26 Okt 2011

Persoalan Kemanusiaan: Yue Meninggal Dunia Setelah Koma Dilanggar Dua Kali

Yue, anak seorang peniaga yang mati digilis oleh dua buah kenderaan barangan, dilaporkan telah meninggal dunia.

Dalam rakaman video yang ditampilkan di berbagai media massa televisi dan internet ini memperlihatkan gadis kecil Yue yang berjalan di tengah jalan yang ketika itu sedang sepi telah dilanggar dan digilis kali pertamanya oleh sebuah van, kemudianoleh sebuah lori kecil pengangkut barangan.

Laporan awal bahawa dia mengalami mati otak juga diubah kepada koma yang sangat mendalam.

Kanak-kanak itu bagaimanapun hanya mampu bernafas menggunakan alat bantuan dan tanpanya dia pasti akan mati.

Kejadian malang melibatkan kanak-kanak itu berlaku Khamis lalu di sebuah pasar sibuk di Foshan yang terletak dalam Wilayah Guandong.

Apa yang paling menyayat hati ialah, 18 orang berjalan di sebelahnya selepas itu dan tiada siapa pun yang berhenti membantu.

Hanya seorang makcik tua pengutip sampah bernama Chen Xianmei yang tampil memberikan bantuan.

Sehingga ke hari ini, sikap 18 orang itu dan pemandu-pemandu van berkenaan menjadi topik yang paling hangat diperkatakan di laman-laman sosial negara China.

Malah ia juga antara topik yang paling hangat diperkatakan di seluruh dunia ketika ini.

Beberapa pakar psikologi di China menyatakan, 18 orang yang berlalu pergi tanpa membantu Yue Yue harus sama dipertanggungjawabkan atas keadaan kanak-kanak itu.

Menurut Pakar Psikologi berlesen di Guangzhou, Annaliza Chan, ibu bapa Yue Yue juga harus dipersalahkan kerana mereka nyata lalai dalam kejadian itu.

“Mengapa mereka membiarkan dia berseorangan di atas jalan raya,” soalnya seperti yang dilaporkan oleh akhbar dalam talian Chinadaily.com.cn.

Ibu bapa kanak-kanak malang memiliki sebuah kedai barangan logam di kawasan pasar itu.

Menurut beberapa pekedai berhampiran, ibu bapa kanak-kanak itu kerap membiarkan Yue Yue bermainan di luar kedainya.

“Adakalanya selepas satu jam baru ibu bapa kanak-kanak itu akan datang melihatnya,” katanya.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yue..
Abg ingi bertemu dgn mu di Syurga kelak andai Allah swt melepaskan abg dari siksa nerakanya..