3 Okt 2011

Penerbit Filem, Datuk Adzhar & Dua Anaknya Dihukum Penjara Dan Denda

Tiga Beranak Peneraju Noradz Travel & Services Dihukum Penjara, Denda

KUALA LUMPUR: Seorang penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman dan dua anak perempuannya yang menerajui syarikat pelancongan, Noradz Travel & Services pada Isnin, dihukum penjara dan denda selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM59 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rozana Ali Yusoff memerintahkan Adzhar, 56, dihukum penjara selama dua tahun dan menjelaskan denda RM1 juta atau berhadapan dengan penjara 10 bulan, bagi kesalahan mengambil deposit tanpa lesen, dan bagi tuduhan mengubah wang haram, dia dihukum penjara selama tiga tahun.

Sementara itu, anak perempuannya, Noradzma, 35, yang turut menghadapi tuduhan mengambil deposit secara haram dihukum penjara selama setahun dan denda RM500,000 atau jika gagal membayarnya diarahkan menjalani hukuman penjara selama enam bulan.

Selain itu, Noradzma yang berstatus ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lapan tahun juga diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan menggubah wang haram.

Syarikat Noradz Travel & Services juga diarahkan untuk menjelaskan denda sebanyak RM5 juta atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen yang sah.

Pada prosiding sama, seorang lagi anak wanita Adzhar, Noradzrin, 26, yang pernah mencuba nasib dalam bidang seni menerusi lagu Pujaan Malaya juga diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama setahun atas tuduhan menggubah wang haram.

Pada penghakimannya, Rozana berkata pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi danm pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

"Keterangan yang dikemukakan oleh tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata tanpa disokong oleh keterangan lain, selain keterangan tersebut juga tidak konsisten dan sering berubah-ubah. Ini mengakibatkan mahkamah sukar untuk mempercayai keterangan bersumpah tertuduh," kata Rozana.

Rozana juga menolak pembelaan tertuduh yang mendakwa mereka tidak mempunyai pengetahuan berhubung perjalanan syarikat kerana berpendapat keterangan yang dikemukakan di mahkamah pada perbicaraan menunjukkan semua tertuduh memainkan peranan yang aktif dalam syarikat tersebut.

Selain itu, Rozana turut mengharapkan supaya hukuman yang dijatuhkan beliau akan menginsafkan tertuduh-tertuduh supaya mereka semua boleh kembali semula ke pangkal jalan.

"Mencari kekayaan bukan dengan cara ini, mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang tidak mengetahui perjalanan perniagaan kamu," tambahnya. Rozana seterusnya membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara yang dimohon oleh peguam Afifuddin Mohd Hafifi kerana akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini, dan memerintahkan supaya jaminan tertuduh sebanyak RM1 juta dengan cagaran RM500,000 ditambah lagi RM500,000. Pada 22 Disember 2009, Adzhar mengaku tidak bersalah atas 28 pertuduhan terlibat dalam pengurupan wang haram manakala Noradzma dan Noradzrin masing-masing menghadapi 166 pertuduhan.

Mereka didakwa menggunakan wang haram tersebut membeli beberapa hartanah di Perak dan Pahang serta membeli produk insurans selain pelaburan dan memindahkan wang ke dalam akaun milik anak syarikat tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bebarapa buah bank di sekitar ibu negara seperti EON Bank Berhad, Malayan Banking Berhad, Ambank (M) Berhad antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, syarikat tersebut, Adzhar dan Noradzma turut didakwa atas kesalahan menerima deposit daripada orang awam tanpa memegang lesen yang sah di antara Julai 2006 hingga Oktober 2008 di No 14-1A, Jalan 3/10, Pandan Jaya, di sini.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa di bawah seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989(Akta 372) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Syarikat Noradz mempunyai beberapa rangkaian syarikat yang terlibat dalam perniagaan penyewaan kereta, agensi pelancongan, pelaburan dan penerbitan filem seperti filem lakonan Saiful Apek bertajuk ‘Shhh...Dia Datang’ dan beberapa drama.


Penerbit Syyh.. Dia Datang, Datuk Adzhar Sulaiman (lima dari kiri) bersama-sama barisan pelakon Syh.. Dia Datang para majlis pelancaran filem tersebut

Pada prosiding itu, pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman dan Pegawai-Pegawai Pendakwa dari Bank Negara, Anthony Kularaj Kulasingam dan Fahmi Abd Moin manakala tertuduh diwakili peguam Afifuddin Mohd Hafifi. Sehingga berita ini ditulis, tertuduh masih belum menjelaskan denda. -mstar

Siapakah Dato' Adzhar Sulaiman?

Nama penuh beliau ialah Adzhar bin Sulaiman K/P 550712-10-5625. Dilahirkan di Selangor pada 12 julai tahun 1955 . mempunyai 4 orang isteri.

Seorang daripada isterinya bernama Norjan bt Ali K/p : 680419 - 06 - 5316.

Beliau mempunyai ramai anak namun anak yang diketengahkan melalui Syarikat Noradz ini adalah Noradzma Adzhar dan Noradzlin Adzhar.

Seorang lagi anaknya iaitu Noradrin Adzhar dikatakan turut sama terlibat dalam perniagaan ini.

Bahkan ada sumber yang mengatakan bahawa Dato Adzhar telah memasukkan lebih RM 30 juta kedalam akaun anak-anaknya ini.

Dato Adzhar juga dikatakan telah membeli insuran Etika untuk anak-anaknya dengan nilai yang amat tinggi.

Tahap pendidikan Dato Adzhar Sulaiman hanyalah di peringkat sekolah menengah sahaja.

Manakala dalam kerjayanya pula, beliau merupakan bekas seorang pembantu tadbir di Majlis amanah rakyat MARA Kuala Lumpur.

Sebenarnya tidak ada apa yang menarik tentang kerjaya Dato Adzhar Sulaiman sebelum beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan pada tahun 1982.

Dalam bidang politik pula, Adzhar merupakan Timbalan Ketua Umno bahagian Parlimen Cheras bagi sessi lepas.


10 ulasan:

muqlis04 berkata...

kakaka...kalau dah tong taik tu...tong taik juga rrrr

hyhhh berkata...

ni baru dipanggil perompak..

Jom terjah sini:
1)Apabila Butang “Mute” Wujud Dalam Dunia Realiti
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Bagaimana Nak Bagi Gigi Kuning Jadi Putih?
4) Porno Bagi Kesan Buruk Kepada Otak

Tanpa Nama berkata...

jahanam duit aku.... ambil iktibar je la dari kes macam nie... jgn sesekali melabur dlm saham yg tak tahu hujung pangkal... baik duit tue bela kambing ke, bela ikan ke, ayam ke.. dah tahu duit tue nampak hasil....

suahati berkata...

hebat dia sbb berjaya kumpul duit pelaburan dr org ramai.......sepatutnya org macamni dambil bekerja dgn PNB atau ASNB......tentu bijak kalau tak masakan org ramai mau kasi dia duit.......

Abang Aji berkata...

alamak, kesian sahabat aku yang banyak melabur dalam perniagaan ni. mujur aku tak terjebak sama untuk mengaut keuntungan mudah...huhuhu

Tanpa Nama berkata...

org kuat umno rupanya, patutlah...

adanaberkat berkata...

bagaimana le nasib saudara aku yang masuk saham ni..harap2 dapat balik le duit tu..sapa tak berkenan melabur 6k bulan2 dapat $500 selama 5 tahun..

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang terkena biasanya duduk diam aje...malu dan takut orang kata "BODOH" Bila dalam hati ada sifat nak kaya cepat dan mudah...

Tanpa Nama berkata...

Biasalah org mlayu, tak adanya nak support org mlayu.yg bagi jahanam bangsa mlayu adalah melayu sendiri.belajarlah dr sejarah,bagaimana melaka dijajah.moral of story: berbuat jahat jgn sekali,tapi buat baik berpada2. Kalu buat baik sangat nanti inilah jadinya org yg ditolong itulah yg menjadi musuh yg nyata yg sebelum itu menjadi musuh dlm slimut.insaflah wahai kaumku,semoga kalian sentiasa mendoakan kebahagian org lain,walau musuh yg ghaib/nyata sekalipun.wahai sekalian rohani yg membaca komen ini,wujudlah didalam kehendak kalian sifat yg suka memaafkan kesalahan orang lain,sekiranya anda ingkar maka laknat zat yang maha besar akan terlingkar didalam rohani serta fizikal anda.salaam.

Tanpa Nama berkata...

Manusia mudah terpengaruh pada kekayaan & kemewahan yg dipamerkan oleh org2 mcm si datuk ni le .. sbb tu mudah percaya (termasuk le ---> aku dulu... masa zaman2 Pak Man Telo), mana taknya, ustaz2 pun masuk, drp pakai keta buruk tukar pada merc .. Last2 duit aku ntah kemana.. La ni kadang2 aku tak serik2 juga, tambah pulak setan mengipas2kan aku ..

Tapi aku tahan, tahan, tahan mudah2 tak terjatuh dlm parit lagi...sbb dah tua2 ni matang sikit kot?

Tapi aku risau juga anak cucu aku terpengaruh nanti .. maklum le skrg dunia makin canggih, penipuan sure semakin lagi lagi lagi canggih punya..

Ya Allah, lindungi kami dari sifat2 tamak haloba, menindas & ditindas oleh mereka2 yg tak bertanggung jawab, kapadaMu kami berserah ... Amin.