah. Saya memutuskan untuk menjadi isteri yang baik, tetapi ramai pula lelaki yang hadir.
Liena
Selangor
Pernahkah puan dengar pepatah tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Perasaan cinta atau kasih tidak mungkin berjaya jika hanya daripada sebelah pihak saja.
Secara tidak langsung Dang Setia percaya, andainya puan tidak melayan jejaka lain, hubungan cinta terlarang tidak akan terjadi.
Namun sebaik meneliti cerita puan, Dang Setia dapati puan sememangnya lebih gemar bermain api sedangkan puan sedia maklum tindakan itu hanya memakan diri sendiri.
Ada baiknya puan imbas memori saat bahagia bersama suami dalam usaha menghangatkan hubungan cinta sedia ada menjadi lebih intim.
Peranan puan sebagai isteri sepatutnya menjaga kehormatan dan maruah suami. Elakkan daripada berdua-duaan dengan mana-mana lelaki supaya tidak terjerumus dalam lembah kehinaan.
Fokuskan tumpuan yang tidak pernah berbelah terhadap suami supaya rumah tangga dan kehidupan puan lebih berkat.
Selain itu, tidak putus memohon kepada Allah supaya diberi kekuatan agar puan dapat menolak semua tarikan daripada kekasih gelap puan sebelum ini. Insya-Allah jodoh puan dengan suami akan terus berpanjangan. -hm

4 ulasan:
selalunya kes ini berlaku,kerana sikap si perempuan yg bergelar isteri suka sgt berdampingan dan rapat berkawan dgn kaum lelaki.
Kalau dia rapat dan bergaul sesama kaum wanita dan gulungan surirumah yg solehah Insyaallah perkara ini boleh dielakkan.
Semia ini ujian dari Allah,barang siapa yg tidak sabar dan tidak beriman denganNya nescaya rosak binasalah hidup didunia mahpun diakhirat kelak.
Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih...
Jika betul tidak mahu terjebak, pastikan aktiviti-aktiviti yg menjurus kepada penggodaan itu tidak terjadi....seperti...menjadi surirumah sepenuh masa.
Perihal kewangan bukanlah alasan untuk kemungkinan menjadi perkara-perkara sumbang ini. Suami mesti diberitahu akan kemungkinan ini, dan bertanggungjawab juga atas keputusan isteri berhenti bekerja.
Oleh kerana itulah Islam ,meminta kita menjauhi ,bukan melakukan sahaja,tetapi menjauhi..ianya sangat sukar dilakukan.Hubungan lelaki dan wanita di tempat kerja perlu diperbetulkan,ianya akan menjadi perangkap yang sukar untuk dilepaskan serta menjadi tipu daya syaitan.
LoveHijau
It takes TWO to tango, cik puan paham tak??
No such thing as being "tergoda" unless puan ni baru masuk umur 11 tahun...
Tepuk dada, tanya IMAN
Catat Ulasan