Ketepikan keluarga dari politik keji, gesa PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa ahli politik supaya tidak membabitkan anggota keluarga dalam dunia politik mereka.
"Ini adalah sesuai dalam sebuah negara demokrasi moden, Anda boleh berbahas mengenai perbezaan dasar daripada segi kelemahan pelaksanaan.
“Tetapi ketepikan keluarga anda atau mengeksploitasi hal keluarga untuk kepentingan politik sendiri," kata Najib selepas perhimpunan perdana bersama perdana menteri dengan pesara dan bekas polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.
Najib mengulas keberangan pemimpin politik Pakatan Rakyat dan juga masyarakat di negara ini berhubung dakwaan beberapa blog pro-Umno yang memfitnah anak remaja ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan kelasnya.
Selain Lim, dan pengetua sekolah anaknya itu, pada Jumaat lalu, gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak Lim juga tampil menafikan dakwaan itu.
Najib, bagaimanapun berkata prinsip supaya tidak membabitkan anggota keluarga dalam dunia politik mesti terpakai kepada kedua-dua parti pemerintah dan juga pembangkang.
"Saya tidak tahu fakta kes ini, tetapi jika awak mahu ada beberapa etika untuk mengketepikan keluarga, maka semua termasuk pembangkang mesti mematuhi perkara itu.”
Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, juga seringkali dibidas oleh pembangkang kerana didakwa boros berbelanja dan hidup secara mewah.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik oleh agensi berita nasional Bernama memilih mempertahankan penulis blog itu dan dilaporkan sebagai berkata: "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama." -mk
Laporan berkaitan
sila klik untuk baca

Pakatan gesa Muhyiddin minta maaf beri ‘watikah’ serang anak Lim
KUALA LUMPUR, 23 Okt — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita.
Semalam, Muhyiddin meminta Lim, Ketua Menteri Pulau Pinang, membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.
“Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama,” katanya.
Mengulas perkembangan itu hari ini, Naib Presiden PKR N Surendran mahu Muhyiddin dengan segera memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan sedemikian.
“Kami menggesa Umno-BN menghentikan politik memfitnah dan pembunuhan karakter,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Surendran, yang juga seorang peguam berkata, beliau terkejut kerana Muhyiddin sebagai pemimpin tertinggi negara sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan pelajar perempuan yang dikaitkan, Anya Sun Corke, yang didakwa menjadi mangsa sendiri telah menafikan perkara tersebut dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga Lim, anak dan keluarganya.
“Dalam bertindak sedemikian, Anya Corke yang muda telah menunjukkan sikap lebih matang dan sopan berbanding timbalan perdana menteri negara kita,” kata Surendran dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegur timbalannya kerana memberi sokongan bulat-bulat kepada pemblog-pemblog pro-Umno untuk mengaibkan dan memusnahkan kehidupan anak Lim.
“Kami terkejut dan marah dengan (kenyataan) Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata bahawa jika Ketua Menteri Pulau Pinang merasakan adalah penting untuk membetulkan maklumat, maka beliau seharusnya datang dengan kenyataan sangat keras. Penafian sahaja tidak mencukupi’,” kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
Dalam kenyataannya, Pua berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seharusnya memeriksa maklumatnya kerana Lim bukan sahaja telah mengeluarkan kenyataan tegas pada minggu lalu, malah “kami telah membuktikan bahawa keseluruhan kes ini adalah rekaan semata-mata.”
Selain itu kata beliau, mangsa yang didakwa terlibat dalam kes, yang berusia 21 tahun, sendiri telah menafikan perkara tersebut.
“Mangsa yang didakwa juga telah mengeluarkan kenyataan kepada kesemua media, mengatakan bahawa dia tidak pernah datang ke Malaysia sepanjang tujuh tahun lalu,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini.
Perkara itu turut dinafikan oleh pengetua SMK Heng Ee, sekolah yang anak lelaki Lim belajar sehingga akhir tahun lalu.
Meskipun Lim tidak perlu membuktikan apa-apa, kata Pua, Muhyiddin memilih untuk memberi ‘watikah’ kepada khabar-khabar angin dan memberi sokongan kepada “mutlak” kepada pemblog-pemblog Umno.
Katanya lagi, daripada melahirkan pendirian untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan khabar angin, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memilih untuk mempertahankan pihak terbabit.
“Beban pembuktian terletak pada pihak yang menuduh dan bukannya pada pihak yang difitnah dengan tidak adil,” kata beliau.
Pua juga berkata demi menjaga imej kerajaan, Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri sewajarnya mengambil tindakan menghentikan tindakan-tindakan tidak waras dengan memberi teguran kepada timbalan beliau dan juga kesemua ahli partinya yang mengaibkan pelajar berusia 16 tahun.
“Jika tidak akan terbukti kepada rakyat Malaysia bahawa Umno sudah bankrap secara moral dalam usahanya mahu kekal berkuasa dalam apa jua cara pun termasuk menyerang kanak-kanak tidak berdosa,” kata beliau. -TMI
sila klik untuk baca
6 ulasan:
najib cakap serampang dua mata. dia taknak org mengata, mengutuk rosmah.
bab rosmah bab lain, rosmah mcm kaduk naik junjung. rosmah wajib dijadikan agenda utama pembangkang sebab ngabehkah harta negara.
Salam GB,
Just minta GB siasat samada betul atau tidak.
Informasi yg saya terima, hospital kerajaan bakal diswastakan.
Akan ada satu badan yg mengawal hospital kerajaan ini.(Macam Felda la kot). Dan akan diwajibkan semua untuk ambil polisi ... Tunggu perlaksanaan saja.. Saya rasa langkah ini dibuat kerana kerajaan memperuntukkan subsidi yg banyak kepada kementerian kesihatan...so secara x langsung apabila diswastakan,akan masuk kembalik ke kantung kerajaan. Kalau ini benar terlaksana alangkah malangnya org yg berpendapatan sederhana...
Info yg saya dpt ni drpd mereka yg bekerja di hospital kerajaan (doktor)
anak LGE ni budak budak dan dilindungi akta kanak kanak
Kepimpinan seseorang itu hingga ahli keluarganya diperhati untuk melihat keperibadian kepemimpinannya. Bengong.
Apa hal imej seorang IMAM jika anak isteri dia bergelandangan dengan maksiat dan dosa...? Lebih-lebih lagilah jika seseorang itu ketua sesebuah negara.
Apa jaminan si sumi tidak dipengaruhi oleh isteri dan anak dalam hal-hal pentadbiran negara jika semua itu tidak diambil kira...?
Apa jadi dengan orang melayu sejak setengah abad diurus-tadbir kehidupan mereka oleh OMNO/BN..!!!???
Cemerlang dan terbilang kah atau sedang menuju ke logkang...?
HAPRAK punya ayat.
Ha..Ha..Ha
Muhyiddin, Ingat tu, jangan cuba jatuhkan aku melalui Rosmah!
dah terbukti yang budak perempuan tu bukan kawan sekelas anak LGE, dah kantoi pun gambar tu dicedok dari web kat internet... Sajer lah Najis ni nak suruh tutup case.
Kalau dia kata Lady Gajah tu pakai beg Birkin tiruan tu maybe lah org x caya
Catat Ulasan